BTC USD 61,674.0 Gold USD 4,237.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Haris,Tamrin ditahan semula..adakah mansuh akta hasutan hanya janji dicapati??

fine net

CG Top Poster Club
gem
Messages
43,408
Paid Membership
Joined
Apr 5, 2007
Messages
43,408
Reaction score
340
Points
136
484700_628122093884064_1091739744_n.jpg





Tamrin and Haris re-arrested after four days

Police have rearrested PAS member Tamrin Abdul Ghafar, the son of former deputy prime minister Abdul Ghafar Baba, four days after he was released.

source




PKR vice-president Tian Chua as well as Anything But Umno (ABU) chief Haris Ibrahim, were arrested seperately this afternoon, believed to be over the coming weekend's rally.

Tian Chua, in a tweet, said he was arrested at the low-cost carrier terminal (LCCT) in Kuala Lumpur, just before the security check.

In a second tweet, the Batu MP claimed he was informed that he was detained under Section 4(1) of the Sedition Act 1948.

According to PSM secretary-general S Arulchelvan, Haris was picked up by five policemen as he was lunching with friends in Segambut.

Both are believed to be taken to the Jinjang police station.


source : Mediarakyat FB

Sementara itu, peguam Malik Imtiaz Sarwar ketika dihubungi berkata Haris turut disiasat mengikut Akta Hasutan.

Beliau juga berkata, aktivis PAS, Tamrin Ghafar yang turut berucap di forum sama, juga ditahan pada hari ini dalam satu operasi polis di Bangsar.

Katanya, Tamrin juga dibawa ke balai sama yang kini menempatkan Haris dan Tian.

Operasi berkenaan berlangsung walau jurucakap bagi penganjur perhimpunan, Badrul Hisham Shaharin telahpun menafikan bahawa ia bertujuan untuk menumbangkan kerajaan seperti 'Arab Spring' seperti yang didakwa pihak berkuasa.
Sebaliknya, perhimpuan di Petaling Jaya pada Sabtu ini adalah 'Festival Rakyat' untuk mengembalikan hak demokrasi kepada rakyat, katanya.

Gabungan 50 NGO yang menjadi penganjur acara berkenaan dijangka menampilkan bukti dan saksi mengenai dakwaan penipuan pilihan raya dijangka akan ditampilkan ladam perhimpunan berkenaan di padang berhampiran Amcorp Mall.

Antara yang dijangka mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut adalah NGO Suaram, Solidariti Anak Muda Malaysia, Asalkan Bukan Umno, Tindak Malaysia, Parti Sosialis Malaysia dan Parti Rakyat Malaysia.


source
 
Last edited:
Polis hari ini menahan MP Batu Tian Chua dan juga seorang akvtivis Haris M Ibrahim dalam dua operasi berasingan, dipercayai berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.

Tian Chua dalam tulisannya di Twitter hari ini menyebut, beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.

"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya.

330x220x82070805bac84ba66cd984476bc6ed79.jpg.pagespeed.ic.-GtoqZtSXc.webp


Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.

Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dalam satu tulisan di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.

Haris pagi ini muncul di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli yang dituduh mengikut Akta Hasutan hari ini.


source
 
kpn baru dh makin tunjuk taring.....ini masa balas budi
 
AKTA HASUTAN DIMANSUH: BUKTI KERAJAAN KOMITED MELAKUKAN PERUBAHAN

Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak telah mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan 1948 dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. Keputusan untuk memansuhkan itu dibuat untuk mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga Malaysia dan keperluan menangani masalah kemajmukan yang wujud di negara ini.

Akta baharu ini membolehkan pihak kerajaan lebih bersedia dalam menguruskan masalah negara yang berkaitan dengan tuduhan menggunakan akta hasutan bagi mengekang individu yang tidak sealiran dengan kerajaan. Penubuhan Akta Keharmonian Nasional ini juga dilihat dapat membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian dalam beragama. Sungguhpun begitu, keseimbangan yang ideal adalah sangat perlu bagi mengelakkan kerencatan hak bersuara seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan iaitu menumpulkan daya kreativiti serta sifat inovatif atau membebaskan semangat cauvinisme dan ekstremisme.

Keseimbangan itu perlu dicapai dalam persekitaran masyarakat supaya lebih terbuka dengan akses kepada maklumat yang boleh menyebabkan limpahan maklumat, taraf pendidikan dan sosio ekonomi yang semakin tinggi serta tahap harapan yang semakin meningkat. Antara peruntukan yang dicadangkan dalam Akta Keharmonian Nasional ini akan memberi penekanan kepada pemupukan semangat harmoni dan saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Justeru itu, rang undang-undang baharu itu akan bersifat lebih spesifik dan membolehkan kerajaan bertindak terhadap mana-mana pihak yang menggunakan isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional.

Melalui penubuhan Akta Keharmonian Kerajaan ini juga pihak kerajaan akan memastikan peruntukan akta itu tidak menjejaskan kuasa untuk menangani perbuatan seperti mendatangkan kebencian dan penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja. Ia juga meliputi perbuatan untuk menimbulkan permusuhan antara kaum dan mempersoal apa-apa hak, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang dilindungi dalam Perlembagaan.

Secara keseluruhannya, pemansuhan Akta Hasutan 1948 ini dilihat sebagai tindakan berani kerajaan dalam menjayakan proses trasformasi bagi menyuburkan elemen demokrasi di negara ini tanpa memanipulasi kepentingan pihak-pihak tertentu. Oleh yang demikian kita sebagai rakyat Malaysia perlu menilai daripada pelbagai sudut serta melihat keterbukaan yang cuba dilakukan oleh pihak kerajaan. Jangan lah kita menjadi seperti “pohon kayu tidak berbuah”.


sumber
 
tukar akta baru konon. setakat tukar nama je, budak sekolah pun bole buat..:(scam
 
Ya siksa 2 ekor agen freemason ni, rakyat yang ada otak dan bijak berfikir akan menyokong hanya balachi, pencacai yang mental dan bengap aje yang akan menentang. Jangan takut kita yang bijak ni lebih banyak dari yang bengap.
 
Back
Top
Log in Register