BTC USD 63,153.9 Gold USD 4,326.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Awek suka ajak ringan2 sampai la terlanjur

alonso

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
62,527
Paid Membership
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,527
Reaction score
426
Points
531
SAYA penuntut universiti. Pada zaman persekolahan dulu saya kuat berpegang kepada agama tapi selepas memasuki alam universiti, saya mengalami kejutan budaya yang menyebabkan saya jadi alpa serta mempunyai ramai teman wanita.

Pada awalnya saya hanya mahu hubungan biasa tetapi teman wanita mengajak saya melakukan ‘ringan ringan’. Selepas itu kami menjadi semakin berani dan sentiasa melakukan perkara terkutuk itu. Akhirnya, kami terlanjur dan kami menjadi ketagih dan kerap melakukannya apabila bersama.


Namun pada satu hari, saya mendengar ceramah seorang ustaz. Saya terus terkenang dosa yang saya lakukan selama ini. Saya berasa sungguh menyesal kerana hidup saya bergelumang dengan dosa.


Saya cuba kembali ke pangkal jalan tapi teman wanita selalu menggoda dan mengajak saya melakukan perkara terkutuk itu. Saya sukar menahan nafsu. Tolonglah saya Dang Setia.


MAN

Situasi dialami saudara sebenarnya sekadar membuktikan keimanan kita kepada Allah SWT tidak statik, sebaliknya ia boleh berubah-ubah dan ada pasang surutnya.


Bila kita menunaikan segala suruhan Allah sama ada yang wajib atau yang sunat, bertambah subur dan teguh iman kita, sebaliknya jika kita ingkar suruhan Allah dan melakukan tegahan-Nya, semakin nipis iman kita sebelum ia beransur-ansur hilang.


Oleh itu, subur dan teguhkan kembali iman saudara. Caranya ialah dengan menunaikan segala suruhan Allah, sama ada yang wajib atau yang sunat, dan meninggalkan segala perbuatan yang dilarang-Nya.


Ini bermakna saudara perlu muhasabah atau menilai semula amal ibadat saudara selama ini. Adakah solat lima waktu yang wajib itu saudara laksanakan? Jika dilaksanakan, semak pula adakah ia sempurna atau ada cacat cela? Jika kita mengabaikan solat, pasti sukar untuk melawan godaan nafsu dan menjauhi maksiat kerana Allah SWT menyatakan, sesungguhnya solat itu mampu mencegah perbuatan keji dan mungkar.


Bagaimana pula dengan amalan sunat seperti zikir dan pelbagai jenis solat serta puasa sunat? Jika ia jarang atau sudah lama tidak saudara lakukan, mulai hari ini lakukan semua amalan itu kerana ia penting untuk menyucikan hati kita dan meneguhkan iman.


Sesungguhnya hanya iman yang teguh mampu menjadi perisai paling ampuh untuk kita menangkis pelbagai godaan nafsu serta syaitan yang maha hebat di sekeliling kita pada setiap masa.


Seterusnya, lakukan pula usaha untuk meninggalkan segala perbuatan yang dilarang Allah SWT dan dalam hal ini, satu perkara yang ingin Dang Setia ialah mengenai hubungan dengan teman wanita saudara.

Jika sudah tahu teman wanita selalu menggoda dan mengajak melakukan maksiat, dia wajib saudara jauhi. Selagi saudara menjalin hubungan dan berjumpa dengannya, selagi itu saudara akan terdorong dan sukar kembali ke pangkal jalan.


Jangan bertindak mengikut nafsu. Memang benar zina itu nikmat tapi nikmatnya hanya sementara, sedangkan azab dan seksanya sungguh pedih dan berkekalan selagi kita tidak mendapat keampunan Allah SWT.
 
ko ni alonso....suka sgt post benda2 cam ni...hehehehe
 
mcm2 dunia..

dlm kes nih teman wanita dia plak yg lebih2..#:-S

apa2pun dosa tetap dosa..dan setiap dosa mendatangkan keburukan..
 
alhamdulillah aku masih teruna lagi.=D>
 
sian laki tu..cuba la bimbing awek dia jgk..xpun susah2 klau pmpn tu xnak berubah bg kata 2 je..xberubah tinggal je..tp semoga 2 2 berubah..
 
mcm2 dunia..

dlm kes nih teman wanita dia plak yg lebih2..#:-S

apa2pun dosa tetap dosa..dan setiap dosa mendatangkan keburukan..

skrg ini mmg mcm itu.
perempuan kononnya nk berubahlah apa lah.
so rapatlah dgn lelaki yg baik.
alih2.
lelaki lak yg hancur sama.
aduh.
sama jugak utk lelaki yg nk berubah jdi baik.
couple perempuan baik/alim.
last2 dua2 jahanam.
moral of the story.
jgnlah nk couple2 nih.
kahwin je.
kalau tak mmpu.
nikah dulu.
kenduri kemudian.
bila dah mmpu.
 
fuyooohh..awek yg ajak, mmbuktikan bukan hanya lelaki yg 'nakal'...klo dah org offer, mmg berat nak menolak..hahahahhaha.
 
Ramai je student yang mcm tu kat U. Culture shock. Yang dari kampung nak ikut dress up dak2 bandar. Lepas tu nak ikut plak cara idup. Lepas tu bile x mampu nak cope mule la jual diri. Kopiah ke mana, tudung ke mana. Bile cite dah xnak ngaku dok kampung. "Aku asal dari JB", padahal dok Pontian. Kesian.
 
fuyooohh..awek yg ajak, mmbuktikan bukan hanya lelaki yg 'nakal'...klo dah org offer, mmg berat nak menolak..hahahahhaha.

ramai ke laki2 muda skrg yg bisa menahannya?:))
 
skrg ini mmg mcm itu.
perempuan kononnya nk berubahlah apa lah.
so rapatlah dgn lelaki yg baik.
alih2.
lelaki lak yg hancur sama.
aduh.
sama jugak utk lelaki yg nk berubah jdi baik.
couple perempuan baik/alim.
last2 dua2 jahanam.
moral of the story.
jgnlah nk couple2 nih.
kahwin je.
kalau tak mmpu.
nikah dulu.
kenduri kemudian.
bila dah mmpu.

tu btul tp trend skrg org sk kapel2 ni..so elak kan dating tmpt2 sunyi ni..sbb dok berdua ni yg byk jd 3gp tu..:p:p
 
Back
Top
Log in Register