“Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah “
b-d-h punya pegawai,ni lah hasil dari UPNM...
baru setahun ubi dah nak belagak ncm dier tu berkuasa sgt.
mmg lepas lah..pegawai mesti jaga standard diorang.akta 72 tu hanya sapa yg other rank aje,utk pegawai sorry nak guna akta tu.
klau aku mau separuh nyawa aku kerjakan pegawai tu...
1 by 1,no witness
klo tak faham adat ketenteraan tak payah cakap le... jgn pulak nak salah kan organisasi pulak, yg be
belasah budak tu pun bukan pegawai.. other rank jugak.. baca le sampai abis..
sape kata akta 72 tu untuk other rank.. akta 72 tu untuk semua military personel termasuk le jugak pegawai... jgn main buat spekulasi saja..
__________________
Pure Marine Collagen (PMC) - Jualan Kepada Agen - 0108400550 @ 0134494121 - Stokis Penang
citer sebenar lain dari yg direpot oleh paper...
Pegawai Kanan tu tegur jer sbb tak salute...lgpun dia berpakaian awam dan naik kereta sendiri...budak tu pulak budak baru...tak berapa kenal lagi semua org..tp sepatutnya budak ni perlu kenal dan cam muka org2 penting dlm kem..sepatutnya la..
lepas kena tegur, si incharge pun apa lagi...panas la...
incharge ni la punya angkara...belasah mcm tut...
lantak korang la...AAT 1972 dalam tangan...penjara awam pun dalam tangan...kalau saman? perrghh...tanggung la korang..
Memula statement ni kluar aku ingatkan angkara pegawai muda...maklum la...budak2 muda ni gila sikit salute...bercakap ngan org lama pun kau aku jer..padahal kawan tu dah selevel bapak dia punyer umur...atas beza pangkat jer..
kalau dengan aku, lepas tu jumpa balik aku kasi semboq balik....
KUALA LUMPUR: Hanya kerana tidak mengenali pegawai yang masuk ke kem tanpa pakaian seragam, seorang anggota tentera yang ditugaskan di pondok pengawal cedera dibelasah pegawai itu yang dipercayai tidak berpuas hati kerana mangsa gagal memberi tabik hormat.
Malah, mangsa dikatakan dibelasah dua lagi pegawainya yang menerima laporan tindakan mangsa itu menyebabkannya pengsan, Sabtu lalu.
Difahamkan, Ahmad Abu, 21, baru seminggu ditugaskan di 71 Rejimen Semboyan Diraja (71 RSD) Kem Sungai Besi, di sini, dari 72 Skuadron Semboyan Diraja (72 SSD) Kem Imphal.
Ahmad yang mengalami pendarahan dalam kepala, bengkak badan dan tangan diterajang tiga pegawai terbabit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), awal pagi Sabtu lalu untuk rawatan lanjut sebelum dibenarkan masuk ke wad biasa petang keesokannya.
Menceritakan kejadian itu, Ahmad mendakwa bertugas di pondok pengawal pada jam 1 tengah hari, Sabtu lalu sebelum sebuah kereta dinaiki seorang lelaki berpakaian biasa memasuki kem.
“Dia memberhentikan kereta dan menghampiri saya. Dia mendakwa seorang pegawai dan memarahi saya kerana tidak memberi tabik hormat.
“Dia menendang perut dan membelasah saya bertubi-tubi. Selepas itu, pada jam 2 petang, saya dipanggil ke kem dan dibelasah pula dua pegawai lain menyebabkan saya sakit perut dan pening,” katanya.
Menurutnya, dia dibawa ke bilik rehat kerana kesakitan, tetapi pengsan ketika rakannya mahu membawanya pulang ke bilik pada jam 6 petang.
Ahmad kemudian dihantar ke PPUKM untuk rawatan dan dimasukkan ke ICU akibat kecederaan dalaman.
Bapanya, Abu Koming, 53, berkata, dia menerima panggilan pegawai kem memaklumkan anaknya itu dirawat di PPUKM kerana pengsan.
“Saya mulanya tidak tahu anak dipukul. Saya dan isteri Rahmah Budug, 54, segera ke PPUKM untuk melihat keadaannya, namun sebaik tiba, doktor memaklumkan dia disyaki dipukul.
“Saya terkejut dan menunggu Ahmad sedar dari koma pada jam 4 petang, Ahad lalu yang menceritakan kejadian itu,” katanya.
Abu membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi pada hari sama.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan (Kementah) berkata, siasatan lanjut mengenai insiden itu masih dijalankan kerana pihaknya perlu mengenal pasti kejadian itu secara menyeluruh sebelum laporan lengkap diperoleh.
Ketua Polis Daerah Cheras, Mohan Singh Tara Singh mengesahkan kejadian.
Besar betul pangkat ko... Tunggu ko dah Tua dan Pencen nanti.. Masak la ko kalo orang bawak ko carik ko balik... Boddoh punya staff.. Ingat dah cukup gagah la tu... Tak pikir panjang buat kerja.. Nak tunjuk hero pergi perang la syial..
Pegawai tu ingat budak tu takder kaum kerabat dan sedare mare.. Tak tidor nyenyal la jawabnyer lepas ni... tukang sapu sampah depan umah pon nanti dia ingat orang upahan nak rembat dia..
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE