BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,330.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Johor FA mahu bida Riquelme dari Argentina .. Pergh Terbaikla

wokyoh fx

Super Active Member
Messages
7,161
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,161
Reaction score
49
Points
70
juan-roman-riquelme.jpg



482039_10151007305251631_671770110_n.jpg



Saingan Liga Perdana 2013 Pasti Sengit, Johor FA Bida Riquelme | Johor FA telah membuat bidaan untuk menandatangani bekas pemain Argentina, Juan Roman Riquelme musim depan. Mengikut laporan akhbar The Star dan juga portal sukan ESPNSTAR, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan presiden Johor FA memberitahu di lama Twitternya bahawa mereka akan berbincang dengan pemain itu selepas dimaklumkan beliau tidak akan menyambung kontrak dengan Boca Juniors.

Riquelme adalah pemain bertaraf dunia yang kedua telah dikaitkan dengan Johor FA. Sebelum ini, terdapat perancangan untuk mendapatkan Gabriel Batistuta sebagai penasihat Johor FA. Tunku Ismail juga menyebut dalam twitternya bahawa, ejen Johor FA telah diarahkan untuk menghubungi Riquelme dan membincangkan tentang perjanjian musim depan. Buat masa ini tiada apa-apa pengesahan. Pihaknya masih mencuba untuk mendapatkannya.

Menurut sumber berita berkenaan, Johor FA berminat untuk mendapatkan Riquelme bagi saingan Liga Perdana musim depan. Riquelme adalah salah satu pemain yang dikenal pasti oleh Tunku Ismail yang boleh memberikan impak kepada pasukan dan juga menarik ramai orang ke stadium. Menurut sumber tersebut juga, bekas pemain Argentina, Gabriel Batistuta yang dikaitkan sebelum ini telah dilantik sebagai penasihat Johor FA untuk membawa masuk pemain dari Amerika Selatan. (SUMBER ESPNSTAR)
 
gaji dia sebulan bersamaan nilai plat WWW 1
 
em...latest dr twitter Tunku Ismail...riquelme nak rm1 juta sebulan...baik amik org lain la...
 
Meriah bolasepak tempatan kalau betul jadi .. :)cgrock:)paid
 
ajak messi skali..ada brani??
 
...what the...

....gaji dia nak bayar pakai duit apa???????????

...duit rakyat...?

...dah la stadium x penuh....1000 orang pun x sampai..

..nak cerita amik player import mcm tuh....
 
...what the...

....gaji dia nak bayar pakai duit apa???????????

...duit rakyat...?

...dah la stadium x penuh....1000 orang pun x sampai..

..nak cerita amik player import mcm tuh....

ada requlme penuh la tu stadium nanti .. :D
 
Back
Top
Log in Register