RIYADH: Arab Saudi merancang membina sebuah bandar baru, khusus untuk wanita dalam usaha menggabungkan undang-undang syariah dengan wanita yang cenderung untuk berkerja.
Lembaga Hartanah Perindustrian Saudi (Modon) diminta membangunkan bandar kontroversi itu, menjadikan negara itu selari dengan dunia moden yang lain.
Bandar berkenaan kini direka dan pembinaan akan dimulakan tahun depan.
Ia diharap akan membolehkan wanita bekerja tanpa melanggar undang-undang Islam negara itu.
Bandar yang dirancang dibina di Hafuf, wilayah timur Arab Saudi itu dijangka menarik pelaburan sebanyak 500 juta riyal (RM410 juta) dan mewujudkan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan dalam industri tekstil, farmasi dan industri memproses makanan.
Meskipun undang-undang syariah Arab Saudi tidak melarang wanita bekerja, angka menunjukkan mereka hanya mewakili 15 peratus tenaga kerja negara itu.
Rancangan berkenaan selari dengan hasrat kerajaan untuk memberi peluang kepada wanita memainkan peranan lebih aktif dalam pembangunan negara.
Antara matlamatnya ialah mewujudkan peluang pekerjaan, khususnya untuk golongan wanita muda.
Bandar perindustrian yang sedia ada di negara itu sudahpun mempunyai kilang yang dimiliki wanita serta syarikat yang mengambil sebahagian kecil pekerja wanita.
“Kami kini berusaha untuk mewujudkan bandar perindustrian kedua untuk wanita.
Kami mempunyai rancangan untuk membina beberapa industri untuk wanita saja,” kata Timbalan Ketua Pengarah Modon, Saleh Al-Rasheed. - TG
Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil,undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmihendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE