BTC USD 84,355.8 Gold USD 4,274.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dato' Siti Puas Hati Menonton 'Hantu Bonceng'

helmisaman

Legendary Member
gem
Messages
11,106
Joined
Jul 15, 2011
Messages
11,106
Reaction score
266
Points
131
5 Sep 2011, 03:44pm | Li Ee Kee | Utama > HIBURAN > BERITA HANGAT >

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza telah meluangkan masa untuk menonton filem terbaru arahan Ahmad Idham, 'Hantu Bonceng' di GSC Pavilion malam tadi.

Siti, yang baru-baru ini telah mengeluarkan single Inggeris pertamanya, "Falling In Love", telah meluangkan masa bersama suami tercinta, Datuk Khalid Muhammad Jiwa menonton 'Hantu Bonceng', sekitar 12:50 tengah malam bersama-sama lebih 150 penonton lain.

Seusai menonton filem tersebut, Siti diminta memberi pendapat mengenai filem berkenaan. Katanya, “Yang pasti ianya sebuah filem yang tidak membosankan dengan jalan cerita yang menarik. Walaupun menonton lewat malam, saya masih ketawa dan menyukai 'Hantu Bonceng' ini.”

'Hantu Bonceng' mendapat sambutan cukup mengalakkan apabila kutipannya mencecah RM1.8 juta selepas ditayangkan selama dua hari dan telah ditonton hampir 200,000 penonton di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

Bagi Ahmad Idham, selaku pengarah Hantu Bonceng, dia berkata, “Kehadiran Dato’ Siti bersama-sama suami untuk menonton, merupakan satu penghormatan buat saya dan warga kerja 'Hantu Bonceng'.

“Ianya juga menjadi bukti, penyanyi nombor satu negara juga menyokong produk filem tempatan amnya dan 'Hantu Bonceng' khususnya. Ianya juga membuktikan warga seni tempatan, samada penyanyi juga pelakon, bersama-sama dalam mencapai aspirasi membentuk masyarakat yang sayangkan nilai seni."

Selain itu, tinjauan di beberapa pawagam sekitar Kuala Lumpur dan juga maklumat dari pengurus pawagam di seluruh negara mendedahkan terdapat ramai penonton yang hampa kerana tiket-tiket 'Hantu Bonceng' telah habis sejak awal hari tayangan.

Pesan Siti kepada mereka yang belum menonton, “Pergilah menonton 'Hantu Bonceng' kerana ianya sebuah filem komedi yang mempunyai mesej yang bagus, bukan gelak kosong semata-mata.”

'Hantu Bonceng', lakonan Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai dan Zahid, sedang ditayang di 80 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, sejak 31 Ogos yang lalu.


http://www.gua.com.my/hiburan/berita-hangat/Dato_Siti_Puas_Hati_Menonton_Hantu_Bonceng.html
 

Attachments

  • 62.2 KB Views: 850
  • 54.7 KB Views: 858
belakang siti tu mcm wak khir toyo pula....:D:D
 
mmber CG cakap citer ni byk hina islam .. iye ke
 
dia masih penyanyi no 1 negara ke ? haha
 
best ke cite ni? macam merepek pun ada
 
Back
Top
Log in Register