BTC USD 61,674.0 Gold USD 4,259.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dahulu jernih, kini berkeladak - kualiti air terjejas

feer6452

Super Active Member
Messages
8,855
Joined
Apr 23, 2011
Messages
8,855
Reaction score
26
Points
70
image.jpg


BATU MALIM – “Sungai Pahang makin kotor, dah jadi kemerah-merahan dan berlumpur sejak aktiviti lombong bijih besi dijalankan di sini, beberapa tahun lalu,”.

Demikian luahan penduduk, Mohd Jais Jemangin, 47, yang mendakwa sungai utama itu menjadi semakin kotor dan tercemar sekali gus tidak selamat digunakan kerana kualiti air terjejas teruk.

Menurutnya, hal ini menyebabkan kawasan rekreasi dikenali Pusat Rekreasi Sukan Air, di sini tidak dapat dikunjungi ramai kerana air sungai berkeladak dan diselaputi lumpur.

“Kalau dulu, ramai yang datang ke sini untuk mandi-mandi dan bersantai bersama keluarga tetapi sekarang tidak lagi. Warna kemerah-merahan itu akan lekat pada baju dan susah untuk dibersihkan.

“Tak mustahil ada yang terkena sakit kulit sebab air sangat kotor,” katanya.

Mohd Jais berkata, keadaan air yang keruh juga menyekat pemandangan dalam air sekali gus menjejaskan aktiviti mencari ikan seperti menahan jaring, menjala, menyelam dan memancing.
“Pelombong kaut untung beribu ringgit tetapi yang jadi mangsa adalah penduduk kampung sebab mereka tak dapat cari rezeki,” katanya.

Menurutnya, perkara ini bukannya tidak dimaklumkan kepada pimpinan atasan dan mereka juga bertindak bersemuka dengan pelombong untuk membincangkan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, keadaan sama tetap berulang hampir setiap bulan.

“Kasihanlah dengan nasib penduduk di sini. Saya merayu sangat kepada pihak berkaitan supaya tinjau aktiviti lombong itu secara berkala dari anak Sungai Kete hingga ke Sungai Lipis di Batu Mali mini agar masalah ini tidak berlarutan,” katanya.
 
aish..teruk benor air nie..PM x tengok ka?
 
ini semua tipu...Pahang takde masalah air..Selangor je yg bermasalah..
 
ini semua tipu...Pahang takde masalah air..Selangor je yg bermasalah..

hehhhehee.... gambar edit ni... :))

teruk sgt sampai camtu sekali kaler sungai tu. kalau tak keluar kat s.kabar ke berita ke....mmg ramai la yg tak tau.
dah macam banjir lumpur kaler sungai tu.
 
LOL... teruk benor air selangor nih.. kuning.. ish2.. padan la byk catuan air.. air plak cetek je tgk.. ish2.. ape la kerajaan selangor ni.. eh kat pahang.. paham2 je la..
 
masih baik berbanding negeri jiran...:D
 
Back
Top
Log in Register