BTC USD 86,941.0 Gold USD 4,343.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Subhaanallah - air liur kucing itu suci

david.cronenberg

Active+ Member
gem
Messages
3,763
Joined
Nov 14, 2011
Messages
3,763
Reaction score
27
Points
371
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Jika dipelihara dan dijaga, kucing adalah binatang yang lucu. Namun sebahagian dari kita ada yang was-was jika memelihara kucing. Terutama kerana cara penjagaannya.

Tapi kucing berbeza dengan anjing.

Kucing termasuk binatang yang suci. Suci badannya dan suci liurnya.

Sebagaimana disebutkan dalam hadis bahawa ada seorang budak wanita yang membawa makanan untuk Aisyah ra, tapi ketika itu beliau sedang solat.

Kemudian budak ini meletakkan makanannya. Tiba-tiba datang seekor kucing dan memakan makanan itu.

Setelah Aisyah ra selesai, beliau mengambil bekas gigitan kucing. Kemudian Aisyah ra menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda, "Kucing itu tidak najis, kerana mereka termasuk binatang yang sering berkeliaran di tengah-tengah kalian."

Aisyah menambah, "Aku pernah melihat Nabi SAW berwudhu dari sisa air yang diminum kucing," (HR. Abu Daud 76 dan disahihkan Al-Albani).

Hadis ini menunjukkan bahawa kucing adalah binatang yang suci, dan air liurnya juga suci. Abu Yusuf, Imam Malik, Imam Syafie, dan Imam Ahmad berpendapat bahawa kucing suci badannya dan air liurnya tanpa makruh.

Sementara kencingnya dan kotorannya, majoriti ulama berpendapat statusnya najis

Wallahualam
.


A1X8K2jCIAAfIXw.jpg:large


sumber detik islam.
 
setau aku kalo minuman kita dah dijilat kucing sekalipun, kita boleh minum.. tp kebanyakan org sekarang xnk kalo dah bekas kucing ni.. kalo salah, betulkan ye..
 
nabi sayang kt kucing...
 
yang aku tau org tua2 cakap..bila perempuan minum air yang kucing minum..tapi dia xtau kucing minum...boleh buat selusuh senang nak melahirkan anak..
 
bini aku makan nasi suap kucing skali.
 
Tp nape ye anjing ni lebih memahami perasaan manusia berbanding kucing? Kucing hnya yg segelintir je yg pnh sy tgk dpt memahami perasaan tuan nya.
 
penah dengar masa kecik2 dulu...sorg makcik ni ckp bekas pinggan yg kucing makan tu kita boleh guna...xyah basuh pun x pe...
 
Back
Top
Log in Register