Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Iskandar Investment Berhad (IIB) menyatakan komitmennya untuk bekerjasama dan menyumbang secara proaktif terhadap siasatan antirasuah yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.
Dalam satu kenyataannya, IIB berkata tindakan dan dakwaan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan bekas kakitangannya, syarikat dan individu lain yang berkaitan, adalah berikutan laporan polis yang dibuat oleh lembaga IIB pada 4 April, 2011.
Katanya, laporan polis itu mengandungi pendedahan penuh keputusan lembaga IIB dan Ernst & Young berikutan kepada penyelewengan serius membabitkan sejumlah bekas anggota pengurusan kanan IIB dan pihak-pihak berkaitan.
Sebelum laporan polis dibuat, IIB telah melantik firma perunding dan perakauanan, Ernst & Young pada Jun 2010, sebagai sebahagian daripada fungsi pengawasan fidusiari, untuk mengadakan kajian penilaian kawalan dalaman, kata kenyataan itu.
Hasil semakan semula kajian awal itu menunjukkan beberapa penyelewengan dan ketidakpatuhan dalam prosesan utama terutama dalam pemerolehan tender yang menimbulkan tanda tanya berkenaan piawaian kepada keseluruhan urustadbir, katanya.
Berikutan kajian awal, sebuah Jawatankuasa Khas Lembaga Siasatan, terdiri daripada wakil tiga pemegang saham -- Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor -- ditubuhkan pada Okt 2010 untuk membuat susulan dengan lebih banyak kajian dan siasatan terperinci.
Pada 4 April 2011, lembaga khas itu sebulat suara bersetuju berhubung keputusan laporan dan memutuskan untuk membuat pendedahan penuh laporan itu kepada polis dan pihak berkuasa berkaitan.
Ia menjelaskan pendedahan itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan lebih banyak siasatan terperinci dan menentukan implikasi keputusan itu, kebersalahan mereka yang terlibat dan sama ada terdapat implikasi jenayah.