BTC USD 86,608.0 Gold USD 4,361.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah mengapa kereta perisai Ferret Scout PDRM dinamakan Zabri..

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Tahukah anda mengapa Ferret Scout Car milik PDRM ini diberi nama Zabri?

Perkataan ‘Zabri’ pada kenderaan perisai tersebut adalah sebagai memperingati jasa dan perjuangan ASP Mohd Zabri bin Abdul Hamid (gambar kecil), pakar taktikal dan antara perwira yang paling dikenang dalam sejarah 69 Komando.

attachment.php

Beliau merupakan ketua yang sangat disenangi dan dihormati oleh anak-anak buahnya dan pada masa yang sama digeruni oleh pihak musuh sehinggakan setiap kali operasi yang disertai olehnya, pasti akan ada pengganas komunis yang tewas di tangan beliau.

Allahyarham terbunuh selepas terpijak jerangkap samar yang dipasang oleh pengganas komunis ketika menyeberangi Sungai Kenerong, Perak pada 4 September 1975.

Allahyarham yang mengalami kecederaan parah pada kaki menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan dibawa keluar dari kawasan operasi.

“Teruskan perjuanganmu, hancurkan petualang negara, buru…dan hancurkan mereka, biarpun diriku tiada lagi” adalah amanat terakhir Allahyarham yang menjadi azimat selamanya kepada rakan-rakan seperjuangan beliau.

Jasad Allahyarham ASP Mohd Zabri bin Abdul Hamid kemudiannya dibawa pulang dan disemadikan di kampung halaman beliau di Tapah, Perak.

Sehingga ke hari ini, pemergian Allahyarham begitu memberi kesan di hati rakan-rakan seperjuangan dan setiap kali mereka teringat dan bercerita mengenai beliau, pasti air mata akan jatuh tanpa disedari.

Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama-sama para syuhada. Al-Fatihah.

* Selain kenderaan perisai PDRM, nama Allahyarham ASP Mohd Zabri turut diabadikan pada sebuah kem latihan PDRM di Tasik Banding, Grik, Perak yang dikenali sebagai Kem Zabri.

Sumber rujukan: Buku 69 Komando dan History Channel: Vat 69 - Malaysia's Very Able Troopers.
 

Attachments

sorry to say bro...
bila producer mesia buat cerita2 patriotik mcm ni.....mmg takda sambutan sndri dari rakyat mesia contoh filem hati malaya 1957....trend org kita skrg suka tgk cerita2 mat rempit,hantu, gengster, love2 dan johan rajalawak..
 
nak buat cerita sejarah buatlah cerita yg sebati dengan jiwa org muda.. mcm cita superman yg smarville tue..semua remaja jer..ni semua hero dah tua-tua tp target org2 muda nak tgk.. lain masa lain cara mendidik remaja-remaja nie..
 
sorry to say bro...
bila producer mesia buat cerita2 patriotik mcm ni.....mmg takda sambutan sndri dari rakyat mesia contoh filem hati malaya 1957....trend org kita skrg suka tgk cerita2 mat rempit,hantu, gengster, love2 dan johan rajalawak..

klu cerita mmg boring nk tgk

tapi yg ni documentary

mmg history channel bnyk wat documentary yg best
 
malaysia nih bukan rakyat tak minat sejarah tanahair.. semua rakyat malaysia minat... tapi bila nak buat filem sejarah malaysia.. buat la filem berdasarkan sejarah yg benar.. bukan buat filem sejarah yg tipu, yg memuja pihak yg menang...menipu fakta sejarah sebenar...

itu bukan lagi cerita fakta sejarah, tapi filem syok sendiri...

tapi realitinya, filem yg fakta sebenar, takkan dibernarkan ditayangkan di malaysia sebab akan membuka keaiban parti pemerintah...
 
sorry to say bro...
bila producer mesia buat cerita2 patriotik mcm ni.....mmg takda sambutan sndri dari rakyat mesia contoh filem hati malaya 1957....trend org kita skrg suka tgk cerita2 mat rempit,hantu, gengster, love2 dan johan rajalawak..

Ada betulnya di situ... org sekarang lebih kepada hiburan yg melekakan... tapi klau nak lebih berkesan rasanya kena wat rencana atau dokumentari supaya ianya lebih di ingati...:)
 
xperlu buat filem bagai....buat dokumentari.....
siarkan secara percuma....TV3 suku ke.....
msti orang suka...
 
Back
Top
Log in Register