Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Religious Talk

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 25,364
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 56,083
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 43,243
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 25-09-2009, 01:58 AM
viper207 viper207 is offline
Permanently Banned

 
Trader Rating: (1)
Join Date: Nov 2008
Location: Kuala Lumpur
Posts: 5,595
Poster Rank: #650
Thanked 54 Times
Active Level
My Mood:
Thumbs up Merokok HARAM - Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia ke-37

Fatwa merokok itu HARAM :-

Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz

Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad 'Umar Hashim' (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain
lain.

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK

1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain.
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dengan maruah keislamana
9. Rokok membazirkan harta (wang)
10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)




nice quote
Quote:
Originally Posted by darkkiller View Post
Arak sememangnya haram dan ada tertulis dalam AlQuran jadi tak perlu fatwa apa lagi sebab ianya memang haram.

Jadi siapa yang minum tu maknanya ingkar dan sombong pada Allah.

Tentang rokok pula,tidak berlaku pada zaman Nabi dan ulama terdahulu,jadi ianya perlukan fatwa sama ada halal atau haram untuk masa sekarang.

Sekarang fatwa dah mengatakan haram,jadi kita yang menghisap rokok sudah jatuh hukum berdosa dan ingkar pada perintah Allah.
Majlis Fatwa dah jalankan tanggungjawab

so terpulang kepada umat Islam itu sendiri

Quote:
Originally Posted by viper207 View Post
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-keba...andangan-islam

Merokok Dari Pandangan Islam

Keputusan:


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keputusan (English):


Smoking From The Perspective Of Islam

Decision:

The 37th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd March 1995 has discussed on smoking from the perspective of Islam. The Committee has decided that smoking is prohibited in Islam because it is harmful.

Keterangan/Hujah:



1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:

i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.

ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.

iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:

a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”

e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:

i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.

vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.

Antaranya seperti berikut:

a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.

b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.

c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.

2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.

3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”

Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.

Last edited by viper207; 14-10-2011 at 12:04 PM..
Reply With Quote
The Following 7 Users Say Thank You to viper207 For This Useful Post:
Anorexia (28-09-2009), azanney (25-09-2009), ekom (28-09-2009), GrandTurismo (28-09-2009), izzul (14-10-2011), lanbai (28-09-2009), ratusanRM (28-09-2009)
Paid Advertisement
  #2  
Old 25-09-2009, 02:05 AM
kraem kraem is offline
Active Member

kraem's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Sep 2008
Posts: 1,727
Poster Rank: #2240
Thanked 26 Times
Active Level
My Mood:
Default

ade ke perokok yg amik peduli?

xpun, dia akan kata, "pedulik hape aku"
__________________
Reply With Quote
  #3  
Old 25-09-2009, 02:21 AM
aloi_fx aloi_fx is offline
Normal Member

aloi_fx's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2008
Location: Ipoh-Taiping
Posts: 359
Poster Rank: #7035
Thanked 1 Time
Active Level
Default

kalo setakat keluarkan fatwa, tp still lagi jual bersepah dkt kedai baek xyah, nak buat, buatla btul2 biar seiring, kerajaan kena amik tanggungjawable, kalo btul fatwa dah kata haram, bekukan penjualannya, mcm dadah gak r, tp dah sebb rokok ni membantu ekonomi negara, yg haram jadi le halal, ini nak naikan lagi rege rokok, cian diorang dah la sakit sbb hisap rokok pastu kna blanja besar lak, haha
Reply With Quote
  #4  
Old 25-09-2009, 02:28 AM
mynes mynes is offline
Active Member

mynes's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Dec 2008
Posts: 1,604
Poster Rank: #2394
Thanked 88 Times
Active Level
My Mood:
Default

mmg patut sgt2 diharamkan...
__________________
"I've always believed that you should never, ever give up and you should always keep fighting even when there's only a slightest chance"

MICHAEL SCHUMACHER
Reply With Quote
  #5  
Old 25-09-2009, 02:30 AM
BerkatNiaga BerkatNiaga is offline
Permanently Banned

 
Trader Rating: (1)
Join Date: Oct 2008
Posts: 1,491
Poster Rank: #2549
Thanked 13 Times
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by aloi_fx View Post
kalo setakat keluarkan fatwa, tp still lagi jual bersepah dkt kedai baek xyah, nak buat, buatla btul2 biar seiring, kerajaan kena amik tanggungjawable, kalo btul fatwa dah kata haram, bekukan penjualannya, mcm dadah gak r, tp dah sebb rokok ni membantu ekonomi negara, yg haram jadi le halal, ini nak naikan lagi rege rokok, cian diorang dah la sakit sbb hisap rokok pastu kna blanja besar lak, haha
aku sokong sangat ler,tapi tentang arak macammana pulak sebab ramai minum arak sekaranggnir,,,,
__________________
[CENTER][URL="http://www.facebook.com/duitfb"][SIZE="2"][B]Jom tambah pendapatan di internet dalam masa 1 minggu tengok buktinya disini[/B][/SIZE][/URL]
[SIZE="2"][URL="http://walid2u.webs.com"][B]Rahsia Jus Murahan 100% Halal Burung walid Buat duit [/B][/URL][/SIZE][/CENTER]
Reply With Quote
  #6  
Old 25-09-2009, 02:38 AM
haudli haudli is offline
CG Top Poster Club

haudli's Avatar

 
Trader Rating: (136)
Join Date: Jul 2009
Location: EXNESS-Broker Scalping Terbaik
Posts: 45,802
Poster Rank: #16
Blog Entries: 4
Thanked 315 Times
Active Level
My Mood:
Default

sib baik aku nak cuba e-cigaret pas ni..
__________________
Reply With Quote
  #7  
Old 25-09-2009, 02:48 AM
hishammarmin hishammarmin is offline
Permanently Banned - Multiple ID

 
Trader Rating: (5)
Join Date: Oct 2007
Location: KLINIK HAIWAN SENAWANG NS
Posts: 5,498
Poster Rank: #661
Thanked 194 Times
Active Level
My Mood:
Default

Ehek..ehek...ada aku kesah??......



__________________
[CENTER][B][URL=https://secure.instaforex.com/en/open-account.aspx?x=LA][COLOR="Red"][SIZE="5"]JOIN INSTAFOREX-Toll free: 1800-883-810
[/SIZE][/COLOR][/url][URL="http://www.commercialnetworkservices.com/?a_aid=1373c3f0"]CNS - Traders VPS-only USD 1/day ![/URL]
[SIZE="5"][URL="http://www.**************"][COLOR="Red"]INSTAFOREX TOP IB (REACHED USD 5 MILLION TRANSACTION VALUE) - DEAL WITH US![/COLOR][/URL][/SIZE][/B]

aku pun bukan pandai sangat...tapi takdeler sampai nak tunjuk keb0d0han aku kat khalayak-sendiri mau ingat laaa....
[/CENTER]
Reply With Quote
  #8  
Old 25-09-2009, 02:49 AM
NEMO NEMO is offline
CG Super Hardcore

NEMO's Avatar


 
Trader Rating: (241)
Join Date: Jan 2007
Location: Balik modal dalam 6 bln..bisnes emas terbaru
Posts: 105,665
Poster Rank: #3
Thanked 1,002 Times
Active Level
My Mood:
Default

ekekee..cam xde kesan jer..
Reply With Quote
  #9  
Old 25-09-2009, 02:50 AM
aloi_fx aloi_fx is offline
Normal Member

aloi_fx's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2008
Location: Ipoh-Taiping
Posts: 359
Poster Rank: #7035
Thanked 1 Time
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by BerkatNiaga View Post
aku sokong sangat ler,tapi tentang arak macammana pulak sebab ramai minum arak sekaranggnir,,,,
tu r pasal, dah jadi trend pun, apa jadahnyer sodap sgt air tuh, byk lagi air lain leh minum, bab arak ni, penguatkuasaan kena lebih keje r, nak halang non muslim minum mmg x bleh sbb dah budaya diorang, cuma utk non muslim precaution step bleh buat dgn pencegahan ttg mudarat arak jela,muslim yg tanik gedegaq air kencil syaitan ni mmg x leh kompromi le, tp tindakan brani pejabat agama pahang tu memang den respek r, kartika pun best sbb dia redha je, ambil pengajaran r
Reply With Quote
  #10  
Old 25-09-2009, 02:50 AM
apiz apiz is offline
Super Active Member

apiz's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: May 2009
Location: KeyyyELLL
Posts: 4,392
Poster Rank: #863
Thanked 29 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by hishammarmin View Post
Ehek..ehek...ada aku kesah??......



aku tolong smbung...cak cak cak cakc cak..
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 09:29 PM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE