Debat Lim - Chua 2.0 : Chua Soi Lek vs Lim Guan Eng
Dr Chua Soi Lek, Lim Guan Eng berdebat lagi 8 Julai ini
2012/05/29
KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng akan bersemuka untuk satu lagi perdebatan anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) pada 8 Julai ini.
Naib Presiden Kanan, ketua pegawai strategi dan program ASLI, Ng Yeen Seen, berkata debat itu, yang dinamakan sebagai Debat Lim-Chua 2.0, bertajuk "DAP & MCA: Dasar Siapa Yang Lebih Bermanfaat Kepada Masyarakat" meliputi dasar dalam bidang pendidikan, penjagaan kesihatan, kemakmuran ekonomi, khidmat komuniti, perpaduan negara, kebajikan masyarakat dan pembasmian kemiskinan.
"Kami akan mengadakan sidang akhbar esok pada jam 2 petang di pejabat ASLI untuk mengumumkan butiran debat ini," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, pegawai Dr Chua, Giam Say Khoon, berkata Dr Chua mengesahkan beliau akan mengambil bahagian dalam debat pada 8 Julai itu seperti yang dicadangkan ASLI.
Setiausaha akhbar Lim, Cheong Yin Fan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, berkata ketua menteri Pulau Pinang itu menerima jemputan ASLI untuk berdebat pada 8 Julai.
Perdebatan pertama antara kedua-dua pemimpin politik itu diadakan pada 18 Februari dalam bahasa Mandarin dengan tajuk "Adakah sistem dua parti menjadi sistem dua bangsa".
Ia diadakan di Hotel Berjaya Times Square dan dipancar secara langsung melalui Astro AEC dan diterjemah dalam Bahasa Melayu di Astro Awani.
Berikutan debat itu, kedua-dua mereka bersetuju untuk mengadakan satu lagi perbahasan sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
__________________
Allohumma sholli 'alaa.. syaidina muhammadin
wa 'aalihi.. kamala nihayata.. likamalika... wa 'adada kamaalihi..
Tiada Sesi Soal Jawab Secara Langsung Dalam Debat Soi Lek, Guan Eng
KUALA LUMPUR: Tidak akan ada soalan dan sesi soal jawab awam secara langsung pada perdebatan kedua antara Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Dalam satu sidang akhbar mengumumkan acara itu, penganjur debat Institut Strategi & Kepimpinan Asia (ASLI) pada Rabu berkata, orang ramai mungkin akan diminta mengemukakan soalan-soalan mereka sebelum debat atau menulis soalan mereka pada kad untuk dipilih pendebat pada hari itu.
Pengarah Asli dan ketua pegawai eksekutif, Datuk Dr Michael Yeoh berkata ini adalah tindak balas aduan bahawa beberapa penonton tidak diberi peluang untuk bertanya soalan kerana pihak penganjur yang didakwa berat sebelah.
Sementara Asli memutuskan cara untuk orang ramai bertanya soalan, Dr Yeoh berkata organisasi sedang mencari jalan memastikan perbahasan menjadi perbincangan intelektual.
Perbahasan, yang akan diadakan pada 8 Julai di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Selangor, mengenai topik, "DAP & MCA: Dasar Yang Mana Memberi Lebih Manfaat Kepada Masyarakat?".
Perdebatan akan dijalankan dalam Bahasa Inggeris.
Topik ini dijangka meliputi dasar pendidikan, penjagaan kesihatan, ekonomi, perpaduan negara dan kebajikan awam dan lain-lain.
Perdebatan kedua ini akan mengambil masa kira-kira dua jam (satu jam lebih lama daripada perdebatan terakhir) dan akan dipengerusikan oleh Dr Yeoh.
Perdebatan pertama antara kedua-dua pemimpin, yang diadakan pada 18 Februari, telah dijalankan dalam bahasa Mandarin mengenai topik i"Adakah sistem dua parti menjadi sistem dua bangsa?".
Berikutan permintaan satu lagi perbahasan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia, kedua-dua pemimpin telah bersetuju untuk diadakan satu lagi perbahasan dalam salah satu bahasa.
Menurut Asli, kedua-dua pemimpin telah mengesahkan penerimaan jemputan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan dua hari lepas.
__________________
Allohumma sholli 'alaa.. syaidina muhammadin
wa 'aalihi.. kamala nihayata.. likamalika... wa 'adada kamaalihi..
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE