BTC USD 86,941.0 Gold USD 4,343.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keindahan Alam Apabila Planet Venus Berada Dihadapan Matahari

apokalipso

Super Active Member
Messages
6,115
Joined
Jan 8, 2011
Messages
6,115
Reaction score
48
Points
70
Keindahan Alam Apabila Planet Venus(Zuhrah) Berada Di Hadapan Matahari
(Gambar untuk 6 Jun 2012 boleh dilihat di bawah selepas penerangan)

Satu lagi keajaiban alam semesta telah berlaku pada 6 Jun 2012 (semalam), iaitu kita akan dapat menyaksikan fenomena Transit Planet Zuhrah.Fenomena ini dianggap luar biasa, tidak seperti kejadian gerhana bulan separa kerana manusia hanya pernah menyaksikan kejadian ini sebanyak tujuh kali sejak zaman Galileo. Kali terakhir kejadian ini berlaku ialah pada tahun 2004.Bermakna jika terlepas peluang untuk menyaksikannya pada kali ini, maka terpaksalah kita menunggu transit seterusnya pada tahun 2117 atau 105 tahun dari sekarang. Memang ia sesuatu yang sangat mustahil, melainkan saintis moden menjumpai cara untuk melambatkan atau menghentikan proses penuaan dan lebih tepat mengelakkan kematian.

Bagaimana Fenomena Transit Zuhrah Berlaku?
Bumi bergerak mengelilingi matahari selama lebih kurang 365 hari. Zuhrah pula mengambil masa 225 hari untuk melengkapi satu pusangan mengelilingi matahari. Ketika planet Zuhrah mengorbit matahari, ia akan melintasi Bumi setiap 1.6 tahun (kerana orbitnya lebih kecil dan pergerakkannya lebih laju berbanding Bumi). Ketika itu ia akan berada diantara Matahari dan Bumi. Namun, disebabkan satah orbit Zuhrah ini sedikit senget, maka selalunya ia akan berada di bawah atau atas matahari.

Fenomena transit planet Zuhrah ini berlaku dalam satu corak berulang setiap lebih sikit dari 100 tahun dan biasanya berlaku dalam 2 pasangan yang dijarakkan 8 tahun antara satu sama lain. Contohnya, kali terakhir transit ini berlaku ialah pada tahun 1874 dan 1882, kemudian ia berlaku 2004 dan 2012. Transit selepas ini hanya akan berlaku pada tahun 2117 dan 2125, iaitu 105 tahun dari sekarang.


Bila masa kejadian ini boleh disaksikan?
Berikut merupakan waktu fasa transit Zuhrah (Waktu Malaysia)

*Sentuhan 1 (1st contact) . 6:13:07 Zuhrah mula menyentuh tepi matahari.
*Sentuhan 2 (2nd contact). 6:31:00 Keseluruhan bentuk Zuhrah sudah memasuki kawasan matahari.
*Pertengahan Transit 9:31:14. Zuhrah berada di pertengahan perjalanan transit.
*Sentuhan 3 (3rd contact). 12:31:56 Saat akhir keseluruhan Zuhrah di dalam kawasan matahari.
*Sentuhan 4 (4th contact) 12:49:21 Zuhrah mula keluar dari kawasan matahari.

Berdasarkan waktu di atas, fasa sentuhan 1 dan 2 sahaja yang agak kritikal kerana ada kawasan di Malaysia yang
boleh menyaksikanya (kerana matahari sudahpun terbit, seperti di Sabah dan sebahagian Sarawak), manakala ada yang tidak dapat menyaksikannya(kerana matahari belum terbit seperti dikeseluruhan Semenanjung Malaysia).


Gambar yang diambil pada 6 jun 2012 dari seluruh dunia

venus_passing_01.jpg


venus_passing_02.jpg


venus_passing_03.jpg


venus_passing_04.jpg


venus_passing_07.jpg


venus_passing_10.jpg


venus_passing_09.jpg


venus_passing_11.jpg


venus_passing_14.jpg


venus_passing_20.jpg


venus_passing_12.jpg


venus_passing_13.jpg


venus_passing_21.jpg


venus_passing_39.jpg


venus_passing_30.jpg

Kalo astrok sori eh ..:)cgrock
 
ada tak link utk tgk video yg foto ke 9 tu...yg tunjukan permukaan matahari..
 
SubhanAllah.....cantiknyaa....
 
cantik ler....mcm taik lalat
nyesal jugak xtgu sewaktu matahari terbit/benam
 
cantiknye...bila ada lg yer..
 
mmg kejadian Allah menakjubkan
 
Back
Top
Log in Register