BTC USD 61,649.4 Gold USD 4,222.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengalaman terlibat secara LANGSUNG dalam PRU13

rashaz

Permanently Banned -, Fraud & Scam reported
Messages
2,179
Joined
Mar 27, 2013
Messages
2,179
Reaction score
2
Points
25
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

PRU lepas aku decide untuk jadi sukarelawan untuk PKR Parlimen (Rahsia):p.Jadi coretan ni adalah coretan ringkas mengenai pengalaman aku.

Tujuan aku jadi sukarelawan adalah atas dasar aku nak tahu macam mana politik ni sebenarnya bergerak dan aku nak tahu macam mana proses pilihanraya ni berlaku sebenarnya.

Jadi lepas anwar umumkan siapa calon PKR, aku contact directly calon tempat aku sebab aku memang kenal dia in person.Tak lah rapat tapi kata orang kenal macam macam tu je.

Lepas contact calon aku tu,dipendekkan cerita orang orang yang nak jadi sukarelawan ni dikumpulkan bagi membentuk jentera pilihanraya.Alhamdulillah tempat calon aku ni ramai volunteer.Semua kaum ada dan lebih dari 20 orang adalah golongan professional yang ada career sendiri.Bukan bergantung harap dengan politik untuk cari makan dan projek.

Jadi jentera kami dibahagikan kepada beberapa bahagian.

1.Logistik : Uruskan pergerakan dan tapak ceramah
2.Publisiti : Untuk sebaran maklumat aktiviti calon dan sebagainya(termasuk pasang bendera dan poster)
3.Kempen : Ada orang yang akan turun ke padang bersama sama dengan calon bersama penerangan mengenai menifesto
4.PACA : Orang khas untuk uruskan polling agent dan counting agent masa hari mengundi

Kos utama untuk bertanding di Parlimen.

Deposit SPR : RM 15 000(Keluar dari Parti)
Deposit PBT : RM 10 000(Calon sendiri)
Poster,Bendera,Billboard dan bahan kempen calon : RM 10 000 ( Tak termasuk bahan yang dibekal oleh parti)
Upah pasang poster,bendera,billboard : RM 5000
Saguhati untuk paca masa hari mengundi : RM 15 000.

Kos yang jelas di sini adalah RM 55 000 tidak termasuk logistik dan lain lain.Untuk parlimen aku,kos untuk logistik keluar dari poket jentera sendiri.Untuk PA system ada sahabat seperjuangan yang tolong sumbangkan.Tapak ceramah memang percuma.Yang bestnya orang yang bagi tapak ceramah ni siap bagi sumbangan RM dekat kami.Dah terbalik.Bukannya kami yang bayar saguhati dekat pemberi tapak ceramah.Jadi dekat situ aku dah rasa aura PRU ni lain macam.Orang dah menolak politik hamba duit.

Aktiviti calon kami,penuh untuk 2 minggu tu.Daripada walkabout sampai bukak gerai tepi jalan.Bila buat program macam tu pun ada peniaga gerai tepi jalan yang bagi pinjam peralatan.Kami beli bahan mentah je.

Apa yang aku nampak pada jentera aku ni,sorang pun tak berkira.Mungkin rata rata tu orang yang memang berduit jadi bila nak beli itu ini semua settle tanpa mintak dekat pengarah pilihanraya atau calon.

Jadi dekat sini aku nampak dah betapa inginnya diorang ni nak tengok pertukaran pemerintahan negara.Kalau orang nak pertikaikan orang yang sponsor itu ini ni nak projek,tak ada maknanya sebab kalau gaji pun dah berbelas ribu,tambah-tambah lagi jawatan dah cecah sampai general manager tak perlu dah semua benda tu.Ramai yang jadi jentera semua dah ada kesedaran untuk bantu kerana nak tukar kerajaan.Tak lebih dari itu.

Bagi polling agent,counting agent (PACA) pulak,kami dapat kumpul jumlah yang agak besar.Tapi lebih daripada separuh adalah orang baru.Aku pun dikira sebagai orang baru tapi entah macam mana diorang kategorikan aku sebagai hardcore ( mungkin sebab aku strict ) jadi aku diasingkan untuk jadi penyelia tempat mengundi.Jalan jalan tinjau hantu atau tempat saluran.

Masa hari mengundi ,

Okay,apa yang penting bagi PACA ni adalah,Borang 14.

Dekat borang 14 tu ada :

Berapa kertas undi yang patut berada dalam peti undi

Bilangan undian oleh pemilih bagi setiap calon

Bilangan kertas undi ditolak

Jumlah kertas undi yang dikeluarkan tapi tak masuk dalam peti undi.

bawah tu ada tandatangan KTM dan Ejen Calon.

Terus terang aku cakap borang 14 ni terlalu senang untuk dimanipulasikan.Aku nak cerita panjang pun malas tapi aku yakin ada dalam kalangan forumer dalam ni yang tahu benda ni juga.

Masa proses mengundi kerani akan baca nama pengundi beserta IC dan no bilangan.

Jika ada kes seperti nama melayu tapi muka dia tak macam melayu,agent perlu pertikaikan.Mintak pengundi tunjuk IC dalam jarak 2.5 ke 3.0 meter macam tu.Jika ada keraguan, terus call calon atau wakil calon.Mereka akan pergi ke tempat tu.

Bagi aku yang baru kali pertama terlibat ni, jelas sangat undi ni terlalu senang untuk dimanipulasikan kalau kita tak ada geng yang hardcore untuk memantau proses ni.Sebab tu aku percaya bahawa memang ada kes penipuan dalam pilihan raya kali ni.

Bagi parlimen aku ringan sikit beban sebab masa hari mengundi ramai orang yang menolong jaga dekat luar.Pondok panas BN tu pun sampai tak jadi nak naik sebab orang jerit jerit suruh blah.


Dipendekkan cerita, lepas undi dikira calon PKR menang dekat Parlimen aku.Majoriti agak besar.Kiranya parlimen aku ni 1 daripada 7 kerusi parlimen baru yang PR dapat.

Jadi inilah cerita ringkas tentang pengalaman aku.Mula mula aku nak cerita lagi detail tapi tak larat.Minggu ni baru aku mula masuk office balik.Kerja pun banyak.

Kalau siapa yang ada terlibat lagi masa pilihan raya jom sama sama kongsi cerita.:)cgrock

saya buat pertama kali menjadi volunteer petugas PAS di kawasan saya pada PRu kali nih... memula nak cari gerak kerja PKR, tetapi PKR tak berapa ramai disini, maka combine dengan gerak kerja PAS yg strong dan kuat... kami giat bekerja sejak 2 bulan sebelum PRU diadakan lagi dengan gantung bendera sikit2....

permulaan saya involve ketika tgh malam nak pegi beli air minuman di kedai dan terlihat gerak kerja PAS sedang memasang bendera dan saya berhentikan kereta dan tanpa mengenali seorang pun mereka trus offer untuk jadi volunteer petugas PR...

maka sejak itu laa setiap hari pukul 10.00 malam akan berkumpul semua di markas PR dan menyiapkan bendera dan keperluan segala untuk gantung bendera..peralatan yg diperlukan seperti tangga panjang, kenderaan lori, hilux, motosikal, parang, spannar semua atas ihsan gerak kerja membawa sendiri... setiap malam hampir 30 org petugas akan memenuhi markas bekerjasama untuk memasang bendera...

biasa kami memulakan kerja jam 10.00 malam hingga pukul 3.00 pagi dan selepas memasang bendera pegi minum di kedai, setiap hari kami minum diorder sendiri manakala makanan pula diorder secara skala besar dan menu tetap adalah mee goreng dan nasi goreng kampung sahaja dan bendahari akan membayar makanan tersebut.... tapi kami puas dan sangat gembira....

pada mulanya agak segan untuk bercampur dengan mereka kerana kita seorang usahawan tetiba turun ke bawah.. tapi sangkaan saya silap sama sekali bila dah joinkan diri, baru kenal yg memanjat pokok, tiang, gantung bendera dikalangan mereka yg professional, ada cikgu, ada peguam, ada ahli perniagaan, ada owner oil and gas company, ada advertising company, imam2 dan kariah masjid dan surau setempat, dan memacam lagi....mmg kagum dan seolah lupa status mereka semuanya yg berjaya dan seolah terasa diri macma org2 kampung dahulu pula...

tapi, kami mmg tidak mendapat upah walau sesen duit pun membuat kerja2 ini kerana apa yg penting untuk mencapai kemenangan yg ikhlas malah duit poket kita lagi kena keluar... dan ada juga melihat VVIP dan pegawai2 tinggi yg datang singgah menghulurkan sedikit bantuan 1-2 ribu untuk pembelanjaan gerak kerja PR kawasan, walaupun mereka tak nak menonjol diri, tapi support mereka menghulurkan sedikit bantuan amat2 dihargai...

malah bendera2 yg hendak digantung juga kami membeli sendiri dari duit hasil kutipan ceramah setempat dan juga sumbangan perseorangan... bayangkan contoh satu ceramah kelompok yg hadir tak sampai 20 org mendapat kutipan lebih kurang 3 ribu... manakalaa dikawasan flat rakyat pula, yg hadiri hampir 50 orang dapat kutipan hampir 4 ribu.... sebab yg penting mereka dapat info yg telus dan benar....

gerak kerja juga dihadiri oleh muslimah2 PR yg gigih setiap malam menjahit dan menyulam bendera untuk di gantung di markas...

saya amat tabik spring pada seorang anak muda yg baru sahaja genap umur 21 tahun dan tak sempat daftar mengundi org raub pahang... setiap malam dia turun sama2 gantung bendera dan ayahnya seorang pekerja gomen, dan bila bapanya ada kursus di sini, dia bawak ayahnya sekali gantung bendera.. dan akhirnya ayahnya tertarik dengan gerak kerja kami dan setiap sabtu dan ahad ayahnya akan datang ke KL dari raub untuk bantu sama2 berkempen dengan kami.. punya semangat.. katanya di raub mmg ada gerak kerja PAS tapi tak semeriah disini dan semangatnya jadi lain sebab ramai yg menyertai.... hingga laa hari mengundi si bapa nih pagi dia mengundi di raub, tengahhari dah sampai ke KL untuk sama2 berkempen di hari mengundi bersama kami... lagi menaikkan semangat kami bekerjasama...

dan malam sebelum pilihanraya kami ramai2 berjaga di pondok panas PR untuk mengawal pondok kerana takut di sabotaj oleh pihak satu lagi yg sentiasa mencari peluang untuk sabotaj....dan ada petugas yg tak tidor hampir 2 hari hingga lepas sesi PRU kerana berkawal...

dan akhirnya kawasan kami penyumbang jumlah besar undi untuk pakatan rakyat bagi dun kami.....



Sambungan

Dari segi logistik,bila berkonvoi atau jalan jalan memang kami tak akan dapat bantuan escort dari polis atau PBT.Hanya ada marshall lantikan sendiri.

Kereta yang digunakan semua adalah kereta jentera sendiri.Ada jugak sumbangan kereta dari kawan-kawan seperjuangan yang ada kereta lebih tapi tak dapat menyertai kempen.Rata-rata kenderaan yang kami guna semua pakai duit sendiri.Aku pun spend total RM500 untuk minyak kereta termasuk nak bergerak ke sana sini ambil barang kempen dan sebagainya.

Bahan kempen pula kami dapat print sebab ada sahabat yang bagi mesin photostate dan printer.Yang buat design pun memang orang yang ada expertise dalam bidang edit edit ni.Jadi bahan kempen pun memang best kalau dibaca sebab menarik dan catchy.Orang yang buat design design ni akan buat publisiti.Diorang yang pegang facebook rasmi calon dengan twitter serta website masa kempen.Segala info diorang akan blast serata internet

Orang yang uruskan PACA dah ada pengalaman 4 kali PRU.Jadi kali ni team kitorang memang buat kursus berkali kali pasal PACA.Lepas tu kitorang filter.Separuh daripada PACA consist of orang yang kerja sektor kerajaan.Doktor gigi ada,librian ada,cikgu sekolah pun ada .Setiap penyelia kawasan mengundi ada walkie talkie.Walkie talkie tu pun orang bagi.

Apa yang seronok aku bekerja kali ni, soal masalah duit tak wujud langsung.Semua tak kedekut nak keluarkan duit kalau pasal benda kecil kecil.Kalau benda melibatkan bajet yang besar tu baru tanya pengarah pilihanraya.Tapi serius tak tipu pengalaman kali ni memang buat aku rasa bersemangat nak menentang regim BN
 
Last edited:
Baru aku sedar ringkas sangat.

Tak larat nak taip panjang panjang.
 
..................................
 
karang la lg tt..xpuas baca

Saya tengah draftkan lagi.Sambil sambil buat kerja dekat office ni.

3 minggu punya kerja bertangguh hehe
 
ade pembahagian "duit minyak" selepas mengundi x? klu ade brp sorang dpt?
 
ade pembahagian "duit minyak" selepas mengundi x? klu ade brp sorang dpt?

Parlimen saya tak ada.Wallahi saya berani bersumpah kami tak ada bagi macam tu.
 
tempat aku pun, sumbangan dari org ramai...petugas yg datang, tak dijanjikan upah...masing2 rela sendiri bantu....kereta masing2 guna duit masing2...yg berduit, depa hulur jer untuk beli apa brg2 yang patut...yg ada lori dan hilux, depa kasi pinjam free jer...

habis pilihanraya, wakil parti dtg bagi saguhati rm20 ....malu jer nak amek...tak dapat pun tak kisah ...
 
Parlimen saya tak ada.Wallahi saya berani bersumpah kami tak ada bagi macam tu.

alhamdulillah,

tempat sy, seperti PRU sebelumnya, beratur lps mengundi utk dptkn " duit minyak". Tup tup nama xde ....haha .
Sipolan bertny : ade org call x? Sy jawab xde ...
Fikir punya fikir, sipolan tu pn bg .
Dptlah RM30..siap ade yg tunjuk resit saman... huhu.
malaysiaboleh
 
Back
Top
Log in Register