KUALA LUMPUR: Hanya kerana tidak mengenali pegawai yang masuk ke kem tanpa pakaian seragam, seorang anggota tentera yang ditugaskan di pondok pengawal cedera dibelasah pegawai itu yang dipercayai tidak berpuas hati kerana mangsa gagal memberi tabik hormat.
Malah, mangsa dikatakan dibelasah dua lagi pegawainya yang menerima laporan tindakan mangsa itu menyebabkannya pengsan, Sabtu lalu.
Difahamkan, Ahmad Abu, 21, baru seminggu ditugaskan di 71 Rejimen Semboyan Diraja (71 RSD) Kem Sungai Besi, di sini, dari 72 Skuadron Semboyan Diraja (72 SSD) Kem Imphal.
Ahmad yang mengalami pendarahan dalam kepala, bengkak badan dan tangan diterajang tiga pegawai terbabit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), awal pagi Sabtu lalu untuk rawatan lanjut sebelum dibenarkan masuk ke wad biasa petang keesokannya.
Menceritakan kejadian itu, Ahmad mendakwa bertugas di pondok pengawal pada jam 1 tengah hari, Sabtu lalu sebelum sebuah kereta dinaiki seorang lelaki berpakaian biasa memasuki kem.
“Dia memberhentikan kereta dan menghampiri saya. Dia mendakwa seorang pegawai dan memarahi saya kerana tidak memberi tabik hormat.
“Dia menendang perut dan membelasah saya bertubi-tubi. Selepas itu, pada jam 2 petang, saya dipanggil ke kem dan dibelasah pula dua pegawai lain menyebabkan saya sakit perut dan pening,” katanya.
Menurutnya, dia dibawa ke bilik rehat kerana kesakitan, tetapi pengsan ketika rakannya mahu membawanya pulang ke bilik pada jam 6 petang.
Ahmad kemudian dihantar ke PPUKM untuk rawatan dan dimasukkan ke ICU akibat kecederaan dalaman.
Bapanya, Abu Koming, 53, berkata, dia menerima panggilan pegawai kem memaklumkan anaknya itu dirawat di PPUKM kerana pengsan.
“Saya mulanya tidak tahu anak dipukul. Saya dan isteri Rahmah Budug, 54, segera ke PPUKM untuk melihat keadaannya, namun sebaik tiba, doktor memaklumkan dia disyaki dipukul.
“Saya terkejut dan menunggu Ahmad sedar dari koma pada jam 4 petang, Ahad lalu yang menceritakan kejadian itu,” katanya.
Abu membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi pada hari sama.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan (Kementah) berkata, siasatan lanjut mengenai insiden itu masih dijalankan kerana pihaknya perlu mengenal pasti kejadian itu secara menyeluruh sebelum laporan lengkap diperoleh.
Ketua Polis Daerah Cheras, Mohan Singh Tara Singh mengesahkan kejadian.
Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil,undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmihendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.
bila dah besar sgt...tumbuk2 aje lebih...wei malulah..ko suma nak pertahankan negara....ada gie masuk tanpa uniform...klau tak beruniform pon bagilah kad nama...itupon takleh fikir ke?..dah mmg tugas pos pengawal mmg cek...
ala kena blasah pon nak report... tu blum masuk latihan komando.. ke tersilap pilih bapuk masuk tentera.. mmg patut kena kenal pgawai kang tak pasal2 org luar leh senang2 masuk..
__________________
Lebih baik bertempur dan kalah daripada tidak pernah bertempur sama sekali. (Arthur Hugh Clough)
ala kena blasah pon nak report... tu blum masuk latihan komando.. ke tersilap pilih bapuk masuk tentera.. mmg patut kena kenal pgawai kang tak pasal2 org luar leh senang2 masuk..
bro pernah masuk kem tentera ke?...mmg kena cek suma serba serbi..kena lak pakai tinted mana lak nak kenal org tu berpakaian apa..lps tu main masuk aje..
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE