Sekumpulan peminat pelakon Abby Abadi melancarkan kempen memboikot satu syarikat jualan tudung yang didakwa telah menamatkan kontrak seniman tersebut sebagai duta produk mereka.
Kempen "Kami Boikot Syarikat Al-Humaira Contemporary" itu pada hari ini dikesan menerima sokongan lebih 5,000 pengguna sejak dilancarkan semalam.
"Kita minta Abby Abadi buka syarikat tudung sendiri jenama 'Tudung Abby Abadi'. Setuju?," tulis pengendali laman tersebut.
Selang beberapa jam selepas kempen itu dikesan, syarikat mengeluarkan satu kenyataan yang antara lainnya mengancam untuk membawa isu tersebut ke mahkamah.
Syarikat itu mengancam berbuat demikian sekiranya isu penamatan kontrak itu gagal diselesaikan dengan baik sehingga menjejaskan reputasinya.
Dalam pengumuman sama di Facebook, syarikat itu menjelaskan yang mereka tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lagi berhubung perkara itu.
"Kami rasa cukup setakat ini sahaja penerangan pihak kami.
"Jika situasi ini berlanjutan hingga mencemarkan reputasi kami dengan lebih teruk dan pihak terbabit gagal untuk bersemuka dan berbincang untuk menamatkan kontrak secara baik, kami akan membawa isu ini untuk diselesaikan secara profesional mengikut undang-undang," kenyataan itu dipetik.
Kempen itu dijalankan susulan satu penjelasan syarikat terseut semalam bahawa kontrak berkenaan belum ditamatkan secara bertulis kerana perbincangan masih sedang berlangsung.
Tanpa merujuk secara langsung kepada Abby, syarikat itu mendakwa artis tersebut membuat anggapan kontraknya ditamatkan kerana tidak mampu memberi komitmen kepada tugasan bersama syarikat itu.
Kenyataan itu timbul susulan tulisan Abby di Twitter semalam bahawa kontraknya sebagai duta syarikat tersebut ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.
"4 Julai 2012 - Kontrak saya sebagai duta kepada tudung mereka terbatal secara rasminya.
"Saya terima dengan hati terbuka & saya minta maaf kerana terlibat Pakatan Rakyat," katanya.
__________________
[CENTER][SIZE="3"][url="http://bit.ly/mymlvpn"][color="Red"][B]SUNLIGHTVPN-Unlimited BANDWIDTH QUOTA for Celcom Pre&Postpaid NOW!(KLIK SINI)[/B][/color][/url]
[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=372979"][B][COLOR="RoyalBlue"]Homestay Murah Di Malacca Perfect Homestay @ Bandar Melaka (KLIK SINI) [/COLOR][/B][/URL]
[URL="http://www.getahsabah.com/?ref=investment"][B][COLOR="Magenta"] MENCARI PELABURAN DENGAN PULANGAN [COLOR="Purple"]5%-7% SETIAP BULAN (KLIK SINI)[/COLOR][/COLOR] [/B]
[SIGPIC][/SIGPIC][/URL]
[B]Celcom SKMM - Call, SMS Murah. Internet RM25/month.Modem. Percuma sebulan (PM ME)[/B][/SIZE][/CENTER]
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE