BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Diseret anjing sejauh 10 meter

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


TAMPIN – “Semasa lalu belakang rumah, saya tak nampak ada anjing. Sedar-sedar saya dengar dengusan anjing. Saya toleh nampak anjing itu mahu terkam saya,” kata Jauwahir Hezrin Nadzri, 13, remaja perempuan yang menjadi mangsa serangan anjing liar.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi Sabtu lalu, Jauwahir baru sahaja pulang menemani kakaknya ke kafe siber di bandar ini sebelum memutuskan untuk melalui jalan pintas ke rumahnya, sementara kakaknya mengikut laluan hadapan rumah.

Menurutnya, dia yang jelas ketakutan cuba melarikan diri dan menjerit memanggil ibunya, Rosiah Ismail, 49, namun semasa melarikan diri, dia terjatuh dan anjing yang besar hampir menyamai saiz badannya, menggigit hujung kaki seluar jeansnya serta mengheretnya sejauh lebih 10 meter.

“Saya menangis dan memang benar-benar takut dengan insiden ini. Sebaik sahaja anjing itu melepaskan hujung kaki seluar saya, saya berlari menuju ke rumah yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.

"Akibat kejadian itu, saya cedera di lutut dan siku kanan kerana terjatuh serta diseret.

Bagaimanapun, saya berasa sangat lega kerana anjing berkenaan tidak menggigit saya dan hanya hujung seluar sahaja,” katanya ketika ditemui di Taman Repah Baru, dekat sini, semalam.

Ketika ditanya, Jauwahir bagaimanapun tidak pasti jenis anjing yang menyerangnya itu.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin (MDT), Razali Bakar berkata, pihaknya memandang serius mengenai masalah berkenaan dan akan mengambil tindakan segera bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Menurutnya, sekiranya ianya membabitkan anjing liar, pihak berkuasa tempatan itu akan mengambil tindakan.

"Bagaimanapun, kita akan minta Jabatan Vaterinar untuk menyemak mengenai pemberian lesen anjing di kawasan taman perumahan bagi keselesaan penduduk," katanya.



sumber;http://www.sinarharian.com.my/diseret-anjing-sejauh-10-meter-1.173215
 
Ni anjing terlepas nii. Owner wat tak tahu jer.
 
dlu kecik2 nampak anjing dr jauh je dah lari..padahal bukan kejar pun
 
kasi tido je la anjing2 liar ni. takkan nk tggu sampai ada yg cedera parah kan...
 
Bayangkan dia pakai jeasn kena seret.

Kalau dia pakai jenis yang bukan jeans,bagaimana laa agaknya,mesti lagi parah.
 
patutnya pihak terbabit kena buat operasi bersihkan anjing selalu,ini tidak! bila ada yg jadi mangsa anjing liar baru nak ambil tindakan! Dok makan gaji buta kot!
 
Anjing boleh dikategorikan sbagai binatang buas dah.
 
patutnya pihak terbabit kena buat operasi bersihkan anjing selalu,ini tidak! bila ada yg jadi mangsa anjing liar baru nak ambil tindakan! Dok makan gaji buta kot!

tapi kebanyakkan kes 'kami akan memantauuuu.......'
:D
 
kt kg aku sekor anjing buat hal, abis sume anjing yg berkeliaran akan kene pancung.anjing yg berkeliaran ni tembak je.bangkai anjing tu pas tembak bg kt tuan dia.yg pelihara anjing ni mmg shiallllll...
 
Back
Top
Log in Register