BTC USD 83,490.8 Gold USD 4,121.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gafim Pula Desak Finas Jelaskan Tender Iklan Merdeka RM450 Ribu

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
jurey+new.jpg

Isu bajet iklan pendek hari kemerdekaan terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang mencecah RM450 ribu masih belum reda apabila Gabungan Persatuan Karyawan Malaysia (Gafim) pula mempersoalkan agensi itu dalam pemberian tender.

Presiden Gafim, Jurey Latiff Rosli berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan agensi berkenaan dan mendesak supaya Finas menjelaskan bagaimana sesebuah tender iklan yang mempunyai bajet besar diberi.

"Gafim sebenarnya sokong apa-apa sahaja usaha kerajaan yang menerbitkan iklan merdeka bagi kesedaran orang ramai.

"Cuma apa yang perlu dijelaskan adalah proses pemilihan produksi dalam memberikan tender dan bagaimanakah keterbukaan yang dibuat oleh pihak Finas?," soalnya.

Pada Rabu lalu, Ahmad Idham meneusi Twitter miliknya mempersoalkan langkah Finas melaburkan RM450 ribu untuk menghasilkan treler Tanah Tumpahnya Darahku sempena hari kemerdekaan untuk ditayangkan di pawagam yang panjangnya hanya 2 minit 40 saat.

Ahmad Idham meminta badan itu memberi penjelasan berhubung kos berkenaan yang dianggap tinggi untuk sebuah iklan pendek.

Pengerusi Finas, Datuk Md Afendi Hamdan pula memberi respons dengan mengatakan bajet berkenaan adalah bersesuaian dengan kualiti iklan tersebut yang diberikan tendernya kepada syarikat Vision Networks milik Afdlin Shauki.

Iklan berkenaan sudah pun disiarkan serentak di pawagam seluruh negara sebelum tayangan filem bermula Rabu lalu disusuli promo berjudul Pesanan Terakhir dan diikuti nyanyian lagu Negaraku.

Kempen itu bermula dari 28 Ogos lalu sehingga 3 September depan sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-56.

Tambah Jurey, sepatutnya pihak Finas tidak perlu beremosi dalam membuat kenyataan berhubung perkara tersebut kerana pihak mereka berhak mengetahui bagaimana proses pemilihan syarikat produksi dalam pemberian tender tersebut sama ada ia dibuat secara terbuka ataupun sebaliknya.

"Mereka kena tahu, Finas adalah agensi kerajaan, bukannya swasta yang boleh sembarangan memberi projek. Jadi mereka perlu mengikut prosedur.

"Sebenarnya kami semua tidak tahu mengenai projek ini dilakukan. Tiba-tiba sahaja ia sudah mula ditayangkan di pawagam. Bukankah lebih elok kalau mereka memberitahu secara terbuka berkenaan projek ini dan kemudian pastinya ramai yang akan menghantar ‘proposal’ masing-masing.

"Ia juga sekali gus dapat melihat pelbagai idea. Jangan biarkan industri berprasangka buruk kerana Finas ditubuhkan untuk membantu industri," tegasnya.

Sementara itu, Jurey juga berkecil hati dengan Finas memandangkan agensi itu dilihat kurang mesra dengan penggiat-penggiat seni tempatan.

Malah katanya, ketika pihak Gafim menghantar surat untuk berjumpa serta berbincang mengenai perkembangan dan masalah-masalah yang timbul berkaitan industri hiburan, agensi itu langsung tidak memberikan sebarang respons.

"Saya lihat Finas tidak mesra dengan industri lagi. Tidak seperti dahulu, setiap tiga bulan mereka membuat satu forum untuk berbincang berkaitan masalah yang timbul.

"Malah apakah peranan dan akta terbaharu Finas selepas bergabung dengan Filem Negara Malaysia? Semua itu penggiat filem perlu tahu," ujarnya.
 
Amik ko....gafim plak bersuara...
 
Fuh...masyuk betul dapat RM450k just wat iklan pendek
Teknologi apa yg digunakan yer
 
mesti teknologi yg dia guna kan tu tak de lg dlm dunia nie.kena belajar n:-?ie.
 
450k untuk video 2 minit
Mmg bann gang lah
 
450k untuk video 2 minit
Mmg bann gang lah

Boleh jadi, tom cruse kot belakon, dlm 2 minit. Jgn buruk sangka bro,,,kakakkaakkakakaka....aduh, apa punya mangkuk FINAS ni.
 
450k tu arnold susaheja yg berlakon bergandingan ngan the rock.
 
iklan ape yg brkualiti sgt tu...
 
aku dah tahu la dah pesen puak2 di putrajaya ni

semua pasala duit, semua jabatan dari jabatan kambing sampai jabatan lembu

iklan yg eeoo eeoo eeeooo 13800800 tu, korang agak iklan vodo camtu brapa kos dia ?

sendiri mau ingat la .. i help u u help me

i pegang ekonomi negara duit rakyat, u buat projek ada hasil, quality cam taik ke cam hape ke janji siap by time

ada produksi, we give money .. alasan nak tolong bumiputera n orang2 kita

tolonglah kalo nak menolong nak perabihkan duit rakyat pun, tolonglah lakukan dengan bermaruah

kalo bermaruah, padan dengan hasil, padan dengan bajet, orang pun tak pertikai

ni hasil cikai, duit dapat ..senang la sebab bukan open tender
 
suka2 bapak dia jer...dh lah duit org ramai
 
Back
Top
Log in Register