BTC USD 61,059.6 Gold USD 4,272.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rumah kakak Muhyiddn, adik IGP dirompak

tapailepat

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
647
Joined
May 6, 2013
Messages
647
Reaction score
0
Points
10
Hanya dalam masa lima jam, dua kediaman milik anggota keluarga orang kenamaan negara dirompak dalam dua kejadian berasingan pada hujung minggu lalu.

Laporan China Press menyebut, kejadian pertama berlaku di kediaman milik seorang kakak kepada timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di SS3, Petaling Jaya.

Kediaman tersebut, sebuah rumah banglo, dilaporkan dipecah masuk pada jam 10 malam pada hari Sabtu.

Pada jam 3 pagi selepas itu, satu lagi kejadian rompakan dilaporkan berlaku di Mantin, Negeri Sembilan di sebuah rumah banglo milik seorang adik kepada ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Seramai lima orang dalam keluarga terbabit diikat oleh lima orang perompak, dipercayai warga asing.

Menurut satu kiriman berita Nanyang Siang Pau, perompak berkenaan menghilangkan diri tanpa dikesan manakala mangsa enggan mendedahkan jumlah kerugian.
 
perompak2 dari kalangan warga asing sangat bersyukur kerana menteri2 yang goblok telah memberikan peluang pekerjaan di malaysia.

:(:(:(

"kera di hutan disusukan anak dirumah mati kelaparan"
 
jgn disimpan warga asing nih byk2..akhirnyer makan diri..
 
Enggan mendedahkan jumlah kerugian.... Fuhhhh mcm saspen je..
 
semakin hari semakin bertambah warga asing di tanah air ku.. bila agaknya tindakan mahu diambil? pergi ke bandar, penuh warga asing, pusing2 dalam kampung sendiri pn penuh warga asing, keluar ke negeri lain pn penuh warga asing.. warga asing dimana-mana..
 
tu la bagi muka sangat kat warga asing. ....mmg kat martin gan nilai dah jadi kampung vietnam gan bangla da.....x tggal sana dh x slamat...
 
Back
Top
Log in Register