BTC USD 63,314.0 Gold USD 4,343.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gog & Magog (Yakjuj & Makjuj)

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
lama dah x post kat thread ni.....

yakjuj.jpg

Yakjuj dan Makjuj disebut dalam 2 surah al-Quran,
iaitu surah al-Kahfi dan surah al-Anbia.
Dalam surah al-Kahfi Allah menceritakan Yakjuj dan Makjuj diperangi Zulkarnain.

Dalam agama Kristian, Injil turut disebut tentang Yakjuj,
Makjuj dan dajal dan masing-masing disebut Yagog,
Magog dan Anti Christ.


DIKATAKAN SETIAP KALI CUBA KELUAR KE MUKA BUMI,
MEREKA AKAN JATUH KEMBALI
KE DALAM BUMI DISEBABKAN BUNYI LAUNGAN AZAN YANG MASIH
BERGEMA DI SELURUH BUMI INI.

PABILA TIBA HARI DIMANA TIADA AZAN LAGI DILAUNGKAN,
MAKA IA AKAN KELUAR.

MOTIF: KELUAR DAN AKAN MEMAKAN APA SAHAJA YANG ADA
DIHADAPANNYA (RUMAH, POKOK, BINATANG, MANUSIA)
AKAN MENJADI PEMBANTU KEPADA DAJJAL.

Firman Allah ::
"Sampai tatkala Ya'juj wa-Ma'juj dilepas, mereka akan mengalir
dari tiap-tiap tempat tinggi" (20:96).

Ternyata yang dimaksud dengan kalimat "mengalir dari
tiap-tiap tempat yang tinggi" ialah bahwa mereka akan
menguasai seluruh dunia.

Menilik cara Al-Qur'an menerangkan Ya'juj wa-Ma'juj dalam 2
tempat tersebut, terang sekali bahwa akan tiba saatnya
Ya'juj wa-Ma'juj mengalahkan sekalian bangsa di dunia.

Dan terang pula bahwa pada waktu Al-Qur'an diturunkan,
Ya'juj wa-¬Ma'juj sudah ada, tetapi gerak-geri mereka
masih tetap terkekang sampai saat tertentu,
yang sesudah itu, mereka akan terlepas untuk
menguasai seluruh dunia.

Ada juga terbaca email kononnya NASA telah menemui satu kaum
bawah tanah atau dipanggil kaum Mole...dikatakan kaum ini
mempunyai kelakuan yg mungkin boleh mengganas di muka bumi

bila mereka itu keluar dari perut bumi itu...tetapi seperti
yg Al-Quran ajar, bila datang suatu berita dari orang kafir,
kita kenalah selidikinya dahulu...tak boleh terus percaya.
wallahua'lam

Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Hari ini dinding Yakjuj dan Makjuj
terbuka seluas ini, Wuhaib (perawi Hadis ini) mengisyaratkan
angka 90 dengan membuat lingkaran jari telunjuk dan ibu jarinya.
Hadith Sahih Muslim : 5130


mintak tolong sapa2 yg tahu lebih lanjut postkan kat sini
minat jugak nak tau lebih lanjut pasal kaum ni..
menakutkan...>:)
 
hmmm.. menarik jugak perbincangan nih... sesapa yg tahu lebih.. boleh kongsi kan di sini..
 
tapi persoalan nya... jelas kelihatan tak tembok yg mengontrol dua bangsa nih..
 
sebenarnya aku pernah dengar seorang tuan guru memberi ceramah agama kat satu masjid di HKL sekitar tahun 90-an, menyatakan yakju' dan makju' ni boleh berupa dalam pelbagai bentuk tidak semestinya dala mmakhluk bernyawa, sebagai contohnya pembangunan yang berleluasa dengan mega jentera, super machines yang wujud sekarang memainkan peranan dalam 'meratah' segala hasil bumi termasuk hutan2, korek laut, tanah dan sebagainya...ini juga tergolong dalam Y&M itu.

lihatlah dunia sekarang...di mana tiada pemusnahan hasil bumi yang tak wujud di sesebuah tempat...wallahu'alam.
 
kalau kita amat-amati sekarang.. bangsa perosak dunia terdiri dari dua bangsa bersekutu... amerika dan britain... mungkin dua bangsa ini kot.. yakjuj dan makjuj tu... hmmmm
 
hmm.. mole people... ada tak gambar diorang... mcmana lak wajah mereka?... kata primitif... cemana pulak nak menyerang dunia luar..tak ada logika.. heheheh
 
Kalau kita ikut penjelasan yang diberikan dalam Quran, kita akan dapati bahawa Iskandar Zulkarnain telah membina tembok besi di sekitar kawasan utara Azerbaijan atau selatan Georgia. Dan sememangnya terdapat tembok besi yang telah hampir tertimbus dan hampir roboh di Georgia.

Jika kita fikirkan penduduk di utara Azerbaijan sejak zaman Iskandar Zulkarnain, maka golongan yang dimaksudkan ialah golongan "penduduk utara" yang berkulit putih, yang pada masa ini menduduki Eropah, Amerika, Australia, New Zealand dan sebagainya.

Quran juga menyebut bahawa serangan akan dilakukan dari "tempat-tempat tinggi", dan ini boleh diterjemahkan sebagai "serangan udara" menggunakan kapal terbang atau peluru berpandu.

Golongan Ya'juj dan Ma'juj dibincangkan dengan lebih panjang lebar dalam kitab Yahudi, terutamanya kitab Ezekiel. Walau pun kita tak menerima kitab-kitab Yahudi kerana telah dipinda, bukan semua kandungannya telah dipinda dan Rasulullah pun pernah menyuruh orang-orang Yahudi supaya mencari hukuman zina dari kitab mereka sendiri.

Berikut adalah sebahagian dari apa yang terkandung dalam kitab Ezekiel 38, yang menjelaskan siapa Ya'juj dan Ma'juj:

Now the word of the LORD came to me, saying, “Son of man, set your face against Gog, of the land of Magog, the prince of Rosh,[a] Meshech, and Tubal, and prophesy against him, and say, ‘Thus says the Lord GOD: “Behold, I am against you, O Gog, the prince of Rosh, Meshech, and Tubal. I will turn you around, put hooks into your jaws, and lead you out, with all your army, horses, and horsemen, all splendidly clothed, a great company with bucklers and shields, all of them handling swords. Persia, Cush and Put are with them, all of them with shield and helmet; Gomer and all its troops; the house of Togarmah from the far north and all its troops—many people are with you.

Menurut kitab Yahudi, Nabi Noh telah terselamat dalam banjir besar dengan 3 orang anak, yang dinamakan Japheth, Ham dan Shem. Japheth mempunyai anak seperti berikut:
Gomer, Magog, Madai, Javan, Tubal, Meshech and Tiras.

Gomer pula mempunyai 3 orang anak, termasuk Togarmah

Cush dan Put adalah cucu kepada Ham.

Menurut kitab Yahudi lagi, Japheth dan keturunannya telah diberikan kawasan Utara dunia (Amerika Utara, Eropah, Utara Asia). Shem dan keluarganya diberikan bahagian tengah (termasuk Arab Saudi, Israel dan sebahagian besar Asia).

Ham pula diberikan bahagian Selatan, termasuk Amerika Selatan, Afrika, Australia, New Zealand dan sebagainya. Ethiopia, Australasia dan sebahagian Asia Tenggara diberikan oleh Ham kepada Cush. Libya dan Sahara Barat diberikan kepada Put.

Dalam pada itu, kitab Yahudi menjelaskan bahawa orang-orang Islam dan Yahudi bukanlah diantara golongan penyerang ini, kecuali Rosh (keturunan Yahudi yang diberikan sebahagian dari kawasan yang sekarang dipanggil Israel), kerana tidak satu pun dari penyerang itu dari kalangan yang berkhitan:

Meshech and Tubal are there, with all their hordes around their graves. All of them are uncircumcised, killed by the sword because they spread their terror in the land of the living. (Ezekiel 32)

Sekiranya kita terima penjelasan dari kitab Yahaudi ini, timbul pula satu persoalan: Persia tersenarai sebagai salah satu negara yang akan turut serta dalam serangan ini. Adakah ini bermakna bahawa Iran akan jatuh ke tangan Barat (Amerika?) satu masa nanti?
 
susah nak paham laaaa...
kitab yahudi niee... ada keraguaan dari segi penceritaan dia..
 
mungkinkah yg digambarkan yakju' dan makju' ...adalah america dan britain..krn mereka menguasai 'langit dan bumi'
dgn kecanggihan segala peralatan dan sebagainya..
 
Back
Top
Log in Register