macam tak sama perbandingan paksu antara patung tak bernyawa dgn kalamullah..
mungkin disalahguna atau disalahfamkan oleh segelintir manusia tapi bukankah dengan menggunakan ayat quran juga salah satu cara kita berdoa kepada Allah?
A'ah kan..macam x kena lak berbandingan yg paksu bg tu..
Kalo zaman nabi tu mmg terang2 diorg syirik pada Allah dgn meminta pada patung berhala..
Tapi mgamalkan ayat quran sbg perlindungan, keberkatan, kebahagiaan dsb, xkan tu pun dikira syirik?
Mohon penjelasan..
Kalau baca ayat 1000 dinar 1000 kali, maka murah rezki...
Jadi kita faham bahawa yg menyebabkan kita dapat rezeki yg banyak/murah tu kerana kita baca ayat 1000 dinar 1000 kali. Secara halusnya, tenggelam yg sebenarnya Allah lah yg murahkan rezeki bukannya sebab baca ayat 1000 dinar 1000 kali...
Bilekah mase sesuai tuk amalkan ayat2 quran tersebut?
Bkn kah ayat quran tu dr dari kata2 Allah..
So bile kite bace ayat quran tu automatik kite meminta pada Allah..
Macam contoh hadis yg sruh kite amalkan ayat qursi sblm tdo,
Ataupn hadis yg suruh amal surah ikhlas 3x, slawat,istighfar, tasbih tahmid takbir...
(byk ingat hadis amalan sblm tdo sbb sy slalu amalkn..hehe..kalo salah tolong betulkan)
Tolong bagitau/highlight celah mana dalam ayat Kursi ini merupakan doa untuk mendapat tubuh badan sihat?
Al-Baqarah: 255
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
__________________
Kembalilah kepada Al-Quran. Di hari akhirat kelak Allah akan tanya kita seorang-seorang tentang apa yg kita dah perbuat dan faham tentang isi Al-Quran. Macamana nak jawab kalau tak pernah tahu isi Al-Quran?
Kalau salah tolong betulkan yea...kalau xsalah ayat Alquran pun doa kepada allah..setiap kali kita baca dapat pahala...cuma kita skrg xphm maksud ayat alquran tu n jadi la mcm skrg nie pening..
__________________ 'I Dont Play ur Rules I Make my Own'
Allah Maha Mengetahui tujuan anda mengamalkan ayat-ayat itu sekaligus.
Tidakkah anda terasa malu kepada Allah? Tidakkah anda sedar Allah sedang memerhatikan anda?
Anda nak sihat tubuh badan nak kena baca ayat kursi?
Kenapa perlu baca ayat Quran itu ini untuk mencapai matlamat anda?
"Hey...Siapa yang nak bagi sihat ni? Allah yang nak bagi sihat ke ayat kursi yang bagi sihat?"
__________________
Kembalilah kepada Al-Quran. Di hari akhirat kelak Allah akan tanya kita seorang-seorang tentang apa yg kita dah perbuat dan faham tentang isi Al-Quran. Macamana nak jawab kalau tak pernah tahu isi Al-Quran?
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE