BTC USD 83,395.3 Gold USD 4,176.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Projek ikan sturgeon Kuala Tahan wajar dipindahkan

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
say no sturgeon kuala tahan.jpg



JERANTUT 9 Sept. - Projek penternakan ikan sturgeon di Kuala Tahan wajar dipindahkan ke tempat lain yang lebih jauh dari Taman Negara selepas mendapat bantahan daripada pelbagai pihak khususnya masyarakat setempat.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, pihak berkaitan perlu menilai semula projek berkenaan yang dilihat terletak terlalu hampir dengan Taman Negara dan menimbulkan kebimbangan kepada penduduk setempat.

"Pembangunan di kawasan yang sensitif perlu dilakukan secara berhati-hati memandangkan kawasan itu adalah kawasan penampan kepada Taman Negara yang mendapat perhatian dunia.

"Saya bukan tidak bersetuju projek berimpak tinggi berkenaan dibuat, tetapi harus jauh dari Taman Negara supaya kelestarian alam semulajadi yang ada di Taman Negara tidak akan terjejas.

"Berdasarkan maklum balas, apa yang dikesali penduduk ialah cara projek berkenaan dilakukan iaitu tiada dialog dengan penduduk,tiada papan tanda dan mereka seolah-olah tidak dihormati, malah saya sendiri sebagai ahli Parlimen di sini tidak dimaklumkan sehinggalah dalam perjumpaan dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) baru-baru ini,"katanya di sini kelmarin.

Utusan Malaysia lalu melalui ruangan S2 baru-baru ini menyiarkan bantahan penduduk setempat, pelancong dan juga pengusaha pelancongan terhadap projek penternakan ikan sturgeon seluas 13.8 hektar di Kuala Tahan yang didakwa menjejaskan eko-pelancongan di Taman Negara.

Ekoran bantahan itu, projek bernilai RM120 juta itu kini terpaksa dihentikan sementara bagi memberi laluan kepada penilaian terperinci Impak Alam Sekitar (DEIA).

Katanya, jarak kawasan itu dengan Taman Negara terlalu hampir dan hanya dipisahkan oleh Sungai Tembeling yang dibimbangi akan turut terjejas akibat projek berkenaan.

Tambahnya, penduduk di situ juga bimbang bekalan air bersih mereka dari Sungai Tabung akan terjejas kerana projek berkenaan hanya terletak kira-kira dua kilometer dari muka sauk air yang diuruskan Jabatan Bekalan Air Pahang.



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Timur/2...ikan-sturgeon-wajar-dipindahkan#ixzz3CrV975XQ
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Felda 2 kali tolak cadangan projek sturgeon

felda-sturgeon-1.jpg

Felda menolak cadangan projek ikan sturgeon kerana ia tidak ada kaitan dengan perladangan kelapa sawit

PETALING JAYA: Projek bela ikan sturgeon, yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), merupakan cadangan “paling pelik” pernah diserahkan kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), lapor NST Online.

Cadangan itu disifatkan pelik kerana projek ikan sturgeon tiada kaitan dengan penanaman dan tuaian kelapa sawit yang menjadi teras peniagaan FGV, menurut laporan itu memetik sumber yang rapat dengan urusniaga itu.

Oleh itu, menurut sumber itu, FGV, yang merupakan syarikat komersil Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) menolak cadangan itu pada 2011 dan 2012.

Menurut sumber itu, FGV didatangi pada 2011 oleh satu kumpulan yang mencadangkan pelaburan dalam projek bela ikan sturgeon, menggunakan teknologi Korea Selatan.

“Kumpulan itu mendakwa projek mendapat sokongan seorang ahli politik dan memberi pulangan lumayan, lebih cepat berbanding pokok kelapa sawit, yang mengambil masa 15-12 tahun untuk berbuah,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, FGV menolak cadangan itu kerana tiada kaitan dengan perniagaan minyak sawit.

“RM100 juta yang dicadangkan sebagai pelaburan untuk perniagaan ikan sturgeon itu lebih baik digunakan untuk membeli kapal, kerana, sekurang-kurangnya FGV boleh menghantar minyak sawit mentah ke pasaran eksport, seperti Turki,” kata sumber.

Pada 2012, FGV didatangi kumpulan kedua yang turut mencadangkan projek bela ikan sturgeon, kali ini menggunakan teknologi Eropah.

“Sekali lagi, FGV tolak cadangan itu, tetapi, beberapa tahun selepas itu, perniagaan sturgeon dijalankan di Felda.

“Sekiranya bauksit ditemui dalam ladang sawit milik Felda, lebih baik kalau FGV melombong bauksit kerana ia ditemui dalam tanah kami.

“Tetapi telur ikan sturgeon bahan asing, bukan sahaja kepada FGV, tetapi juga budaya tempatan.”

SPRM pada Selasa menahan 5 orang – 3 sedang berkhidmat dan 2 bekas kakitangan Felda – selepas disyaki rasuah berkaitan projek membela ikan sturgeon RM146.25 juta.

Mereka disyaki menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kepentingan peribadi dalam projek itu, menurut sumber SPRM.


http://www.freemalaysiatoday.com/ca.../felda-2-kali-tolak-cadangan-projek-sturgeon/

Sebab-sebab penduduk Kuala Tahan menentang Projek Sturgeon

Ramai yang bertanya kenapa projek ini di bantah oleh penduduk Kuala Tahan. Berikut adalah 10 sebab utama :

1. Ikan ini tersenarai sebagai ikan larangan import oleh Jabatran Perikanan Malaysia kerana penyumbang kepada bawaan penyakit baru dan bersifat "predator" yang menggangu keseimbangan biodiversiti perairan sungai.

2. Sg Tabong yang terletak di kawasan projek ini adalah bekalan air alternatif ketika musim banjir dan kemarau .Pada masa ini, bekalan air ini masih di gunakan oleh Masjid Kuala Taha ,Sekolah Kebangsaan ,Klinik Kesihatan dan sebilangan penduduk Kuala Tahan.

3. Lokasi projek adalah lebih kurang 2km di hulu muka sauk Sg Tembling .Dikhuatari sisa buangan termasuk bakteria bawaan panyakit (jika ada) akan terlepas ke Sg Tembeling dan akan mencemarkan bekalan air kepada penduduk serta menjejaskan kualiti air Sg Tembeling yang di huni oleh spesis patin,jelawat,kerai ,sebarau dan sebagainya yang menjadi sumber protein penduduk setempat serta penduduk di sepanjang sungai Tembeling.

4. Ikan sturgeon ini di katakan akan di pelihara didalam kola kolam yang akan di bina,Namun ,kita tidak dapat menolak kemungkinan ikan ini terlepas ke Sg Tembeling akibat banjir besar dan sebagainya yang menjadi sember proteion penduduk setempat serta penduduk sepanjang Sungai Tembeling.

5. Kawasan pembinaan terletak bersebelahan sempadan Taman Negara .Selain menyakitkan pemandangan keranan hutan asal di gondolkan ,proses pembinaan kompleks yang bising akan menakutkan hidupan liar dan menjejaskan kepelbagaian-bio serta sistem ekologi persekitaran Taman Negara .Akhirnya ,ia akan menjejaskan nama Taman Negara yang terkenal di dunia sebagai kawasan perlindungan dan santuari hidupan liar utama di Malaysia .

6. Penebangan balak akan menyebabkan hakisan tanah dan mejadikan sungai semakin keruh selepas hujan.

7.Sekto eko-pelancingan di Kuala Tahan adalah rancak sehinggakan tiada masalah peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.Malah ,banyak peluang pekerjaan di isi oleh penduduk sekitar Alor Tembeling dan Jerantut.Di katakan projek stugeon ini akan membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada penduduk setempat.Jadi ,siapakah yang akan mengisinya ? Semestinya warga asing dan akan mewujudkan konflike dengan penduduk setempat serta gejala sosial.

8. Kini pembalakan di hulu sungai telah menjadikan keadaan Sg Tembeling keruh dan proses pembinaan kompleks sturgeon ini akan menajadikan air sungai lebih keruh dan tercemar.Nasib penduduk Kuala Tahan yang hampir 90% bergantunag kepada industri eko-pelancongan akan terjejas dan menyebabkan kerugian besar kepada ekonomi setempat dan negara.

9. Projek ini adalah projek FELDA tetapi di jalankan di kawasan hutan simpan di Kuala Tahan sedangkan terdapat banyak tanah FELDA si seluruh Malaysia yang boleh di gunakan. Pokok-pokok balak yang tidak ternilai di kawasan 50 ekar tersebut turut terjejas keranan pembinaan kompleks pertenrkan sturgeon ini.

10. Projek ini di bina tanpa perbincangan dengan penduduk tempatan.Penduduk kampong telah meminta sesi taklimat dan dialog bersama penduduk kampong d adakan di Kuala Tahan tetapi masih tidak di endahkan sehingga kini.

puak-puak yakjuj dan makjuz memang suka merosakan alam sekitar. buat dulu, kaji kemudian.
 
120juta tu. buat 1,2juta dlu xbole ke
 
... dengar ceter, nak buat projek nie, kena clearkan hutan dulu... clear hutan, dapatlah balak... awai-awai lagi dah dapat untung...
 
AKu rasa macam bagus utk rakyat kat kawasan jerantut tu. Benda yg nak dihasilkan nanti mahal utk pasaran dunia. Kalau kita dah jadi pengeluar Kaviar utk dunia mungkin byk peluang pekerjaan.
 
... depa risaukan Taman Negara rosak... bila Taman Negara rosak, nak repair dia balik... ambil masa dan belanja yang banyak... mungkin time cucu kita nanti baru Taman Negara tu pulih, tapi still tak boleh buat se'ori' macam sekarang...

... tempat lain yang jauh dari Taman Negara ada... kawasan kat Sarawak pun ada... tapi masalahnya depa nak jugak tempat asal... may be sebab kawasan asal ada kawasan hutan yang kena clearkan dulu...

... hutan = balak = duit... untung sampingan yang lumayan
 
wat pa susah2 nak kena clearkan hutan tuh...
g pelihara kat tasik putrajaya tu kan senang.
ternak jaa kat situ..
 
dah menganggu ikan tempatan ni..
geng2 pencinta alam malaysia bantah hrtu...
sape la punye projek nie
 
Back
Top
Log in Register