BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[INFO] Bagaimana nak kenalpasti mesin atm yang ada alat pengimbas data

Nobu

Active Member
Messages
2,360
Joined
Mar 31, 2012
Messages
2,360
Reaction score
27
Points
30
Baru-baru ni heboh berita pasal tertumpasnya satu sindiket mencuri maklumat dan wang pengguna mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dengan menggunakan alat pengimbas data setelah polis berjaya menahan seorang lelaki warga Poland di pusat beli-belah Suria KLCC di sini..

modus operandi sindiket tersebut ialah mencuri data daripada pelanggan mesin ATM melalui alatan pengimbas tersebut sebelum membuat kad klon mereka dan mengeluarkan wang di dalam akaun mangsa di luar negara....

Jadi di sini aku nak kongsi dengan warga CG macamana nak kenal pasti mesin atm yang ada alat pengimbas data atau dipanggil "ATM skimming device" dan langkah2 keselamatan semasa mengeluarkan wang di mesin atm.


Apa itu ATM Skimming Device?
-ATM skimming device adalah satu alat yang digunakan oleh penjenayah untuk menyalin data dari jalur magnetic kad ATM pengguna.
-Alat ini selalunya bersaiz kecil dan diletakkan di mesin2 ATM tanpa disedari oleh pengguna.


Di mana hendak mengenalpasti alat ini di mesin ATM?

Untitled.jpg


Beza mesin ATM yang normal dan ada ATM skimming device
image.jpg


Mesin ATM normal
-penunjuk masuk kad yang berkelip dapat dilihat dengan mudah.
-kebanyakan alat pengimbas data akan menutup penunjuk masuk kad yang berkelip ini.

Mesin ATM yang ada alat pengimbas
-Alat ini direka untuk kelihatan seperti sebahagian dari mesin ATM itu sendiri.
-penunjuk masuk kad yang berkelip tidak dapat dilihat dan tempat untuk memasukkan kad juga berbeza.


Contoh-contoh alat pengimbas data kad ATM yang dipasang di mesin ATM

image.jpg

skimming.jpg

skimming.jpg

skimming_device_3.jpg

skim1-2.jpg


Contoh-contoh alat perakam no pin kad atm yang dipasang di mesin ATM

skimming.jpg

skimming.jpg

skimming.jpg

skimming.jpg


Langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan mesin atm
-Jika ada mesin ATM yang selalu anda gunakan, contohnya seperti mesin ATM di kawasan rumah atau tempat kerja anda, pastikan tiada kelainan pada mesin ATM itu seperti mana yang pernah anda gunakan sebelum ini.
-Periksa tempat memasukkan kad samada ianya longgar atau tidak dengan memegang tempat tersebut. Selalunya alat pengimbas ini dipasang dengan hanya menggunakan pita perekat sahaja.
-Selalu pastikan anda menggunakan tangan untuk menutup semasa anda menekan nombor pin.

 
Tak ada butang thank's pula

TQ bro
 
Berguna sungguh info ni..
 
Terbaik .. info berguna ..
 
Good info....
beringat sebelum kena...
 
info berguna...thanks TT..

rase takut plak nk withdraw duit kt atm skg ni..
 
info berguna...thanks TT..

rase takut plak nk withdraw duit kt atm skg ni..

tak perlu takut bro..
cuma perlu check dulu mesin atm tu..
cuba pegang tempat masuk kad tu.
Kalau rasa macam longgar dan boleh tercabut, mungkin dia letak dummy kat tempat nak masuk kad tu.
Lagi satu jangan dedahkan no pin..
masa nak tekan no pin, cuba lindung dengan tangan..
 
Back
Top
Log in Register