BTC USD 63,153.9 Gold USD 4,326.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesakit luar Hospital Batu Gajah kecewa

kuhik

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,519
Paid Membership
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
Pesakit luar Hospital Batu Gajah kecewa
Harakahdaily

BATU GAJAH, 11 Mac: Perkhidmatan di Jabatan Pesakit Luar Hospital Batu Gajah adalah amat mengecewakan kerana para pesakit terpaksa menunggu berjam-jam untuk berjumpa dengan doktor.

Tempat menunggu pula agak sesak kerana kekurangan tempat duduk di samping kemudahan untuk orang kurang upaya serta warga emas juga tidak disediakan dengan sewajarnya.

Banyak aduan serta rungutan daripada orang awam timbul akibat keadaan itu.

Encik Subramaniam, 54, berkata, beliau telah datang ke hospital pada pukul 8.30 pagi dan masih lagi menunggu hingga 11.10 pagi.

Beliau agak kecewa kerana walaupun diberi nombor giliran di kaunter pendaftaran, sistem itu tidak diguna pakai kerana kerosakan pada paparan nombor giliran yang menyebabkan semua pesakit dipanggil secara seorang demi seorang.

“Perkara ini nyata menimbulkan rasa kurang selesa,” kata Cik Zaizazura, 22, dari Lahat.

Bagi Encik Krishnan ,62, dari Taman Changkat Mewah berkata, jikalau ada sistem penomboran dan kaunter paparan berfungsi dengan baik ianya akan memudahkan pesakit tanpa membuang masa menunggu lama.

sv%20krishnan.jpg


"Kalau hendak pergi ke tandas pun susah kerana jika nama pesakit dipanggil sekali dan pesakit tersebut tidak berada di tempat rawatan maka terlepaslah gilirannya," ujar Ko Pee Yu, 70.

Puan Norma, 50, dari Batu 5 Jalan Gopeng mengeluh kerana terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan ibunya seorang warga emas.

“Padahal pihak hospital perlu menyediakan perkhidmatan khas untuk warga emas,” katanya.

Beliau juga agak kesal kerana membuang masa dengan menunggu begitu lama padahal dia terpaksa menghantar anak-anaknya ke sekolah.

Jasmal Singh, 50, dari Desa Changkat juga agak kesal dengan tahap perkhidmatan kerana terpaksa menunggu hampir tiga jam.

sv%20sivakumar%202.jpg


Beliau mempersoalkan kenapa kaunter paparan nombor giliran tidak diperbaiki dan sistem manual digunakan.

“Ianya akan mengambil masa yang agak panjang dan tidak mengikut urutan,” katanya lagi.

Melihatkan keadaan orang ramai masih menunggu, Ramalingam, 46, dari Ara Payung terpaksa membatalkan hasratnya untuk berjumpa dengan doktor kerana khuatir terpaksa menunggu lama dan itu bukan kali pertama menghadapi situasi itu.

Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, V Sivakumar, kemajuan dan pembangunan sesebuah negara tidak boleh dinilai dengan adanya struktur-struktur bangunan yang besar dan tinggi mencakar langit sedangkan kemajuan yang sebenar adalah dari segi pembangunan insan.

Justeru, katanya perkhidmatan yang cemerlang harus diberi oleh semua sektor kerajaan terutama kesihatan.

sv%20sivakumar%201.jpg


Tambahnya, jika sektor itu gagal memberi perkhidmatan yang baik kepada pesakit-pesakit, maka ia membuktikan kemunduran sesebuah negara kerana di negara-negara mundur di dunia ini, sektor kesihatan tidak menggalakkan dan rakyat berada dalam keadaan yang mundur.

“Jika di Malaysia sektor ini tidak diberi keutamaan, apalah bezanya Malaysia dengan negara-negara mundur di dunia. Melihatkan keadaan perkhidmatan di Hospital Batu Gajah yang serba kekurangan ini membuktikanaspirasi kerajaan untuk ‘rakyat didahulukan’ diketepikan sama sekali,” ujarnya yang meninjau keadaan Jabatan Pesakit Luar di hospital berkenaan.

Beliau turut mencadangkan supaya ditambah doktor di Jabatan Pesakit Luar dan juga diperbaiki semua kaunter paparan nombor giliran agar orang ramai tidak keliru di samping menyediakan kemudahan-kemudahan asas untuk keselesan orang ramai.

“Adalah tidak wajar untuk kerajaan memperkenalkan Klinik 1Malaysia dengan belanja berbilion ringgit walhal hospital-hospital dan klinik-klinik desa tidak ditadbir dengan baik dan kekurangan,” ujarnya.
 
haa nah...
mmg pon..
aku setuju~
patutnyer pesakit diberi perhatian sewajarnya..

aku penah pegi..
mmg sesak~
 
Tgk dr gambar pn da serabut mata...
Agaknye kene dtg pas subuh teruih kot.. =)
 
kesian pada mereka2..nak komen lebih2 pun tak leh..
 
seerius aku cakap buang duit jek wat klinik 1 malaysia. Baik duit tue guna utk penambahbaikkan klinik yg sedia ada. Hari tue kluar dlm aduan tv klinik sungai besi. Daif giler. Klinik kat sentul lg la, sampai pesakit panggil klinik langgar punggung sbb sempit sangat.
 
pihak berwajib..kene amik tindakkan sewajarnya..

kalu bender nie jadi kat depa @ keluarga depa..baru nak mengamuk..

addeeiihhh...
 
bukan hospital situ ja mcm nie hospital kat umh aku pun mcm 2 gak
3 jam br leh settle semua......
 
masalah biasa
mesti kurang doktor ni
rasa-rasanya :-?
 
Back
Top
Log in Register