MATROCKO
Fun Poster
- Messages
- 594
- Joined
- Mar 19, 2010
- Messages
- 594
- Reaction score
- 4
- Points
- 15
Sebelum ni Mat Sabu nak ubah sejarah dengan jadikan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.. Sekarang ni Latheefa Koya pulak tuduh kematian jurukamera BernamaTV sebagai satu hipokrasi UMNO..
Macam ni ke kualiti pemimpin yang puak-puak penyokong Pakatan nak untuk tadbir Malaysia? Hancur beb hancurrr !!!
Gua tak boleh bayangkan macam mana perasaan keluarga arwah Noramfaizul Mohd Nor bila tau ada pemimpin PKR dah politikkan kematian ahli keluarga dorang..
Dan gua tak boleh terfikir macam manalah si Latheefa Koya tu sampai hati jadikan kematian arwah sebagai modal politik untuk hentam UMNO.
Tapi kita semua patut bersyukur pasal dapat tengok satu perkara disebalik kenyataan Latheeya Koya dari PKR ni..
Kalau orang macam ni boleh diangkat sebagai pemimpin oleh puak-puak melayu Pakatan, SAH dorang semua tu buta perut dan langsung tak ada akal untuk menilai pemimpin!!!
Di saat kebanyakan pemimpin dari kedua-dua Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mengucapkan takziah ekoran tragedi terbaru yang melibatkan kematian jurugambar BERNAMA, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Latheefa Koya pula menyifatkan ia sebagai hipokrasi Umno.
Pemimpin PKR tersebut mendakwa Umno telah gagal membantu pelarian yang berada di dalam negara, tetapi masih lagi mahu “mengadakan misi kemanusiaan” di negara yang diselubungi konflik.
Menerusi ruang media sosial Twitter hari ini, Latheefa berkata tindakan Umno membawa wartawan ke lokasi berisiko untuk membuat liputan propaganda mereka adalah sesuatu yang menyedihkan. - UtaraNews
