Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Debate & Mature Discussion

Debate & Mature Discussion This section is not like "Santai" style. This is the place to debate things, as well as strike up a more mature conversation. Respect other people's opinions and do not flame nor troll. Immediate suspension will be imposed.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 26-11-2011, 09:25 AM
AILA2002 AILA2002 is offline
Super Active

AILA2002's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2008
Posts: 8,096
Thanks (Received): 323
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Exclamation Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) update terbaru

Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut:

1. pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;

2. pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.

3. pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;

4. pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan;

5. peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi;

6. peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana;

7. pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision);

8. penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);

9. penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat;

10. pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;

11. pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang mengandungi dua (2) komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan;

12. perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program SkillsMalaysia;

13. pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;

14. pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;

15. pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan;

16. pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

17. penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;

18. peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan; dan

19. pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)
antaranya


1. "Exit Policy"

Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam, Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.

sedikit maklumat bagi tindakan "exit policy"

Quote:
Prosedur Siasatan Berhubunq KeruqianYanq Disebabkan Oleh Hutanq Dan Tunoqakan Hasil yanq Tidak Boleh Didapatkan

Melainkan Pegawai Pengawal telah diwakilkan kuasa oleh Menter Kewangan atau Menteri Besar atau Ketua Menteri untuk membiarkan hutang atau tunggakan hasil yang tidak boleh didapatkan , Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan laporan mengenai hutang amaun hasil yang tidak boleh didapatkan dan hendak dibiarkan yang mengandungi maklumat seperti di Lampiran L.

Laporan tersebut hendaklah dikemukakan melalui pegawai Pengawal kepada Ketua Setiausaha perbendaharaan atau Pihak Berkuasa Kewangan Negeri,mengikut mana yang berkenaan, dengan salinan kepada Ketua Audit Negara atau wakil tempatannya,Akauntan Negara dan Akauntan Negeri/Bendahari Negeri
sumber JPA

dari pekeliling ini, 'exit policy' bagi penjawat awam boleh dilaksanakan....ini salah satu klaus yg akan di guna secara menyeluruh....


2. Pengredan semula jawatan

Berikutan daripada semakan semula skim perkhidmatan, sebanyak 11 skim perkhidmatan baru digubal dan 78 skim perkhidmatan dijumudkan. Dengan ini, jumlah keseluruhan skim perkhidmatan di bawah SBPA adalah sebanyak 234.
akan wujud pelbagai lapisan gred spt berikut (secara kasar)
i. Premier
ii. Jusa
iii. Pengurusan Tinggi
iv. Pengurusan dan Profesional
v. Pelaksana
ikutkan gred Premier dan Pelaksana tu adalah gred baru yg di wujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yg di gred semula mengikut keperluan organisasi. maksudnya kalau ambil gred bawah sekali; Pelaksana, seseorang yg sekarang ini hanya bertugas sebagai Pemandu, kena la ada multiskill, jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip tukang angkat telepon lepas ni....

Kelayakan

Ijazah 1

Diploma 2

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 3

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 4

Penilaian Menengah Rendah (PMR) 5

jawatan yg di gabungkan fungsi...

Pekerja Awam Khas, Pekerja Awam,Penyelamat akan dijadikan Pembantu Awam

Penghantar Notis, Pemandu Kenderaan, Pengawas Pemulihan, Pembantu Am Pejabat, Penyelia JEti, Pembantu Kamera/Pemandu akan di tukarkan/digabungkan kepada Pembantu Operasi

3. Penilaian Markah Penjawat Awam
markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam, secara kasar akan di nilai seperti berikut
a. Markah 95% keatas - kenaikan gaji adalah 15 %
b. Markah 85%-95% - kenaikan gaji adalah 8%
c. Markah 75 % - tiada kenaikan
d. Markah 70 % - di syorkan tamat perkhidmatan

4. Struktur Gaji Baru

Gaji Single Point
27. Gaji Single Point adalah diperuntuk bagi Jawatan Premier di bawah Kumpulan Premier.

Gaji Minimum - Maksimum
28. Gaji Minimum - Maksimum adalah diperuntuk untuk Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas di bawah Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Gaji Sebaris
29. Jadual Gaji Sebaris (JGS) adalah dibentuk bagi menggantikan JGM sedia ada yang terpakai bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.

mengikut formula yg JPA dah kaji, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula dari KSN adalah spt berikut

KSN - 50k
Premier - 40k
Jusa C - 12k
Pengurusan & Profesional - 6k
Pelaksana - 3k

Quote:
Aku susun semula supaya senang baca :


BERIKUT MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN SKIM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) 2011 :

Semua kenaikan pangkat tidak lagi bergantung kepada kekosongan jawatan tetapi bergantung kepada tahap prestasi dan syarat kelayakan...

Seseorang guru boleh mencapapai ke tahap DG 54 ( 1-6 ) setelah 25 tahun berkhidmat... Syarat sah d...lm perkhidmatan hanya 6 BULAN dan 5 HARI menduduki KURSUS INDUKSI...

Kenaikan pangkat daripada :
DG 1-1 ke DG 1-2 = 8 tahun,
DG 1-2 ke DG 1-4 = 8 tahun,
DG 1-4 ke DG 1-5 = 6 tahun
DG 1-5 ke DG 1-6 = 3 tahun

Kenaikan tahunan untuk :

DG 41...RM 230
DG 44...RM 250
DG 48...RM 270
DG 52...RM 290
DG 54...RM 320

GAJI PERMULAAN :

DG 41 ( DG 1-1 ) RM 1925....maksimum RM 6220
DG 44 ( DG 1-2 ) RM 2985....maksimum RM 7235
DG 48 ( DG 1-4 ) RM 4390....maksimum RM 8710
DG 52 ( DG 1-5 ) RM 5260....maksimum RM 9610
DG 54 ( DG 1-6 ) RM 7025....maksimum RM 11,505

Gaji kakitangan awam akan disemak setiap 3 tahun sekali, bermakna 2015 ada lagi semakan, demikian juga pada 2018...

Pada 2013 dan 2016 kadar elaun akan disemak semula,

Pada 2014 dan 2017 pelarasan gaji akan dilakukan bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan supaya menjelang 2020 pendapatan perkapitan kakitangan awam pada 2020 adalah USD15,000...

Selepas ini tiada lagi gred DG 41, 44, 48, 52, dan 54.... semua gred DG itu diganti dengan 1-1,1-2,1-4,1-5 dan 1-6.....( 1-3 tak ada )...

MOGA PERKONGSIAN INI BERMANFAAT UTK. SEMUA...
kredit to tuan pundiemas ms 30

https://docs.google.com/spreadsheet/...any=true#gid=0tangga gaji teknologi maklumat

Quote:
.Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA
Saya amat menghargai kawan-kawan yang tidak jemu memberi pandangan di FB saya ini. Jadi istimewa untuk rakan-rakan sekelian, berikut adalah gaji SBPA bagi:-
Gred N5-1 (SSM - N11) 850 - 2390 kgt 80
Gred N4-1 (SSM - N17) 955 - 2780 kgt 95
Gred N4-3 (SSM - N22) 1920-3530 kgt 115
Gred N3-1 (SSM - N27) 1410-4185 kgt 145
Gred N3-4 (SSM - N36) 3035-5555 kgt 180

Dalam masa yang sama janganlah lupa mengenai 1/2 bulan gaji atau minimum RM500 yang akan diterima pada bulan Ini.
Quote:
SSM J29 = SBPA J2-1 RM1565-RM4340
KGT RM145/150
SSM J36 = SBPA J2-4 RM3035-RM5555
KGT RM 180
SSM J38 = SBPA J2-5 RM3410-RM6140
KGT RM 195
Semoga rakan-rakan skim J dapat melahirkan tanda kesyukuran dengan melaksanakan tugas yang terbaik memenuhi kehendak stakeholders, pelanggan dan rakyat.
FB KPPA JPA

5.5. Dasar baru bagi Penjawat Awam yang memiliki kemahiran tetapi tidak dapat berkembang di jawatan asal. Contoh jabatan saya: (Pegawai Pangkat ASP ada kemahiran mengendalikan kapal terbang.akan diberikan gaji setaraf DSP) - Bagus untuk mereka yang mempunyai kemahiran or skills-kredit tu ramirez86-bincang di mukasurat 15 keatas....

Dasar Bekerja Dari Rumah


55. Sebagai satu komitmen menggalakkan keseimbangan kehidupan dan kerjaya, Kerajaan bersetuju memperkenalkan dasar bekerja dari rumah. Panduan pelaksanaan dasar ini akan dikeluarkan secara berasingan.



Kemasukan Terus ke Gred Kenaikan Pangkat

Kemasukan Secara Lantikan Terus Ke Gred Kenaikan Pangkat

56. Kemasukan secara lantikan terus ke semua gred kenaikan pangkat (lateral entry) bagi pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah tertakluk kepada pegawai memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan.

57. Ketua Perkhidmatan hendaklah membentuk kriteria pemilihan kemasukan secara terus ke gred kenaikan pangkat bagi tujuan pengambilan oleh Pihak Berkuasa Melantik.

58. Penetapan gaji permulaan kemasukan secara lantikan terus bagi pegawai yang dilantik kali pertama dan pegawai sedang berkhidmat yang belum disahkan dalam perkhidmatan adalah berdasarkan gaji minimum gred jawatan lantikan terus. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat yang telah disahkan dalam perkhidmatan, penetapan gaji adalah pada matagaji tertinggi berhampiran yang perbezaannya tidak kurang daripada satu (1) pergerakan gaji biasa bagi gred gaji JGS atau tidak kurang daripada 5% bagi gred gaji minimum-maksimum, terhad kepada gaji maksimum gred jawatan lantikan terus.

59. Bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan, pegawai perlu memenuhi tempoh percubaan yang ditetapkan dan menghadiri Program Transformasi Minda (PTM) dengan jayanya.



Tempoh Percubaan Dipendekkan

60. Mulai tarikh kuat kuasa SBPA, calon yang dilantik secara tetap dikehendaki berkhidmat dalam percubaan antara enam (6) bulan hingga 24 bulan. Pegawai boleh disahkan dalam perkhidmatan setelah melalui tempoh percubaan sekurang-kurangnya enam (6) bulan dan memenuhi syarat pengesahan lain yang ditetapkan.

61. Pegawai yang masih tidak dapat disahkan dalam perkhidmatan setelah tamat tempoh percubaan maksimum 24 bulan, boleh dilanjutkan tempoh percubaan tidak melebihi tempoh 12 bulan.

62. Bagi calon yang dilantik tetap tetapi belum disahkan dalam perkhidmatan mulai tarikh kuat kuasa SBPA dan bersetuju menerima SBPA, tempoh percubaan dan pengesahan dalam perkhidmatan adalah seperti berikut:

62.1 pegawai boleh disahkan pada atau selepas tarikh kuat kuasa SBPA tertakluk telah berkhidmat dalam tempoh percubaan enam (6) bulan atau lebih, dan memenuhi semua syarat pengesahan dalam perkhidmatan di bawah SSM.

62.2 pegawai yang telah berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 24 bulan atau lebih tetapi belum memenuhi syarat pengesahan dalam perkhidmatan, dibenar menghabiskan baki tempoh percubaan asal di bawah SSM atau baki tempoh yang dilanjutkan oleh Pihak Berkuasa Melantik dan pegawai boleh disahkan sekiranya telah memenuhi semua syarat pengesahan dalam perkhidmatan.[/B]


Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi


24. Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi (PROSPEK) diperkenalkan sebagai sistem baru penilaian kompetensi dan potensi pegawai yang lebih menyeluruh bagi menyandang jawatan di gred yang lebih tinggi. PROSPEK terdiri daripada Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP) dan Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP). PKP bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi dan potensi pegawai, manakala BKP bertujuan
membangun dan menilai kompetensi dan potensi pegawai untuk menyandang gred jawatan lebih tinggi

25. Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang terlibat dengan pentadbiran, pengurusan dan penyeliaan perlu mengikuti PKP dan BKP sebelum dipertimbangkan kenaikan pangkat. Bagi pegawai yang tidak terlibat dengan tugas-tugas pentadbiran, pengurusan dan penyeliaan, pegawai akan dinilai melalui PKP sahaja.

26. Pegawai Kumpulan Pelaksana disyaratkan melalui PKP untuk dinaikkan pangkat. Pegawai Kumpulan Pelaksana di gred lantikan yang berkhidmat 15 tahun dan lebih boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat secara KUP tanpa PKP. Walau bagaimanapun, bagi kenaikan pangkat seterusnya pegawai dikehendaki melalui PKP


kalau betul di laksana....mampu ke org gomen laksanakan?
__________________
.......dalam aku..ada Dia......

Dunia Yang Lebih Hijau

Tekan Untuk Download Gambar

Last edited by AILA2002; 08-12-2011 at 10:10 PM..
Reply With Quote
Thanks ApoKalypse, Bro_Izantie, albagold99, msazmer, peija06 and 9 others thanked for this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 26-11-2011, 09:29 AM
boblynn02 boblynn02 is offline
Active Plus

boblynn02's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Sep 2007
Posts: 3,455
Thanks (Received): 82
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

...

Apa2 pun gomen kena jelaskan satu persatu menatang ni. Biar staf2 gomen betul2 paham..



..
__________________
Saya menyediakan perkhidmatan untuk mendapatkan permit pekerja asing untuk kilang2. Blanket Approval, InsyaAllah...

Ya Allah... Lindungi Negara Malaysia Dari Dipimpin Oleh Orang-Orang Yang Zalim...
Reply With Quote
  #3  
Old 26-11-2011, 09:30 AM
zulfoto zulfoto is offline
Regular

 
Trader Rating: (1)
Join Date: Sep 2011
Posts: 154
Thanks (Received): 9
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Fuhhh..terbaekkk
__________________
Video Terbaru Mahasiswa UPSI

Barang ASICS ORIGINAL

Shopping di JPO
Reply With Quote
  #4  
Old 26-11-2011, 09:31 AM
sunnyfx sunnyfx is offline
Super Active

sunnyfx's Avatar
 
Trader Rating: (16)
Join Date: Jan 2008
Location: Cheras - Kuchai Lama
Posts: 7,756
Thanks (Received): 57
Likes (Received): 8
Active Level
My Mood:
Default

Kaki bodek je la yang hidup dalam SBPA ni...kuat bodek markah prestasi tinggi.
Reply With Quote
  #5  
Old 26-11-2011, 09:33 AM
NixLee NixLee is offline
Active Member

NixLee's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Nov 2007
Posts: 1,677
Thanks (Received): 8
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

perghhh... kalau camni... gaji aku naik 8% jerk.... huhu
__________________
Reply With Quote
  #6  
Old 26-11-2011, 09:33 AM
boblynn02 boblynn02 is offline
Active Plus

boblynn02's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Sep 2007
Posts: 3,455
Thanks (Received): 82
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by sunnyfx View Post
Kaki bodek je la yang hidup dalam SBPA ni...kuat bodek markah prestasi tinggi.
A'ah ek... Pasni ada la yg tak puas hati dgn bos.. hehehe.. Lagi satu, bos mesti pening kepala gak sbb kalau xberi markah tinggi kang ada pulak yg serang dia.
__________________
Saya menyediakan perkhidmatan untuk mendapatkan permit pekerja asing untuk kilang2. Blanket Approval, InsyaAllah...

Ya Allah... Lindungi Negara Malaysia Dari Dipimpin Oleh Orang-Orang Yang Zalim...
Reply With Quote
  #7  
Old 26-11-2011, 09:35 AM
boblynn02 boblynn02 is offline
Active Plus

boblynn02's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Sep 2007
Posts: 3,455
Thanks (Received): 82
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

...

Kalau kat sekolah tu dah tentu GPK dgn Ketua2 bidang dapat markah 95%.. Biar yg penat buat kerja tu cikgu cikgi... wakakakkaka...


..
__________________
Saya menyediakan perkhidmatan untuk mendapatkan permit pekerja asing untuk kilang2. Blanket Approval, InsyaAllah...

Ya Allah... Lindungi Negara Malaysia Dari Dipimpin Oleh Orang-Orang Yang Zalim...
Reply With Quote
  #8  
Old 26-11-2011, 09:36 AM
mfadhlan mfadhlan is offline
Active Member

mfadhlan's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jan 2008
Posts: 1,918
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

harap majikan dapat memberikan penjelasan yang telus supaya golongan pekerja gomen tidak dipergunakan sewenang-wenangnya.
__________________
Reply With Quote
  #9  
Old 26-11-2011, 09:36 AM
sunnyfx sunnyfx is offline
Super Active

sunnyfx's Avatar
 
Trader Rating: (16)
Join Date: Jan 2008
Location: Cheras - Kuchai Lama
Posts: 7,756
Thanks (Received): 57
Likes (Received): 8
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by boblynn02 View Post
A'ah ek... Pasni ada la yg tak puas hati dgn bos.. hehehe.. Lagi satu, bos mesti pening kepala gak sbb kalau xberi markah tinggi kang ada pulak yg serang dia.
Kalau markah prestasi boleh menentukan peratus kenaikan, memang huru hara la...
Reply With Quote
  #10  
Old 26-11-2011, 09:37 AM
sunnyfx sunnyfx is offline
Super Active

sunnyfx's Avatar
 
Trader Rating: (16)
Join Date: Jan 2008
Location: Cheras - Kuchai Lama
Posts: 7,756
Thanks (Received): 57
Likes (Received): 8
Active Level
My Mood:
Default

Aku kene belajar bancuh kopi la mcm ni...belajar buat kerja Pembantu Pejabat...
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump