BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Klinik Bot 1Malaysia Akan Diperkenalkan Di Kinabatangan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,198
Points
2,836
KOTA KINABALU, 25 Ogos -- Selepas pelancaran perkhidmatan klinik bot 1Malaysia bagi penduduk berhampiran Sungai Baram di Marudi, Sarawak pada April lalu, rakyat Sabah di pedalaman Kinabatangan pula bakal menikmati perkhidmatan serupa selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata pihaknya kini dalam proses untuk merealisasikan perkhidmatan klinik bot Sungai Kinabatangan, yang mensasarkan penduduk kampung di sepanjang pinggir sungai itu dan kawasan Sukau.

"Kami tidak mempunyai satu rangka masa... diharapkan pada penghujung tahun tetapi kami harap lebih awal dari waktu itu," katanya kepada pemberita selepas melawat pesakit Hospital Queen Elizabeth (QEH) 1 bersama rombongan Kumpulan BTC Bhd sempena Hari Raya Aidilfitri di sini, Khamis.

Seperti klinik bot pertama di Marudi, Rosnah berkata bot bagi perkhidmatan di Kinabatangan itu akan dibiayai Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Untuk perkhidmatan itu, kita tempatkan seorang doktor, yang dibantu oleh beberapa petugas lain seperti pembantu perubatan, jururawat am, doktor gigi dan ahli farmasi," katanya.

Katanya satu lagi perkhidmatan klinik bot telah dikenal pasti di Sarawak, iaitu untuk Sungai Rejang.

Dalam lawatan hari ini, Rosnah ditemani Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Mohd Yusof Ibrahim dan pengarah QEH Dr Zuraidah Ahmad Babji.

Ketua Pegawai Eksekutif BTC Bhd Abdul Kadir Sikkandar yang menyerahkan sumbangan kuih raya dan bendera sempena bulan Merdeka kepada para pesakit, berkata ini merupakan acara tahunan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dan pada minggu lalu, lawatan serupa dilakukan di premis QEH2 dan Hospital Likas.
 
buat lah klinik..
tapi naik muak pulok hari-hari dengar 1malaysia..
sampai ke klinik bot pun 1malaysia :))
kita memang dalam malaysia lah,bukan luar malaysia.
 
Back
Top
Log in Register