Nampaknya kelayakan Myanmar untuk Piala Asia (AFC) bawah 22 tahun bakal dibatalkan gara-gara menyenaraikan pemain yang telah melebihi had umur kelayakan AFC 22 tahun. Dipercayai terdapat tiga pemain Myanmar semalam berumur lebih dari 22 tahun.
Antara pemain myanmar yang dikatakan telah melebihi had umur adalah penjaring gol Myanmar pada malam itu iaitu Kaung Si Thu. Kaung di lahirkan pada 22 Januari 1987 dan bermaksud dia sebenarnya berumur 25 tahun (lebih umur had kelayakan)
No wonder permainan Kaung nampak lebih matang dari player myanmar yang lain..
Seorang lagi adalah Kapten Myanmar sendiri iaitu Kyaw Zayar Win. Kyaw dilahirkan pada 20 Oktober 1988 dan berumur 24 tahun. Ini sudah melebihi had umur kelayakan AFC B22.
Rujuk sumber umur Kyaw Zayar Win: espnstar.my
Selepas tamat perlawanan, pengurus pasukan Harimau Muda, Dato’ Afandi Hamzah turut mengesahkan bahawa pihak mereka telah menghantar surat protes terhadap pasukan Myanmar yang menurunkan pemain lebih umur kepada Komisioner Perlawanan AFC semalam.
Mengikut peraturan AFC, bantahan hanya boleh dibuat dalam masa dua jam selepas tamat perlawanan.
Jurulatih Myanmar pula turut mengakui pemain-pemain beliau melebihi had umur dan boleh tengok bukti disini: mmtimes.com
Kami berharap pihak AFC dapat menyiasat perkara ini dengan segera dan telus. Ini tidak adil bagi pasukan Malaysia mahupun pasukan lain yang telah berlawan dengan pasukan Myanmar!-Sumber Terbakor.com
ZoOM: Wow...ada peluang ni...harap-haraplah kemenangan Myanmar ditarik balik kerana masalah dan ketidakadilan mereka sebagai tuan rumah yang kini menjadi isu panas oleh pengemar sukan bola sepak ini, terutamanya piala AFC u22.
__________________
FULLTIME
CWA UNIT TRUST & AIA MEDICAL CARD / INSURANCE 012-7796200
Nak menang pun janganlah peraturan yang telah ditetapkan di abaikan.. kan dah susah. Pasukan lain yang dah berlawan dengan Myanmar tak bantah ke sebelum ni?
__________________
~ Guna KWSP/EPF untuk beli saham di Bursa Malaysia (BSKL/KLSE) sms/call: O12-366 7525 ~
~ Peluang menjadi Apex Investment Consultant/Advisor dibuka ~
"Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya (Ath-Thalaq: 2-3)"
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE