BTC USD 86,941.0 Gold USD 4,343.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cerita seksa catuan air

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


CATUAN air telah masuk hampir dua bulan akibat beberapa takungan dan empangan kekurangan air dan musim kemarau yang melanda. Banyak cerita seksa dapat dikutip oleh penulis daripada pemerhatian dan juga cerita disampaikan secara lisan kepada penulis.

Semasa permulaan catuan air terdapat beberapa restoran yang mengambil air di tandas pusat beli-belah. Ini akibat air yang dicatu kepada pengusaha kedai, gerai dan juga restoran. Disebabkan tangki air di pusat beli-belah masih banyak; maka penulis melihat beberapa tong diisi dengan air.

Kisah kedua, ramai yang membeli tong plastik untuk menadah dan mengisi air apabila jadual catuan diumumkan. Juru jual telah menaikkan harga biasa tong daripada RM30 kepada RM80 hingga RM100 bagi saiz yang besar. Berduyun-duyun mereka membeli tong walaupun mahal.

Manakala kisah ketiga beberapa restoran mamak telah mengunci dan membubuh palang kayu dan menulis “tiada air” di beberapa tandas di restoran di sebuah pusat beli-belah.

Malah, ada beberapa orang berlari ke sebuah pusat beli-belah berhampiran waktu pagi setelah minum dan sarapan untuk mencari tandas di pusat beli-belah bagi “melepaskan hajat” tetapi malangnya juga tiada air. Malah ada yang membeli air mineral untuk ke tandas.

Seorang daripada mereka mengeluh, “seksanya tiada air, jika beginilah keadaannya boleh pitam dan tercicir.” Apa yang lebih tenat lagi jika lalu di kawasan tandas di pusat beli-belah bau yang tidak semerbak telah mengganggu pernafasan.

Kisah yang tidak kurang menarik juga apabila seorang guru mengatakan sejak catuan air dia ada masa tidak mandi lima hari ke sekolah. Kadang-kadang dia terpaksa mandi di kolah masjid berdekatan yang menyimpan air untuk para jemaah mengambil wuduk.

Manakala kisah seterusnya, anak-anak tadika dan juga murid sekolah terpaksa membawa air minuman dalam saiz yang besar bagi digunakan untuk minum dan membasuh apa yang perlu jika berlaku darurat.

Tidak kurang juga kisah penghuni rumah murah dan rumah pangsa yang tinggi sehingga 20 tingkat dengan keadaan lif selalu rosak. Bayangkan, terpaksa mengangkut air dengan memikulnya di belakang dan tidak hairanlah ramai yang sakit pinggang dan sakit belakang.

Cerita seksa catuan air ini sewajarnya menjadi renungan dan perhatian wakil rakyat, malah pemimpin politik di kawasan yang terbabit. Mereka ini harus melihat dengan turun padang kesusahan rakyat, terutama pengundi yang memenangkan mereka semasa pilihan raya lalu.

Rakyat nampaknya marah dalam diam berkaitan catuan air ini. Ada kalangan mereka bertanya sampai bila catuan air ini akan diteruskan sedangkan, hujan sudah mula turun dan tidak kemarau lagi. Jika keadaan ini berterusan sehingga bulan puasa, maka ramailah yang terjejas terutamanya para peniaga di bazar Ramadan dan orang awam.

Kerajaan Selangor katanya akan berusaha mengambil langkah tertentu untuk mengambil air lombong. Soalnya, adakah air lombong tersebut bersih dan selamat untuk diminum. Mungkin mandi boleh kerana air lombong sejuk dan nyaman dan boleh meredakan kemarahan rakyat.

Ada juga yang bertanya tiadakah usaha untuk membina dua atau tiga empangan dan takungan air di Selangor serta negeri-negeri lain yang terjejas dengan catuan bagi mengelakkan krisis air berterusan?

Menurut mereka kemudahan air bersih adalah tanggungjawab kerajaan negeri yang memerintah yang harus diselesaikan. Di samping itu kurangkan aktiviti dan pembalakan serta mengorek pasir yang juga boleh menjejaskan pengaliran air ke takungan dan sungai.
 
selangor ni mcm besar sangat la pulak nak buat empangan banyak-banyak..
yang air lombong tu bukan disalurkan ke empangan@loji rawatan ke utk dirawat..
 
memang perit..
kerajaan negeri dah 100% takeover SYABAS ek?
 
udah2 ler...

kang klu d bagi sampai bah...bising plak....
 
saya sokong catu rumah MB dulu sebelum catu rumah rakyat... MB bahagia rakyat merana.. xde pulak org nak buat demo pasal krisis air ni..
 
memang perit kalau tak de air ni dah pernah rasa kena kejar lori air...sakit belakang gak kalau selalu kena angkut air ni.
 
Terima kasih kerana beri air percuma selama ni.

Tetapi tolong selesaikan isu air ni secepat mungkin. Rakyat merana.
 
hujan bukan main lebat xkan empangan xdak ayer...aiyo..mana tu ayer..mata ayer manyak..
cuba buat pemantauan di empangan.
 
kena catu sikit pun dah 'seksa'? aku pernah merasa hampir setahun takder air masa melaka kena kemarau tahun 1991..tu baru 'seksa'..
 
kena catu sikit pun dah 'seksa'? aku pernah merasa hampir setahun takder air masa melaka kena kemarau tahun 1991..tu baru 'seksa'..

itu padan ngn waktu kemarau..skng nie waktu kemarau ke??

pelik tol sampai kene catu..hari2 ade ujan

sistem kita yg salah kot..
 
Back
Top
Log in Register