BTC USD 81,525.6 Gold USD 4,168.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[VID] nyawa2 ikan di tembak oleh polis

Keyroll

Active+ Member
Messages
2,571
Joined
Oct 5, 2009
Messages
2,571
Reaction score
7
Points
25
maaf link fb.... terkini... kejadian di kota bharu... kes apa xtau...

https://www.facebook.com/photo.php?v=10201383947385999&set=vb.193926653989492&type=2&theater

KOTA BHARU: Dua penjenayah yang dipercayai cuba menyamun sebuah kedai emas di Jalan Temenggong di sini, pagi tadi terpaksa berputih mata apabila gagal melarikan emas malah salah seorangnya berjaya ditembak mati oleh anggota polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, seorang penjenayah mengacukan pistol kepada kerani kedai emas manakala seorang lagi mengarahkan dia membuka dulang simpanan emas, kata pemilik kedai emas yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, 38.
Katanya, kerani sempat membuka salah satu dulang sebelum penjenayah terbabit dikejutkan dengan kehadiran polis sebelum melarikan diri.

"Mujur mereka tidak sempat melarikan apa-apa kerana polis tiba dengan cepat. Ini kejadian kali pertama yang berlaku di kedai saya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.


Katanya, suspek yang berasal dari Kampung Gabus, Tok Uban, Pasir Mas berusia 32 tahun ditembak di bahagian paha kiri.

"Polis kini sedang mengesan seorang lagi suspek yang melarikan diri selain mendapatkan gambarnya melalui kamera litar tertutup (CCTV).Kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971," katanya.
 
Last edited:
dengar cite kes rompakan kedai emas kat jalan temenggong...
 
Allah bayar cash dengan perbuatannya
 
masih hidup lg walaupun ditembak. rompak lagi, senjata api mudah dapat kat rantau panjang.
 
tak tau kesudahan.. sudah arwah atau belum..
 
Back
Top
Log in Register