BTC USD 61,059.6 Gold USD 4,272.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis minta Himpunan 505 di Terengganu tukar lokasi, tarikh

FarahNadia

Active+ Member
Messages
4,094
Joined
Jan 11, 2013
Messages
4,094
Reaction score
14
Points
25
KUALA TERENGGANU - Pihak polis meminta penganjur 'Himpunan 505' supaya menukarkan tarikh dan lokasi perhimpunan mereka yang dijadual berlangsung di Kuala Ibai pada Khamis ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Shamsuddin berkata notis awal yang diberikan pihak penganjur kurang daripada 10 hari perhimpunan hendak diadakan seperti yang ditetapkan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Beliau berkata lokasi yang dipilih juga tidak sesuai kerana berdekatan jalan utama, kawasan perumahan, kawasannya yang sempit selain mengambil kira faktor keselamatan orang ramai.

"Kita ada menerima surat pemberitahuan berhubung himpunan itu dari pihak penganjur semalam dan kita dapati ia jelas tidak menepati akta perhimpunan aman yang ditetapkan.

"Jadi kita minta mereka meminda tarikh dan mencari lokasi yang lebih sesuai," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Zamri berkata pihak polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika pihak gagal mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan. - Bernama
 
alok buat kat tempat yg jauh dari kawasan perumahan. kalo kat selangor ni elok buat kat sepang ke, banting ke,takde la nanti jadi jem pulak
 
kalu itu syarat dr pdrm, aku rasa xdop mslh..sebb utk jaga keselamatan awam..sebb pdrm ganu kata pinda masa dan lokasi,....bukan xleh wat lgsg, kan?
 
polis pun cakap tak menyalahi undang2...zahid hamidi kecoh2 kata melanggar undang2 tu nape??
 
KUALA TERENGGANU - Pihak polis meminta penganjur 'Himpunan 505' supaya menukarkan tarikh dan lokasi perhimpunan mereka yang dijadual berlangsung di Kuala Ibai pada Khamis ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Shamsuddin berkata notis awal yang diberikan pihak penganjur kurang daripada 10 hari perhimpunan hendak diadakan seperti yang ditetapkan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Beliau berkata lokasi yang dipilih juga tidak sesuai kerana berdekatan jalan utama, kawasan perumahan, kawasannya yang sempit selain mengambil kira faktor keselamatan orang ramai.

"Kita ada menerima surat pemberitahuan berhubung himpunan itu dari pihak penganjur semalam dan kita dapati ia jelas tidak menepati akta perhimpunan aman yang ditetapkan.

"Jadi kita minta mereka meminda tarikh dan mencari lokasi yang lebih sesuai," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Zamri berkata pihak polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika pihak gagal mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan. - Bernama

semua tak boleh........itu tak boleh ini tak boleh demokrasi HJ apa mcm nih! :))
 
himpunan 505? dah macam levi's 505 pulak. :D

selain suruh tukar tempat dan tarikh, patutnya polis bagi la cadangan kat mana tmpt yg sesuai sgt tu.
 
untuk jiwa jiwa muda saja.. yg tua berjiwa muda pon boleh turut serta.. kemudian sampai waktu azan pakat semua berhenti dan penohi masjid pulak..salat jemaah untuk mereka semua...yg belom mengucap kalimah boleh balek
 
Najib nak lalu habis siap blok jalan bagai
kasi sesak jugak jalan tu... apesal tak lalu tempat lain
lalu la ikut banting ke sepang ke
dah la nak terberak time tu
jalan plak depa blok
aduiiiiii
 
Back
Top
Log in Register