Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,717
Poster Rank: #4
Thanked 1,838 Times
Active Level
My Mood:
Bayar tol guna Touch 'n Go kosong
KUALA LUMPUR - Para pengguna kad Touch 'n Go selepas ini mungkin boleh menggunakan kad itu walaupun nilai pada kad tersebut kosong kerana jumlah yang digunakan akan ditolak terus daripada akaun bank penggunanya.
Ia berkemungkinan dilaksanakan ekoran kerajaan sedang menimbang untuk memudahkan penggunaan kad tersebut dengan menyelaraskan nilainya dengan wang di dalam akaun bank milik setiap pengguna.
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, sekiranya berjaya dilaksanakan, ia bermakna kad itu boleh digunakan walaupun nilai wang di dalam kad tidak ditambah.
Menurutnya, langkah itu merupakan salah satu cadangan bagi memastikan masalah kesesakan jalan raya di plaza tol dapat dikurangkan.
"Dalam erti kata lain, para pengguna tidak perlu membuat pembayaran terlebih dulu, bila pengguna sentuh kad, nilai itu akan ditolak ke akaun mereka.
"Sebagai contoh, kenderaan seperti lori dari Utara ke Selatan, kos tolnya sekitar RM70 hingga RM80 sehala dan memerlukan mereka tambah nilai kad sebanyak RM500 hingga RM700.
"Melalui cara ini, kad tersebut masih boleh digunakan walaupun baki nilainya tinggal RM10 kerana jumlah selebihnya akan ditolak daripada akaun pemiliknya," ujarnya pada sidang akhbar Majlis Promosi Kad 1Malaysia-Touch 'n Go Edisi Terhad di kementeriannya di sini semalam.
mmg dah lama ada pun kan?auto deduct dari acc bank kalau kurang dari yg dah disetkan limt.
yg ada skrg ni link dgn kad kredit. maybank dah lama buat. bila baki dlm kad sentuh dan jalan kurang dr RM20, automatik dia topup jd RM200 rasanya. duit plak akan masuk dlm statement kad kredit.
tak silap hamba, cimb pun baru2 ni dah lancarkan kemudahan mcm tu. link dgn kad kredit cimb.
__________________ I want good food, i want beauty women, i want more money, i want big home, i want great car. Once I acquire something, i just move on to the next on the list, then the next after that. I CAN NEVER FIND SATISFACTION.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE