KUALA LUMPUR - Hanya kerana meminta membayar hutang RM30, seorang buruh kontrak mati setelah dibelasah rakannya di Taman Perindustrian Maju Jaya, Puchong Utama, dekat sini awal pagi semalam.
Mohamad Khairul Anuar Osman, 28, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira 4 pagi tadi akibat cedera parah di kepala dan tangan kirinya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Tan Ah Chua berkata kejadian itu dipercayai berlaku setelah suspek, seorang lelaki berusia 55 tahun, berang apabila Mohamad Khairul Anuar meminta membayar hutangnya.
"Pada kira-kira 6 petang Sabtu lepas, mangsa dikatakan bergaduh dengan suspek yang berhutang RM30 dengannya.
"Akibat tidak puas hati dengan pergaduhan itu, suspek dan rakannya pergi ke rumah sewa mangsa kira-kira 4.30 pagi semalam menyerang mangsa menggunakan kayu panjang," katanya dalam sistem pesanan ringkas di sini hari ini.
Selepas memukul Mohamad Khairul Anuar, katanya suspek dan rakannya melarikan diri bersama senjata yang digunakan.
Rakan serumah Mohamad Khairul Anuar kemudian membawa mangsa ke Hospital Serdang sebelum dia dirujuk ke HKL untuk rawatan lanjut, kata Tan.
Beliau berkata suspek dan rakannya telah diberkas polis kira-kira 1.30 petang tadi di kawasan Bukit Nanas di sini dan merampas senjata yang digunakan mereka dari kereta suspek.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh. - Bernama
__________________ TP-Link TL-WA701ND 150Mbps Wireless Lite N Access Point-<USED> RM75 TERMASUK POS
D-LINK WIRELESS N150 ADSL2+ ROUTER DSL-2730E -<NEW/TM> RM80 TERMASUK POS
CD BEINI + USER GUIDE <NEW> RM20 TERMASUK POS - ADA 3 KEPING
Mungkin ada kisah lain... tidak berapa masuk akal kerana RM 30 mahu membunuh.
__________________ "Orang yang paling cerdik itu ialah orang yang bermuhasabah dirinya dan menyediakan amalan untuk kehidupan selepas mati, manakala orang yang lemah (b.o.d.o.h) adalah orang yang menurut kehendak hawa nafsunya dan berangan-angan kosong terhadap Allah." ~
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE