BTC USD 61,304.0 Gold USD 4,252.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masuk Islam, Calvin Thoo Enggan Ulas Panjang

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
calvin.jpg



Pereka fesyen popular Calvin Thoo menyifatkan berita dia memeluk Islam tidak sepatutnya diperbesar-besarkan memandangkan ia terlalu peribadi untuk diceritakan kepada umum.

Calvin berkata, dia enggan mengulas panjang mengenai perkara itu, namun mengesahkan dia sudahpun memeluk agama Islam.

"Ia terlalu peribadi untuk diceritakan tetapi memang saya sudah masuk Islam.

"Dan keadaan saya masih lagi sama seperti dahulu. Saya enggan mengulas panjang," katanya .

Pada Isnin lalu, nama Calvin telah menjadi bualan ramai di media sosial apabila dia dikatakan telah memeluk agama Islam.

Calvin telah mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan oleh pendakwah bebas Datuk Ismail Kamus, Datuk Dr. Asri Zainal Abidin dan Solihin Mokhyi.

Menerusi sebuah blog, Calvin dikatakan telah menerima hidayah selepas mendapat mimpi dia sedang bersyahadah.

Calvin mula berkecimpung dalam industri rekaan seni fesyen sejak 17 tahun dan memiliki jenama sendiri dan butik di pusat membeli belah Lot 10, Kuala Lumpur.
 
Alhamdulillah...

p/s: steady la TT, bukak thread bergambar dah sekarang
 
berikan sokongan kepada saudara baru kita ni
 
betol tuh tak perlu heboh2 kan!!! bertambah lg sorg umat islam
 
Back
Top
Log in Register