TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
KUALA LUMPUR, 25 April -- Sebuah kapal membawa muatan 7,500 bungkusan daging korban beku dari Arab Saudi tiba di negara ini semalam untuk proses pengetinan oleh syarikat Malaysia.
Ini merupakan penghantaran pertama dan akan disusuli dengan penghantaran seterusnya kemudian, menurut kenyataan yang dikeluarkan Bank Pembangunan Islam (IDB) yang berpejabat di Jeddah kepada Bernama di sini hari Isnin.
Menurut IDB, pengetinan daging beku itu merupakan rancangan kerajaan Arab Saudi bagi memanfaatkan daging korban dan diuruskan oleh IDB.
Menurut kenyataan itu, proses pengetinan daging korban oleh syarikat Malaysia itu menggunakan teknologi terkini bagi menjamin kualiti terbaik dengan tempoh luput selama 18 bulan tanpa disimpan di dalam peti sejuk.
Presiden IDB Dr Ahmad Muhamad Ali berkata, proses pengetinan itu dilakukan atas permintaan pertubuhan Muslim Aid dari United Kingdom yang akan menanggung segala kos pengetinan dan akan menyalurkan produk itu kepada golongan yang memerlukan.