BTC USD 62,006.8 Gold USD 4,258.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hentikan projek Penang Free WiFi - CAP

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PULAU PINANG 19 Sept. - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan negeri menghentikan projek Penang Free WiFi kerana dipercayai berpotensi tinggi untuk mengancam kesihatan orang awam.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, memandangkan projek itu akan menghasilkan kabus WiFi meliputi seluruh negeri, maka tidak ada penduduk di Pulau Pinang yang akan terlepas daripada kesan negatifnya.

''Projek ini juga akan menyaksikan peningkatan menara telekomunikasi WiFi sedangkan menara yang sedia ada sudah pun menimbulkan pelbagai masalah kesihatan kepada penduduk berhampiran.

''Malah teknologi WiFi akan berfungsi hampir menyamai penggunaan telefon bimbit yang beroperasi di bawah spektrum gelombang antara 900 Mhz dan 2.4Ghz," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, Ketua Menteri, Lim Guan Eng melancarkan Penang Free WiFi bagi memberikan perkhidmatan tanpa wayar percuma kepada penduduk di Pulau Pinang.

S.M. Mohamed berkata, pakar genetik biofizik terkenal, Dr. Mae Wan Ho sebelum ini pernah menyatakan bahawa kesan kesihatan akibat gelombang tanpa wayar hampir menyamai dan hampir teruk seperti merokok.

''Terdapat bukti yang menunjukkan orang ramai menderita akibat simptom kemurungan apabila terdedah kepada radiasi elektro magnetik dan keadaan itu dikenali sebagai elektro sensitif," katanya.

Selain itu, S.M. Mohamed berkata, Pengerusi Program Penyelidikan Kesihatan Telekomunikasi Telefon Bimbit Britain, Profesor Lawrie Challis juga telah memberi amaran bahawa kesan WiFi ke atas kanak-kanak juga perlu dipantau dengan serius.

''Tidak seperti merokok, pendedahan kepada gelombang yang menghasilkan radiasi elektromagnet adalah sukar untuk dielakkan sekiranya WiFi meliputi seluruh Pulau Pinang," katanya.

S.M. Mohamed turut memberi contoh langkah yang diambil kerajaan tempatan Salzburg, Austria yang telah memberikan amaran kepada pihak sekolah untuk tidak memasang WiFi manakala di Britain pula kebanyakan sekolahnya telah menghentikan talian berkenaan.

''WiFi di Universiti LakeHead di Ontorio, Kanada juga telah dialihkan kerana Naib Canselornya mahukan bukti yang kukuh menunjukkan teknologi tersebut selamat," ujarnya.

Justeru dalam hal ini, katanya, CAP mencadangkan supaya projek tersebut dihentikan sehingga kerajaan negeri boleh membuktikan perkhidmatan itu selamat digunakan.

Macam la dgn CAP ni. Aaknya depa nie tak guna internet, hp, tv, radio kot?
 
rasanyer pendedahan ni ada kebaikan jugs utk kita sume renungi..
opportunity cost..
 
''Terdapat bukti yang menunjukkan orang ramai menderita akibat simptom kemurungan apabila terdedah kepada radiasi elektro magnetik dan keadaan itu dikenali sebagai elektro sensitif," katanya.

hoh... baru aku tau sebab kenapa aku murung sejak akhir2 ni..~X( ~X( ~X(
 
wifi ade virus ke?

bukan wifi tu ade virus..tapi gelombang tu yg jd problemnya.. mcm kita guna hp la..masa kita demam atau pening kepala, cuba sms dgn sape2 byk kali..setiap sms yg dihantar n akan diterima. kepala kita rasa berdenyut2 disebabkan gelombang yg dihantar n diterima..bahaya tu..
 
mmglah tak selamat pkai wifi,cuba renungkan setinggan kat kabel karan voltan tinggi pon takde diorang nak komplen.24 jam kena.
 
tok pun heran.. apa pun PR buat semuanya SALAH... tak pernah satu pun tok dengau dapat pujian.. bagi air free kat selangor pun kena marah... tapi bila yang satu lagi buat TERANG-TERANG SALAH semua dia membisu.... haiya haiya apa maciam sikalang....
 
Back
Top
Log in Register