Kelantan bertekad akan menggagalkan semua percaturan musuhnya tanpa mempedulikan sebarang provokasi dan tekanan yang diterima sama ada ke atas pemain mahupun pihak pengurusan. Media Singapura sudah mula mengendurkan serangan psikologi kepada pasukan Kelantan setelah mereka akur dengan kemampuan Kelantan yang hanya memerlukan 3 mata daripada 3 baki perlawanan.
Tumpuan seluruh penyokong dan pemain Kelantan pada malam ini hanya terarah kepada memenangi perlawanan dan menjuarai Liga Super untuk kali kedua. Perlawanan ini juga penting untuk mengekalkan rekod tanpa kalah kepada Perak pada tahun ini.
Namun Kelantan tidak harus memandang mudah cabaran Perak yang mengimpikan kekal menduduki tempat ketiga liga selagi peluang itu masih ada. Tekanan daripada pasukan Selangor dan Negeri Sembilan yang sering berusaha merampas kedudukan Perak ini akan menjadi tonik ajaib yang boleh menggagalkan misi juara awal Kelantan.
Jika dilihat taktikal dan strategi perlawanan Bojan Hodak dalam menghadapi saingan Selangor dan Negeri Sembilan tidak mustahil kesebelasan pemain Kelantan yang diturunkan malam ini mampu mengekang kemaraan pemain Perak dan merobek kubu lawan bagi mendapatkan 3 mata. Namun semua pemain perlu mengekalkan persefahaman di dalam padang dan tidak memandang mudah tentangan ini.
Kemenangan pada malam ini juga amat penting bagi mengurangkan tekanan dalam menempuh dua lagi baki perlawanan menentang Felda United dan Sarawak, dimana dalam masa yang sama Lion XII akan mengharungi dua lagi baki saingan penamat ini. Walauapapun keputusannya pada malam ini, bukan masanya lagi untuk skuad Lion XII berasa selesa kerana dua lagi baki perlawanan pasti akan menghadiahkan 3 mata jika ditakdirkan Kelantan seri pada malam ini.
Berita gembira dari kem Kelantan, Obinna dan Nurul Azwan Roya bebas dari pergantungan manakala Piya, Norshahrul dan Ghaddar telah pulih daripada kecederaan. Dijangka kesemua pemain ini akan diturunkan untuk membarisi barisan pemain juara Kelantan pada malam ini.
Sesuatu yang sukar diterima oleh seluruh peminat bolasepak Kelantan, jika ditakdirkan Kelantan juara awal pada malam ini berkemungkinan Kelantan akan menerima nasib yang sama seperti ATM juara baru Liga Perdana 2012 yang akan menerima piala di wisma FAM pada satu tarikh yang ditetapkan bukan selepas perlawanan penentu kemenangan pada malam tadi. Situasi ini pernah dihadapi Kelantan pada musim lalu.
AYUH MERIAHKAN PERLAWANAN INI MENGIKUT KEMAMPUAN ANDA SAMADA SECARA MENONTON SIARAN LANGSUNG MAHUPUN KE STADIUM. APA YANG PENTING! THE RED WARRIORS SENTIASA DIHATI ANDA. GOMO KELATE GOMO.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE