BTC USD 61,656.6 Gold USD 4,263.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelakon Gerak Khas dihukum penjara, denda

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Pelakon drama bersiri popular Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Abdullah, yang memegang watak Detektif Lim dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 selepas didapati bersalah terhadap tuduhan mencuri dua buah buku di Mid Valley Megamall, di Kuala Lumpur Mac lepas.

Majistret Mohd Faizi Che Abu membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membutikkan kes melampaui keraguan munasabah terhadap pelakon berusia 43 tahun itu.

Mohd Faizi mengarahkan Farid Amirul menjalani hukuman itu berkuatkuasa hari ini, dan penjara dua bulan jika gagal membayar denda itu, namun beliau kemudian membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi, dengan syarat ikat jamin terdahulu iaitu RM1,500 dinaikkan kepada RM3,000 dengan seorang penjamin.

Pelakon itu dihadapkan ke mahkamah selepas didakwa mencuri sebuah buku bertajuk "Sistine Secrets" berharga RM89.90 dan "Decoding The Heavens" berharga RM105 di Kedai Buku MPH Bookstore, Mid Valley Megamall, pada 7.15 malam 27 Mac lepas, dan dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Mohd Faizi semasa menyampaikan keputusan penghakiman berkata mahkamah memilih untuk tidak mempercayai keterangan tertuduh berdasar dua penilaian iaitu kes ini hanya berbentuk penafian semata-mata.

"Kes ini juga tidak menunjukkan kredibel kerana tertuduh yang sering menyatakan dia tidak ingat tempat kejadian walaupun kejadian berlaku pada penghujung Mac lalu.

"Sepatutnya tertuduh masih boleh mengingati kejadian kerana ia merupakan pengalaman buruk tertuduh," katanya.

Mohd Faizi berkata antara isu yang ditimbulkan pihak pembelaan sepanjang prosiding perbicaraan adalah ketiadaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan ketiadaan gambar rajah kasar tempat kejadian, dan ia tidak menunjukkan keraguan terhadap kes pendakwaan.

"Mahkamah berpendapat isu yang ditimbulkan oleh pihak pembelaan tidak mencacatkan kes pendakwaan dan keterangan saksi awam yang melihat kejadian itu tidak bermotifkan jahat dan buruk terhadap tertuduh," kata Mohd Faizi.

Peguam bela Nor Azri Mohd Ariff yang mewakili tertuduh memohon kepada mahkamah mengambil kira anak guamnya itu kehilangan banyak tawaran berlakon di samping anak guamnya itu mengalami gangguan fikiran sepanjang kes itu dibicarakan.

Terdahulu, pendakwaan yang diwakili Mohd Faizal Abdul Rahman memohon kepada mahkamah agar tidak memandang status tertuduh, iaitu sebagai pelakon, dalam mengenakan hukuman yang berat. BERNAMA
 
kesian dia......
terpaksa hadapi saat2 sukar sebegini......
 
buku tak sampai rm 200 pun nak curik. pastu balasannye lagi teruk dari rm 200. suungguh tak berbaloi..
 
nak buat pikir la dulu...
kene kire bape untung rugi...
apepon tetap rugi...'cctv' ade kat memane je..
 
Aku ingat belakon curi buku...rupa2 nya betoi2...
 
curi la motosikal ke baru nmpak gerun...:D:D
 
buku tu berapa la sangat harga dia...
dah kena tangkap banyak duit habis
kena denda RM2000.. dan masuk penjara 2 bulan (2 bulan tak bleh cari makan)
kena bayar duit lawyer..
duit minyak nak naik turun mahkamah..
MASA
adehhhhh tak berbaloi..
 
dalam gerak khas tangkap orang
di luar kena tangkap
 
Back
Top
Log in Register