BTC USD 62,843.4 Gold USD 4,336.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

+ PKSM CG [more pic @ page 1077] +

eLLYaNa

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,294
Joined
Apr 17, 2008
Messages
27,294
Reaction score
41
Points
125
ASAS-ASAS KHIDMAT SOSIAL DARI PERSPEKTIF AL-SUNNAH

Khidmat sosial dapat ditakrifkan sebagai suatu usaha yang bertujuan untuk menghulurkan pertolongan kepada masyarakat dalam pelbagai lapangan. Tulisan yang ringkas ini akan menyoroti beberapa asas khidmat sosial yang telah digariskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sunnahnya.

Khidmat sosial juga dikaitkan dengan sedekah . Dari perspektif al-Sunnah, konsep sedekah itu amat luas kerana ia mengandungi makna memberikan manfaat kepada orang lain dan menjauhkan kemudaratan daripada mereka, tanpa mengira apa jua bentuk pertolongan itu.

Merawat orang yang sakit, melawat orang sakit, mendirikan hospital, mempelajari ilmu perubatan. Ini juga disebutkan sebagai hak dan tanggungjawab seorang muslim terhadap muslim yang lain.
Rasulullah s.a.w. bersabda:

حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ خَمْسٌ رَدُّ السَّلَامِ وَعِيَادَةُ الْمَرِيضِ وَاتِّبَاعُ الْجَنَائِزِ وَإِجَابَةُ الدَّعْوَةِ وَتَشْمِيتُ الْعَاطِسِ

Hak seorang muslim di atas muslim yang lain lima perkara, menjawab salam, melawat orang sakit, mengiringi jenazah, menerima jemputan dan mendoakan orang yang bersin. (al-Bukhari)​



PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT CARIGOLD

Latarbelakang:​
Selaras dengan hasrat untuk menjadikan Carigold.com sebagai sebuah platform bagi forumer bersama-sama mencurahkan khidmat bakti masyarakat bagi golongan yang memerlukan, maka dengan ini timbulnya cadangan dari beberapa forumer bagi mewujudkan thread ini. Diharap thread ini akan mendapat sambutan yang baik dan memberangsangkan daripada forumer sekalian.:D :D :D

Objektif:​
1. Menggalakkan penglibatan & penyertaan forumer di dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.:)cgrock
2. Merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan forumer di samping mewujudkan budaya semangat perpaduan.:)paid
3. Meluaskan prospek perhubungan sosial di samping menambahkan pendapatan di kalangan forumer.<---serampang 2 mata ni :p :)paid

Kumpulan Sasaran:​
Terbuka kepada semua forumer.​

Keanggotaan:​
Tiada jawatankuasa tetap tetapi forumer yang sanggup berkhidmat untuk masyarakat adalah amat dialu-alukan untuk menjadi ahli penganjur yang mana selepas ini akan dikenali sebagai 'panganjur' yang akan bertanggungjawab menguruskan setiap program yang bakal dijalankan.

Walaubagaimanapun, penganjur hendaklah tidak kurang daripada 10 ahli yang terdiri daripada mereka yang memegang jawatan berikut bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar:
-Pengerusi
-Naib pengerusi
-Setiausaha
-Bendahari
-Ahli2

Pemilihan Penganjur:​
Secara sukarela ataupun dengan penamaan calon oleh forumer (dengan syarat mendapat persetujuan oleh calon)

*penganjur dibenarkan bertukar anggota bagi program yang berlainan.

Penajaan:​
Forumer adalah amat dialu-alukan bagi menaja atau memberi sumbangan dalam sebarang bentuk sumbangan samada wang tunai, barangan, buah fikiran dan lain-lain. Walaubagaimanapun, apa yang paling penting adalah sumbangan tenaga bagi menjayakan program amal khidmat masyarakat ini dengan setulus hati.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


PROGRAM KHIDMAT SOSIAL & MASYARAKAT CARIGOLD (PKSM CG)

PROGRAM 1 : <link thread rasmi & gambar>
Program : Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak2 Yatim RSK
Tarikh : 20 September 2008
Masa : 9.00 pagi-11 malam
Lokasi : RUMAH SIRAMAN KASIH, No.21, Jalan Desa 8/3, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor D.E.


PROGRAM 2 : <link thread rasmi & gambar>
Program : Majlis Hari Raya
Tarikh : 27 Oktober 2008
Masa : 12 tghri-6 petang
Lokasi : Rumah Didi, Seksyen 19, Shah Alam


PROGRAM 3 : <link thread rasmi & gambar>
Program : Majlis Makan Malam Amal Sekolah Pendidikan Khas anjuran SK (L) Jalan Batu, Kuala Lumpur
Tarikh : 2 November 2008
Masa : 8 malam
Lokasi : Dewan Raja Laut, Hotel Quality, Kuala Lumpur


PROGRAM 4 : <link thread rasmi & gambar>
Program : Majlis Tahlil
Tarikh : __ November 2008
Masa :
Lokasi :



PROGRAM 5 : <link thread rasmi & gambar>
Program : Treasure Hunt & Annual Dinner carigold.com
Tarikh : 20 Disember 2008

4a : Treasure Hunt
Masa : 8 pagi - 5 petang
Lokasi : KL - Melaka

4b : Annual Dinner
Masa : 8 malam
Lokasi : Grand Continental Hotel,No. 20, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka





 
Last edited:
TENTATIF PROGRAM​


0900LT : Membeli Belah Persiapan Raya di Nilai Square (ahli wanita bersama anak-anak yatim RSK)
Persiapan di RSK (ahli lelaki)
1300LT : Sembahyang Zohor & Lawatan ke Masjid Putrajaya & Sekitarnya
1500LT : Bergerak Pulang ke RSK,Rawang
1700LT : Majlis Perasmian Papan Tanda RSK
1915LT : Berbuka Puasa & Sembahyang Maghrib Berjemaah
2000LT : Majlis Makan Malam
2030LT : Ucapan Penyelaras Program
2035LT : Ucapan Pengetua RSK
2040LT : Majlis Penyampaian Sumbangan
2100LT : Persembahan Nasyid oleh Penghuni RSK
2110LT : Aktiviti Bebas, Sesi Beramah Mesra
2200LT : Berkemas
2230LT : Majlis Bersurai


PEMBAHAGIAN KUMPULAN

NILAI:
1. cput
2. akay
3. five_soul
4. TB + tunang
5. didi + partner


RSK:
1. steven
2. putat + wife
3. alonso + friend
4. building
5. zolympus
6. akuinsan
7. jameq
8. minnie jameq
9. jay mile
10. naga
11. lyn
12. marlen


GALERI GAMBAR

cput77 - http://i395.photobucket.com/albums/pp37/cput77/
steven_jb2003 - http://s524.photobucket.com/albums/cc329/steven_jb2003/
 
Last edited:
waaa... bagus ni elly... aku sokong ko depan dan belakang :)paid
 
aktiviti masyarakat camne tu doktor??
 
camne ek????????
 
gotong royong di rumah orang2 tua :D
 
sy sokong idea ini...
 
cayalah..
aku bagi sumbangan moral lah kat korang..:)cgrock :)cgrock
:D
 
Kene turun padang ker.. Tak 'online biz hotspots' lah cam nie..:D
 
majlis berbuka puasa nanti lyn tawarkan diri jadi ahli je :p
 
Back
Top
Log in Register