BTC USD 84,590.5 Gold USD 4,311.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pantai Persis Cermin Di Kuala Selangor Ini Pasti Mengujakan

NEMO

CG Super Hardcore Club
gemgemgem
Messages
109,177
Paid Membership
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,177
Reaction score
1,046
Points
1,101
182325mxsvbs7zzrz7rmex.jpg


181159nnyzvvpvtosd0so7.jpg


181758vtm5bj6xnbjwx9j0.jpg


182025b5vz5kximl55cwoc.jpg


182025m4x2t7wtf7r26i6r.jpg


48450_700x.jpg


maxresdefault.jpg


Tak ramai lagi yang tahu tentang kewujudan sebuah pantai cantik yang terletak di Sasaran, Kuala Selangor ini. Apa yang pasti ia bakal mengujakan peminat fotografi kerana suasanya yang sangat unik dan lain dari yang lain.


Pantai ini dikatakan seakan-akan Salar de Uyuni, dan bagi mereka yang tidak mengetahui maksudnya cukup dengan melihat gambar-gambarnya sahaja pasti anda akan memahami apa yang cuba disampaikan.


Satu-satunya tempat di Malaysia yang membolehkan anda mengambil gambar di atas satu tempat yang berair dan luas seolah-olah wujud sebuah pantulan cermin di antara langit dan bumi.


Tak perlu susah2 lagi hendak pergi ke luar negara kerana 'pulau misteri' ini pasti membuatkan sesiapa pun teruja terutamanya kepada peminat fotografi.


Pantai ini tak jauh dari Kampung Sasaran, Kuala Selangor iaitu sebuah perkampungan nelayan masyarakat Cina dan mereka memanggil tempat ini dengan nama "Shasha Lan."'


Fenomena Salar de Uyuni ini sebenarnya bukan berlaku selalu, cuma hanya terjadi 6 hari setiap bulan mengikut kalendar lunar masyarakat Cina iaitu pada hari pertama, ke-2, 14, 15, 16 dan 30.

Pengunjung boleh menaiki bot dari Jeti Sasaran, Kuala Selangor dan ia cuma mengambil masa selama 30 minit sahaja.


Antara pukul 10.30-11 pagi, anda akan dapat lihat sendiri seolah-olah cermin besar dihamparkan secara semulajadi dan langit dapat dilihat di atas cerminan air yang sangat mempesonakan.
 
rasanya gambar first tu bukan kt situ. tu kat Salar de Uyuni
 
macam cermin....

tapi kat mana sebenarnya
 
Back
Top
Log in Register