Ada suara nakal kami dengar hujung minggu lalu selepas selesai majlis pernikahan Ella yang mengatakan sekarang ini hanya menunggu giliran Nasha Aziz.
Maklumlah, di usia 41 tahun Nasha Aziz sehingga ke hari ini masih belum mempunyai teman lelaki tetap selepas beberapa calon sebelum ini terkandas di’tengah jalan.
Bercakap kepada Malaysian Digest semalam, Nasha Aziz mengakui yang diri beliau kini masih solo dan sebenarnya tidak terlalu memikirkan soal jodoh buat masa ini.
“Saya masih solo. Tak mengenali,Penat lah nak kenal-kenal (gelak). Lagipun banyak benda yang kita perlu mengenali, kan. Saya serahkan pada-Nya”
“Lagipun saya tidak menerima sebarang desakan dari keluarga mahupun teman-teman rapat,” ujar Nasha Aziz yang di’temui pihak media di satu pelancaran produk kesihatan.
Dan, pastinya ramai ingin tahu rahsia Nasha Aziz yang mampu kekal cantik sehingga ke hari ini. Model dna juga pelakon ini mendedahkan yang perasaan cinta adalah rahsia beliau.
“Tiada rahsia apa-apa. Simple saja, cinta. Cinta menjadikan saya nampak muda. Cinta melindungi saya daripada rasa tua. Cinta buat saya nampak sihat dan ceria. Cinta, cinta dan cinta. Setiap hari saya menerima cinta dan memberi cinta,” tambah Nasha Aziz lagi
ANTARA DRAMA: Duit Free, Drama Cik Mala Janda Berhias, Inspirion, Inikah Cinta, Diari Datin dan Kasih Tercipta
TEATER: Lantai T Pinkie
FILEM: Sepi, Otai, Puaka Tebing Biru, Buli Balik, Kemarau Cinta, Tak Ori Tapi Ok, Cinta Luar Biasa, Buli, Trauma, Laila Isabella, Gerak Khas The Movie, Bara, Burung Besi, Puteri Impian, Kad Cinta
PENCAPAIAN:
Festival Filem Malaysia ke-17 (2004):
Pelakon Wanita Terbaik dan Festival
Filem Malaysia ke-14: Bintang Harapan Wanita Terbaik (1999)
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE