BTC USD 83,917.6 Gold USD 4,191.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelanggan berlaga-laga berebut ambil nombor giliran beli tudung Fareeda

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
http://www.youtube.com/watch?v=gv7YQidnulE
71459612895_freesize.jpg

Komen netizen mengenai insiden pelanggan berhimpit ambil nombor giliran Fareeda - Foto Facebook/Fizo Omar

HANYA untuk mendapatkan nombor giliran untuk membeli tudung, ratusan pelanggan sanggup bersesak bahkan berhimpit dan tolak-menolak sambil menjerit antara satu sama lain.

Begitulah situasi yang dipapar dalam video Facebook yang dimuat naik oleh pelakon Fizo Omar yang juga merupakan suami kepada Mawar Fareeda, pengusaha tudung jenama Fareeda.

Video berdurasi 16 saat itu memaparkan pelanggan yang bersesak untuk mendapatkan nombor giliran bagi pembelian koleksi baharu tudung Fareeda, Sweet Love.

Kebanyakan netizen mempertikaikan teknik promosi ini kerana menyebabkan pelanggan bersesak merebut nombor giliran.

Beberapa netizen turut berhujah bahawa situasi begini begitu ironik memandangkan Fareeda menjual tudung yang menjadi unsur pematuhan agama namun para pelanggan berhimpit tanpa mengenal jantina untuk mendapatkannya.


http://www.astroawani.com/gaya-hidu...beli-tudung-promosi-fareeda-dipertikai-100847
 
Fareeda nafi tudungnya singkat

Fareeda Global Resources Sdn. Bhd. (Fareeda) menafikan dakwaan kononnya syarikat pengeluar tudung itu mengeluarkan tudung yang singkat dan tidak menepati hukum syarak.


Pengarah Pemasarannya, Fizo Omar menjelaskan, pihaknya selama ini menghasilkan tudung pelbagai saiz mengikut potongan badan pelanggan.

“Sebagai contoh, jika pelanggan itu bersaiz badan kecil seperti Mawar (isteri), tudung yang sesuai adalah saiz 13 yang tidak akan kelihatan singkat. Namun jika pelanggan itu tinggi dan bersaiz badan besar, sudah pasti tudung yang dibeli menjadi singkat apabila dipakai.

“Sebagai penjual, kami tidak boleh menghalang apa pilihan dan selera pembeli. Seperti kaum lelaki yang gemar memakai baju kecil walaupun memiliki saiz badan yang tidak sesuai dengan saiz baju yang dipakai,” jelasnya di sebuah hotel di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media khas yang turut dihadiri isterinya yang juga merupakan Pengarah Fareeda, Mawar Abdul Karim.

Fizo tampil mengulas isu kekecohan pelanggan berebut-rebut mendapat tudung koleksi jenama Fareeda iaitu Sweet Love minggu lalu.

Insiden itu turut mendapat teguran Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd Mohd Noor yang menegur pengusaha tudung agar mengeluarkan tudung yang labuh dan menepati syarak.

Mengulas tindakan seorang ahli agama yang mendoakan Fareeda agar bankrap gara-gara insiden itu, Fizo berkata, doa adalah hak individu dan sesiapa tidak mampu menghalangnya.

“Saya harap sesiapa yang ingin mengeluarkan komen atau kenyataan dapat mengetahui maklumat yang tepat apa yang berlaku pada hari kejadian. Pihak Fareeda bukan tidak boleh menerima kritikan tetapi kami sudah melaksanakan kemudahan untuk keselesaan pelanggan.


fizo omar dan tudung fareeda.jpg


http://malaysiagazette.com/ms/nasional/tudung-fareeda-tidak-singkat-fizo

Fareeda nafi bayar pelanggan yang bersesak

faredg.transformed.jpg

PEMILIK tudung Fareeda, Mawar (kiri) bersama suami, Fizo Omar memberi penjelasan kepada pihak media mengenai viral rebut tudung pada sidang media di Hotel Marriot Putrajaya. - Foto Owee Ah Chun

PUTRAJAYA: Fareeda Global Resources Sdn Bhd (Fareeda) menyangkal dakwaan membayar sekumpulan lelaki untuk bersesak-sesak ketika pelancaran koleksi baharu edisi terhad mereka, minggu lalu, sebagai strategi pemasaran sebaliknya mereka diupah ejen bagi mendapatkan lebih banyak nombor giliran.

Pelakon yang juga Pengurus Pemasarannya, Fizo Omar, berkata Fareeda tiada kuasa untuk menghalang ejen yang menjual semula tudung mereka di pasaran mengupah orang lain bagi merebut lebih banyak helaian hingga jumlah kehadiran pembeli pada hari pelancaran yang dijangka 1,000 orang meningkat sekali ganda.

"Fareeda tidak pernah membayar sesiapa untuk menjadikan acara pelancaran koleksi baharu kami luar biasa. Pembeli dan ejen kami mengupah orang supaya mereka boleh mendapatkan jumlah tudung dipesan pelanggan selain adanya individu persendirian yang beratur untuk mendapatkan nombor dan kemudian menjualnya semula.

"Dari dulu juga Fareeda mengamalkan konsep berkongsi rezeki. Sesiapa pun boleh menjualnya semula di pasaran mengikut harga masing-masing andai ada permintaan. Kami memuat naik video pun sekadar mahu berkongsi kejayaan perniagaan Fareeda dengan peminat dan pelanggan, bukan untuk riak" katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar berkata demikian ketika mengulas insiden kononnya berlaku 'rusuhan' yang sengaja dirancang syarikat berkenaan bagi menampakkan penjualan koleksi Sweetlove mendapat sambutan hangat hingga orang ramai sanggup bersesak.

Akuinya, syarikatnya sudah memperkenalkan aneka sistem termasuk tempahan online, pintu ke pintu dan pemberian nombor yang dibuka pada hari pelancaran selain mengasingkan barisan pelanggan wanita dan lelaki sebelum giliran nombor dibuka, tetapi insiden tolak-menolak tetap berlaku berikutan kehadiran melebihi jangkaan.

"Kalau ikutkan kami mendapat khidmat Rela dan pasukan keselamatan sendiri untuk memastikan keadaan terkawal, namun apa yang berlaku di luar jangkaan. Pada masa akan datang kami merancang mengadakan pelancaran apa-apa koleksi baharu di lokasi lebih besar seperti stadium," katanya.

Menjawab mengenai tindakan admin laman Facebook Fareeda Nyata Jelita, Fizo tidak menafikan komen pengendalinya agak kasar, namun ia dikatakan tidak dapat dielak berikutan ulasan dilemparkan sesetengah pihak juga keterlaluan.

Pada masa sama, beliau meluahkan rasa kesal apabila pelanggan mereka disamakan dengan haiwan berikutan pandangan hanya menerusi klip video tanpa berada di tempat kejadian, selain terkilan terhadap orang yang membuat serangan peribadi termasuk mengheret nama ibu bapa mereka.


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/142730

Jualan terus meningkat lepas video viral, dakwa Fareeda

PUTRAJAYA: Pengurusan syarikat pengeluar tudung, Fareeda mengaku rakaman video yang kononnya ‘pelanggan merusuh’ untuk mendapatkan nombor giliran telah membantu meningkat jualan tudung.


Pengurus Pemasaran Fareeda, Fizo Omar berkata, jualan tudung Fareeda menerima permintaan tinggi di sebalik kritikan negatif daripada banyak pihak termasuk tokoh agama.

Fizo berkata, dia percaya insiden berhubung isu peminat berhimpit dan berebut untuk mendapatkan nombor giliran bagi mendapatkan koleksi terbaru tudung Fareeda, Sweet Love, baru-baru ini, mempunyai hikmah di sebaliknya.

“Dua hari selepas kejadian, tudung Fareeda semakin dikenali dan semakin mendapat sambutan baik..

“Berdasarkan tinjauan di media sosial dan ‘Google’ kita lihat orang ramai mencari maklumat lebih tentang tudung Fareeda. Ada juga pelanggan baru dari Singapura yang mendapatkan koleksi terbaru kami.

“Ini secara tidak langsung memberi kesan positif apabila ramai pelanggan baru mula mengenai tudung Fareeda,” katanya dalam satu sidang media di Hotel JW Marriott.

Fizo mengulas video orang ramai ‘merusuh’ apabila berhimpit untuk mengambil nombor giliran bagi mendapatkan koleksi terbaru tudung Fareeda yang berlaku di Butik Fareeda di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.

Fizo berkata, pengurusan Fareeda akan memperbaiki lagi sistem penjualan keluaran koleksi terbaru tudung pada masa akan datang.

Katanya, syarikatnya akan menyediakan tempat yang lebih baik dan berkemungkinan akan membuat di stadium dan menambah baik kawalan keselamatan.

“Ini bagi memberi keselesaan peminat Fareeda untuk mendapatkan koleksi terbaru dripada syarikat kami,” katanya.


http://www.freemalaysiatoday.com/ca...jualan-fareeda-meningkat-selepas-video-viral/

Fareeda langsung tidak ciplak, corak sama tapi rekaan lain - Fizo

tudung-fareeda.jpg


PUTRAJAYA – Pengurus Pemasaran Fareeda Global Resources Sdn Bhd, Fizo Omar membidas dakwaan segelintir pihak bahawa rekaan tudung Fareeda yang terbaharu adalah ‘ciplak’ dari rekaan tudung lain.


Isu tudung Fareeda menciplak rekabentuk tudung lain menjadi viral di laman sosial apabila sesetengah peminat memuat naik gambar persamaan tudung Fareeda yang terbaru dengan koleksi tudung jenama lain yang sudah lama di pasaran.

Fizo menegaskan rekaan terbaharu Fareeda langsung tidak menciplak rekaan tudung lain sebaliknya telah mendaftar rekaan tudung terbaharu tersebut, namun beliau mengakui persamaan dari segi corak dan material yang digunakan.

“Fareeda setiap keluaran, patern yang kita jahit ini, kita dah daftarkan lebih 100 lebih tudung bukan corak. Yang sama itu adalah corak yang mana corak kita tidak boleh daftar sebab corak itu bukan hak milik kami.

“Tudung jenis jahitan cara sambungan itu yang kami daftar tetapi kami tak daftar corak pada kain tersebut yang jadi persamaan adalah corak kain yang mana corak kain ini bergantung kepada trend,” katanya ketika sidang media di Hotel Marriot Putrajaya sebentar tadi.

Menurut pelakon popular itu, mereka telah mengeluarkan corak yang sama pada tahun 2012 tetapi mengunakan rekaan yang lain yang juga telah didaftarkan dan mendakwa corak berkenaan telah menjadi trend pada ketika itu.

“Pihak Fareeda pada tahun 2012, kami dah keluarkan corak yang sama tetapi design yang kami daftarkan berlainan dan mungkin pada tahun 2012 corak ini dah jadi satu trend dan saya percaya syarikat tudung lain mengambil kesempatan ke atas tudung yang mempunyai corak yang sama,” katanya.

Katanya lagi, persamaan corak dalam rekaan yang berlaku pada ketika ini disebabkan syarikat mereka masih tidak mempunyai kilang sendiri bagi memproses dan membuat corak kain sendiri.

Justeru mereka terpaksa mengimport material kain dari luar negara yang mempunyai patern corak yang sama dengan syarikat pengeluar tudung yang lain.

Terdahulu, Laman Facebook menjadi viral apabila wujud gambar rekaan tudung Fareeda yang didakwa ‘menciplak’ daripada rekaan tudung lain.


http://www.suara.tv/2016/04/11/fizo-omar-bidas-isu-fareeda-ciplak-tudung/

Perkataan 'merusuh' keterlaluan - Fizo

KUALA LUMPUR 5 April - Pelakon Fizo Omar menganggap ada pihak cuba mengambil kesempatan dalam menyebarkan khabar angin tidak benar mengenai kejadian tudung Fareeda diserbu peminat, apabila jenama berkenaan mengeluarkan koleksi terbarunya, pada Sabtu lalu.


Menurut Fizo, perkataan ‘merusuh’ yang dikaitkan dengan peminat jenama berkenaan yang beramai-ramai menunggu untuk mendapatkan nombor giliran di depan ibu pejabat Fareeda di Bangi, Sabtu lalu, adalah keterlaluan.

“Kebanyakan yang mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial itu sendiri tidak berada di lokasi kejadian dan hanya berpandukan pemerhatian mereka sahaja. Perkataan ‘merusuh’ langsung tidak tepat untuk menggambarkan situasi sebenar kejadian apabila kami melancarkan tudung terbaru Fareeda pada hari tersebut.

“Sebenarnya keadaan tidak seperti digambarkan pihak-pihak ini. Saya juga percaya ada yang cuba ambil kesempatan dengan menyebarkan cerita-cerita kontroversi yang tidak tepat sebegini,” kata Fizo yang juga Ketua Bahagian Pemasaran, Fareeda Global Resources.

Memandangkan dia kini berada di Shanghai, China, Fizo hanya akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai kejadian ini dalam masa sehari dua lagi kepada pihak media.

Video yang dipapar ke laman Facebook itu dimuat-naik oleh pelakon ini sendiri, yang juga merupakan suami kepada Pengarah Fareeda Global Resources, Mawar Abdul Karim.

Semenjak disiarkan, Fareeda mendapat kecaman hebat daripada pengguna laman sosial kerana ia memaparkan adegan bersesak-sesak antara lelaki dan perempuan, hanya untuk mendapatkan nombor giliran masuk ke butik Fareeda pada hari pertama koleksi terbaharunya dilancarkan.

Video yang berdurasi 16 saat itu juga mendapat kritikan pedas daripada selebriti Wardina Safiyyah dan Wan Dazrin yang juga bekas peserta awal rancangan Da’i.

Wardina misalnya, meminta supaya jenama berkenaan janganlah merendahkan dan melayan pelanggan mereka sebagai ‘kambing’ atau ‘lembu’ yang sekali gus merujuk kepada isu terkini Fareeda.
ends


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nas...erusuh-pun-fizo-1.208936#sthash.XD2IbXN8.dpuf

Aksi gedik Mawar ketika pelanggan berebut nombor giliran dikecam
http://www.youtube.com/watch?v=wu9DkBhWHbg
Dalam rakaman tersebut gelagat Mawar yang memegang kepalanya dan meluahkan perasaan terkejut campur seronok melihat orang ramai berpusu-pusu merebut nombor giliran boleh dikatakan berbaur angkuh dan tidak patut.

Ramai yang mempersoalkan sebagai seorang wanita yang bertudung dan membawa imej muslimah maka kelakuan tersebut adalah tidak manis dan buat ramai yang tertanya-tanya, “Tak rasa bersalah ke buat macam tu?”.

Mungkin Mawar mahu meluahkan perasaan bangga dengan penerimaan orang ramai terhadap koleksi tudungnya, namun gaya yang dipamerkan agak tidak bertepatan.

Muka poyo Fizo Omar juga tidak membantu.


tobat.jpg

Komen admin 'Fareeda...Nyata Jelita' didakwa sombong dan berlagak

Belum pun reda kemarahan dan kritikan dari netizen terhadap sebuah syarikat penjualan tudung terkenal melayan pelanggan mereka, kini nampaknya netizen bertambah 'bengang' dengan jawapan yang diberikan oleh Facebook syarikat tudung berkenaan.

Menurut netizen, jawapan yang diberikan oleh syarikat tudung tersebut amatlah tidak profesional, sombong dan ada yang menyifatkan tidak bertamadun untuk membalas kritikan dan pandangan orang ramai.

1.jpg


2.png


3.jpg


4.jpg


5.jpg


6.jpg


7.jpg


8.jpg


9.jpg


http://www.cari.gold/2016/04/belum-reda-isu-video-berhimpit-betizen.html

Mufti tegur pereka tudung, kini lebih trend dari ikut syariat

image.jpeg


BERTUDUNG‎ adalah satu tuntutan dalam Islam namun perubahan zaman membuatkan konsep bertudung dilihat lebih terarah mengikut trend.


Persoalannya, adakah golongan wanita kini bertudung kerana tuntutan agama ataupun sekadar mengikut peredaran fesyen? Adakah pemakaian fesyen tudung kini itu mengikut syariat?

Jika dilihat di kawasan awam, ramai Muslimah mengenakan tudung dengan pelbagai fesyen dan ada yang memakainya tidak mengikut syariat seperti fabrik yang jarang, singkat dan menampakkan aurat. Sinar Harian mengupas isu ini.

Pereka tudung sepatutnya memahami konsep berhijab atau menutup aurat di dalam Islam dan mematuhi peraturan berpakaian menurut Islam, kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Mohd Noor.

Tegasnya, tidak sepatutnya pakaian Muslimah dijadikan sebagai trend atau bahan persaingan.

“Ia seolah-olah memperagakan fesyen terkini dan model semasa. Sebaliknya, dalam berpakaian termasuk tudung, umat Islam mesti mengutamakan tuntutan menutup aurat sebagaimana ditetapkan oleh syarak.

“Perlu diingat, Islam tidak pernah menentukan corak atau fesyen pakaian, baik untuk lelaki mahupun wanita Islam.

“Ini terpulanglah kepada minat masing-masing. Apa yang dituntut ialah menutup aurat serta bersopan,” katanya.

Wan Salim berkata demikian ketika diminta mengulas isu pemakaian tudung dalam kalangan wanita Muslim.

Ia berikutan lebih ramai wanita Islam yang lebih gemar memakai tudung mengikut fesyen berbanding menutup aurat mengikut syariat.

“Kita suka jelaskan bahawa apa yang dimaksudkan dengan hijab bukan sahaja pakaian, tetapi sekumpulan sifat-sifat sopan santun yang melibatkan cara berpakaian, gerak geri dan tutur kata.

“Islam mahu umatnya tidak terbawa-bawa dengan budaya zaman pra-Islam atau zaman jahiliah yang bergelumang dengan nafsu syahwat tanpa mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang luhur,” katanya.

Menurutnya, Islam ingin umatnya menyucikan diri zahir dan batin. Pakaian wanita Islam atau Muslimat mestilah mencerminkan kesucian batinnya yang terdidik dengan akidah tauhid dan nilai-nilai akhlak rohaniah yang mulia.


http://www.sinarharian.com.my/nasional/pereka-tudung-perlu-ikut-syariat-islam-1.505548

Jangan layan pembeli macam lembu, tegur Wardina

maxresdefault.jpg


3 Apr - Berikutan viral video orang ramai berhimpit untuk mengambil nombor giliran bagi membeli tudung di sebuah butik tudung, Wardina Safiyyah tampil memberi teguran kepada pemilik butik yang terbabit.


Wardina menerusi laman Facebooknya memberi teguran supaya pemilik butik berkenaan tidak merendahkan dan melayan pembeli seperti kambing atau lembu.

"Bismillah. (Baru tengok video viral satu butik tudung) Saya mengharapkan pemilik butik tudung.... janganlah merendahkan dan melayan pembeli anda seperti kambing atau lembu. Manusia selayaknya dilayan seperti manusia. ", tulis beliau.

Selain itu, Wardina juga menasihatkan agar pemilik lebih peka dan menggunakan alternatif untuk memudahkan pembeli sekiranya tahu ada jualan gergasi dan sebagainya.

"Kalau dah tahu akan ada sale gergasi dan sebagainya.. maka guna lah sistem nombor giliran, daftar online, gunalah emel, text dan bermacam-macam sistem lagi zaman serba canggih ni. Tak pun letak lah staff banyak sikit kawal keadaan. Tidaklah ada apa yang perlu anda banggakan apabila ramai pembeli menjerit dan berhimpit di hadapan kedai anda.", kata Wardina.

Wardina juga menyifatkan kejadian yang berlaku itu amat memalukan dan sekali lagi menegur pemilik butik berkenaan supaya lebih menghormati pelanggan mereka.

"Ianya amat amat amat amat memalukan. Nak buktikan apa? Tudung anda hebat? Dengan melayan dan membiarkan mereka sebegitu?

"Tak ada hebatnya butik yang membiarkan manusia merendahkan taraf diri mereka sebegitu rupa. Layan pelanggan anda dengan maruah dan respek... sekurang-kurangnya berikan mereka satu barisan untuk beratur. ", tulis Wardina.


http://www.cari.gold/2016/04/video-berebut-demi-tudung-jangan-layan.html

image.jpeg

Kelihatan angota Rela dan pihak pengurusan mengawal keadaan bagi mengelak insiden buruk berlaku.

DEMI Sweet Love, kehangatan mentari sanggup diredahi. Malah lautan manusia tidak lagi dihiraukan.

Seawal jam 2 petang, sekali lagi Butik Fareeda di Bandar Baru Bangi digegarkan dengan kehadiran ribuan peminat setia tudung eksklusif itu yang menyerbu perkarangan butik untuk mendapatkan nombor giliran bagi pembelian keesokan harinya.

Gegaran di Butik Fareeda berterusan sehingga lebih dua jam Sabtu, baru-baru ini hampir sahaja tidak dapat dikawal dengan pertambahan orang ramai setiap masa.

Fenomena luar biasa ini, memaksa pengedaran tiket (nombor giliran) yang dijadualkan dibuka pada jam 5 petang diberikan sejam lebih awal.

Tidak sampai satu jam, lebih 1,500 nombor giliran habis diedarkan, memaksa pengurusan Butik Fareeda mengeluarkan sehingga lebih 2,000 lagi tiket sehingga jam 6 petang.

Semua ini dilakukan demi tidak ketinggalan mendapatkan koleksi terbaru Sweet Love Fareeda yang hanya dikeluarkan dalam tempoh sangat terhad.

Pengarah Fareeda Global Resources Sdn Bhd, Mawar Abdul Karim berkata, jumlah pelanggan yang beratur tidak dijangka.

"Awalnya, kami menjangkakan hanya 1,000 pelanggan. Tetapi sambutan Sweet Love amat luar biasa. Pengedaran tiket mula diagih bermula jam 3.30 petang dan sehingga jam 4.30 petang lebih 1,500 tiket telah kehabisan.

“Kehangatan ini memaksa kami mengeluarkan lebih 500 tiket lagi untuk diagihkan dan ke semua tiket habis dalam tempoh tidak sampai tiga jam,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Butik Fareeda, baru-baru ini.

Bagi Mawar, apa yang lebih penting, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku. Walaupun berlaku tolak-menolak, segalanya berjaya dikawal anggota Rela bersama pihak pengurusan.

“Salah satu faktor yang mendorong kehangatan ini terus membara adalah kerana pelanggan tidak mahu ketinggalan mendapatkan koleksi terbaru Sweet Love yang boleh didapati hanya di Butik Fareeda di sini.

“Pelanggan pula bukan sahaja datang dari kawasan sekitar, Selangor dan Kuala Lumpur tetapi ada juga yang sanggup datang jauh dari Kelantan, Pulau Pinang dan Johor,” katanya.

Sempena pelancaran koleksi Sweet Love, sebanyak 50 paten terbaru dikeluarkan.

“Harga jualan bermula RM120. Pembelian pula sangat terhad dan koleksi ini tidak akan dikeluarkan lagi sebaik jualan berakhir pada Ahad.

“Butik pula dibuka dari jam 10 pagi sehingga jam 10 malam. Hanya sekumpulan pelanggan dalam 20 hingga 30 seorang dibenarkan masuk dalam satu-satu masa,” katanya.

Katanya setiap pelanggan pula hanya dibenarkan melakukan pembelian dalam tempoh masa setengah jam,” katanya.

Tambah Mawar, Sweet Love bukan sahaja dijadikan koleksi peribadi, tetapi sesetengah pelanggannya turut menjual koleksi eksklusif itu sebagai salah satu sumber pendapatan.

“Mungkin atas faktor inilah juga yang membuatkan mereka ‘menyerang’ Butik Fareeda tanpa menghiraukan kepenatan dan hangatnya suasana,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/bisnes/serangan-sweet-love-gegarkan-fareeda-1.505462




ruginya xg jugak berebut2 camni
boleh senggol2an, cubit2an
 
Otak aku tiba2 jem.apa yg istimewanya tudung fareeda ni.apa beza tudung fareeda dgn tudung masjid india
 
freehair pn beli tudung?
 
tahniah, syukur.... betapa masyarakat kita dah sedar keperluan untuk menutup aurat hingga sanggup sedemikian rupa
 
Nasib baik la wife aku layan benang hijau .org pun x ramai
 
Back
Top
Log in Register