BTC USD 62,568.8 Gold USD 4,339.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Boikot AirAsia tindakan tidak matang

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
PETALING JAYA - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyifatkan gesaan veteran Umno supaya ahlinya memboikot AirAsia dan AirAsia X sebagai mengheret sentimen politik yang tidak matang susulan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman Rani dikatakan mencerca akhbar milik Umno, Utusan Malaysia baru-baru ini.

Tegasnya cubaan itu juga akan gagal kerana ia hanya membuka pekung di dada Utusan dan veteran Umno itu yang tidak boleh dikritik lalu mengaitkan Azran sebagai tidak mengenang budi.

"Sebenarnya memboikot itu hanya memper*****kan mereka yang memanggil boikot itu kerana saya rasa mereka sendiri pun naik AirAsia lepas itu diam-diam. "Saya yakin ia tidak ada kesan kerana akhirnya rakyat masih membuat keputusan berdasarkan apa yang terbaik kepada mereka. "Kalau terbaik bagi mereka menaiki AirAsia, kerana paling murah dan paling banyak, mereka akan naik AirAsia," katanya kepada Sinar Harian Online, di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub yang mahu anggota persatuan tersebut menunjukkan reaksi balas itu atas sikap yang ditunjukkan seorang pegawai tertinggi syarikat penerbangan tambang murah itu selepas mencerca lidah rasmi Umno itu

Azran dalam tulisannya di Facebook menulis," I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya anti perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan)."

Azran juga mengumumkan untuk menarik balik iklan AirAsia di Utusan Malaysia dan menyebut,"Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia."

AirAsia merupakan antara pembeli ruang iklan utama di media Malaysia.

Dalam pada itu, Rafizi turut mempertahankan kenyataan Azran itu kerana beliau mempunyai hak bersuara terhadap akhbar berbahasa Melayu itu yang tidak relevan lagi di negara ini.

"Malaysia sekarang dalam keadaan yang terbuka, kalau dulu setiap seorang tidak boleh menyatakan pendapat, kalau tidak hentam, kritik dan sebagainya. "Kalau dia tidak betul, bidas dia, kalau dia langgar tatasusilanya, maka tegur dia. "Kalau ikut dari segi melanggar tatasusila, yang paling banyak ialah Utusan Malaysia, jadi mereka mestilah lebih terbuka," tegasnya.

Selain itu, Rafizi mendakwa Utusan dan sekutunya cepat melenting apabila pelanggan iklannya mengkritik secara terbuka tentang hala tuju akhbar itu yang dikatakan tidak lagi mewakili suara masyarakat Melayu di negara ini.

"Semua yang berjaya kalau mengkritik atau tidak menyokong Umno dituduh sebagai tidak mengenang budi. "Ini adalah masalah psikologi di peringkat Utusan sebab mereka merasakan seluruh rakyat Malaysia Melayu ini terhutang budi dengannya. "Saya akan pertahankan mana-mana pihak yang benar di antara mereka untuk menghentam sesama sendiri," tegasnya.

Rafizi juga mencabar Utusan Malaysia supaya mengemukakan saman terhadap Azran di mahkamah sekiranya kenyataan ketua pegawai eksekutif AirAsia X itu telah menjatuh maruah dan kredibiliti akhbar itu.

Mutakhir ini Air Asia turut dilanda kontroversi apabila melarang pelanggan yang anaknya menghidapi cacar air daripada menaiki pesawat berkenaan.

Menjawab bahawa ia mematuhi peraturan tahap kesihatan global dan tidak mahu ia berjangkit kepada pelanggan lain, Air Asia dikritik keras pelbagai pihak.

Ibu, anak dan ditemani dua saudara yang bercuti di Vietnam itu bagaimanapun selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 19 Mei, pada jam 7.45 malam menaiki penerbangan Malaysia Airlines System Bhd (MAS) dengan bantuan Tourism Malaysia.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/boikot-airasia-tindakan-tidak-matang-1.162256
 
memang boikot kalau sebab politik tak matang, tapi boikot jer sebab kanak2 dan ibunya dilarang naik walaupun dah sembuh atas sebab pemerikasaan kesihatan yang hampeh daripada pihak Air asia... aku memang xnaik air asia ni. Sama ada naik mas atau naik lain tpi bukan air asia.
 
Selagi belum ada alternatif yang setara, tetap kena guna perkhidmatan AirASia ni...semalam booking Sandakan KL dapat RM49, tengok MAS RM150 untuk tarikh yang sama..tapi ambil basic je tanpa insuran dan bagasi lah..
 
memang boikot kalau sebab politik tak matang, tapi boikot jer sebab kanak2 dan ibunya dilarang naik walaupun dah sembuh atas sebab pemerikasaan kesihatan yang hampeh daripada pihak Air asia... aku memang xnaik air asia ni. Sama ada naik mas atau naik lain tpi bukan air asia.

pilihan ditangan anda...:D:D:D:D
 
Selagi belum ada alternatif yang setara, tetap kena guna perkhidmatan AirASia ni...semalam booking Sandakan KL dapat RM49, tengok MAS RM150 untuk tarikh yang sama..tapi ambil basic je tanpa insuran dan bagasi lah..

kena tunggu Malindo pi sana la kot..tambang Malindo pi Kuching mmg lagi murah drpd AA atau MAS..:D:D:D:D
 
Selagi belum ada alternatif yang setara, tetap kena guna perkhidmatan AirASia ni...semalam booking Sandakan KL dapat RM49, tengok MAS RM150 untuk tarikh yang sama..tapi ambil basic je tanpa insuran dan bagasi lah..

# kalau naik air asia , amiklah insuran. jangan main2 wooo....insurance tu penting ooooo:))
 
kalau malaysia boleh bikin yang tambang lagi murah dari airasia, bolehlah sembang pasal yg boycott... kalo xbole bikin.. jgn berbual lah.. suma orang pun benci kepada gov yang kurang cerdik mcm ni..

tgk singapore,
mahal SIA
murah Tigerairways
dan banyak lagi, u all sendiri google lah..

malaysia,
MAS, mmg baik, i akui, namun golongan xdak duit konpon xmampu
airasia, idea buisness budak melayu UTM Skudai(budak ni dapt royalti sangat kaya skg), murah dan berpadanan dengan servis.. *igt, airsia yg sgt rendah kualiti adalah malaysia... jika sesiapa naik airasia dari changi, sana gov kontrol, ada baik sikit...

malaysia mau boycott airasia? funny...
bikin yg boleh bit price/cost airsia, baru bole sembang lah...
 
Back
Top
Log in Register