david.cronenberg
Active+ Member

- Messages
- 3,763
- Joined
- Nov 14, 2011
- Messages
- 3,763
- Reaction score
- 27
- Points
- 371
Pernahkah anda mendengar burung ini berkicau sangat kuat dan tertanya tanya apakah nama dan bagaimanakah rupanya?
Pada zaman dahulu kalau burung ini memanggil atau berbunyi kuat di waktu malam, orang tua -tua berkata ada petanda buruk akan berlaku. Tapi di masa kini jarang sekali kedengaran ramalan ini.
BURUNG TUWU
Burung tuwu atau asian koel atau nama saintifiknya, Eudynamys scolopaceus daripada famili Cuculidae adalah burung tempatan. Ia juga terdapat di beberapa negara Asia lain termasuk India dan China. Burung dewasa jantan spesis ini bersaiz antara 39-46cm. Musim membiak bagi burung tuwu di Asia Tenggara adalah di antara Mac hingga Ogos).
Sewaktu musim membiak, burung tuwu jantan akan berbunyi tanpa henti dari pagi sehingga senja sebagai panggilan untuk menarik perhatian pasangan. Burung tuwu betina berwarna kelabu dan berbintik putih pada kesuluruhan bahagian badan. Spesis ini mempunyai reputasi yang kurang baik, iaitu bersifat parasit. Semasa musim bertelur, ia akan menggunakan sarang yang dibina oleh spesis burung lain. Ia akan memakan telur burung dalam sarang yang dipilih dan burung tuwu betina akan bertelur sebagai ganti. Telur burung tuwu akan dieram oleh burung asal(pemilik sarang) sehingga menetas. Dan selepas itu mereka mengambil alih tugas untuk menjaga anak. satu taktik yang bijak tetapi agak sadis.
Burung tuwu jantan akan mengeluarkan bunyi, koo-ooo ..koo-ooo dengan kuat, nyaring dan berulang-ulang dari pagi(waktu Subuh) sehingga senja..
Kicauan burung tuwu yang anda boleh dengar melalui video di bawah. Kicauan kuat daripada burung ini boleh didengari sampai jarak 1 km.
http://www.youtube.com/watch?v=4WdAOGu5PKI
http://www.youtube.com/watch?v=0DSJ5Y4Vrxk
sumber

Last edited: