SPEKULASI penghijrahan beberapa tonggak utama Kelantan - Khairul Fahmi Che Mat, S. Chanturu, Mohd. Rizal Fahmi Rosid serta kapten, Mohd. Badri Radzhi akhirnya reda.
Semalam, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengesahkan keempat-empat pemain terbabit akan terus menyarung jersi Kelantan musim depan.
KAFA turut mengesahkan beberapa lagi pemain - Mohd. Shahrizan Ismail, S. Subramaniam, Mohd. Farisham Ismail, Mohd. Nizab Ayub, Mohd. Shakir Shaari, Mohamad Ab. Aziz Ismail, Mohd. Daudsu Jamaluddin, Muhammad Ramzul Zahini Adenan, Zairul Fitree Ishak, Nurul Azuan Roya serta peledak berbisa, Norshahrul Idlan Talaha akan kekal bersama juara Liga Super itu.
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengumuman tersebut terpaksa dibuat lebih awal untuk mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan persiapan pasukan untuk menghadapi cabaran yang lebih besar musim hadapan.
Menurutnya, keputusan untuk mengekalkan 15 pemain tersebut dibuat berdasarkan aksi dan persembahan yang dipamerkan mereka sepanjang beraksi dengan Kelantan musim ini.
"Keputusan ini diambil untuk mengelakkan pasukan yang ingin memancing pemain Kelantan mengetahui mereka masih mempunyai baki kontrak bersama The Red Warriors. Untuk makluman kesemua pemain itu sudah menandatangani kontrak bersama The Red Warriors.
"Baki sepuluh pemain lagi diisi oleh lima pemain tempatan (dari luar Kelantan) serta tiga tenaga import dan dua pemain skuad Piala Presiden Kelantan yang didaftarkan untuk beraksi bersama pasukan Liga Super iaitu Zamri Ramli dan Nik Mohd. Shahrul Azim Nik Ab. Halim," jelas Annuar.
Annuar berkata, pihaknya juga masih mengadakan rundingan dengan lima pemain tempatan dari luar Kelantan sedang berjalan dan empat daripadanya sudah bersetuju untuk bersama The Red Warriors.
"Buat masa ini, KAFA belum berhasrat untuk mengumkan siapakah pemain tersebut," katanya.
Dalam pada itu, Annuar memberitahu, KAFA telah bersetuju untuk melepaskan sepuluh pemainnya untuk beraksi bersama pasukan baharu bagi saingan musim hadapan.
Antara pemain yang dilepaskan ialah Norhadi Ubaidillah, Wan Rohaimi Wan Ismail, Wan Zaman Wan Mustapha, Khairan Eruan Razali, Khairan Eroza Razali, Khalid Jamlus, Solehin Kanasian Abdullah, Daniel Fadzly Abdullah dan Zul Yusri Che Harun, manakala penjaga gol veteran, Mohd. Halim Napi mengambil keputusan untuk bersara daripada arena bola sepak.
"Keputusan untuk melepaskan pemain itu dibuat lebih awal bagi membolehkan mereka mencari pasukan baharu untuk beraksi musim hadapan dan untuk itu, KAFA bersedia membantu pemain terbabit," ujarnya.
Mengulas mengenai pemain import, Annuar berkata, beliau memberikan tempoh sehingga akhir bulan ini buat ketua jurulatih, Peter James Butler untuk memilih pemain.
"Saya memberikan kebebasan sepenuhnya kepada beliau (Butler) untuk membuat pemilihan dan kita berharap senarai pemain import dan keseluruhan pasukan dapat dilengkapkan sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha.
"Sebaik sahaja kesemuanya selesai, kita akan memulakan sesi latihan sebagai persediaan awal sebelum bermulanya saingan liga musim hadapan," katanya.
Yup... Kawe dok tgh cari satni.. tgk2 demo bui doh..
bagus2..
Jurulatih sudah diumumkan... Pemain yang kekal sudah diumumkan... Yang masih menjadi tanda tanya, pemain "import tempatan" dan "import luar negara" yg belum diumumkan... 4 pemain "import tempatan" sudah disahkan, tp TANPA NAMA.. 2 lagi dalam rundingan.. Firasat admin mengatakan 6 pemain itu adalah Farhan, Azizi, Indra, Safiq, Amirul & Zairo Anuar.. Bakpo eh... duk ingat 6 ore tu jah... haha lambat wes nak umum.. letih doh ambo tggu..
**Salah seoarang dalam 16 pemain ini akan DIPINJAMKAN ke pasukan lain.
MASIH ADA 9 KEKOSONGAN UNTUK DIDAFTARKAN DALAM LIGA MALAYSIA:
17. Import Tempatan
18. Import Tempatan
19. Import Tempatan
20. Import Tempatan
21. Import Tempatan
22. Import Tempatan
23. Import Luar Negara
24. Import Luar Negara
25. Import Luar Negara
26. + 1 Import Asia yang akan didaftarkan untuk AFC SAHAJA.
4 PEMAIN YANG SAH DIDAFTARKAN BAWAH PIALA PRESIDEN DAN BOLEH BERMAIN DALAM SKUAD SENIOR 2012:
Piala Presiden + Skuad Senior
1. Izuan Salahuddin
2. Mohd Aris Zaidi
3. Nik Shahrul Azim
4. Zamri Ramli
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE