BTC USD 62,006.8 Gold USD 4,258.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fauzi, Pemain Felda Parah Rakannya Maut

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Keadaan kereta jenis BMW, dipercayai dinaiki Ahmad Fauzi Saari, terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi. - Foto ihsan Twitter Shahrul Nizam

image.jpg

Keadaan kereta jenis BMW, dipercayai dinaiki Ahmad Fauzi Saari, terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi. - Foto ihsan Twitter Shahrul Nizam

image.jpg

Ahmad Fauzi - Foto ihsan FB Ahmad Fauzi

Pemain bola sepak Felda United, Ahmad Fauzi Saari cedera parah setelah terbabit dalam kemalangan di Kilometer 407.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah Ipoh, dekat Lembah Beringin di sini, awal pagi tadi.

Rakannya, Muhammad Khairul Adnan Zakaria, 26, yang memandu kereta BMW maut akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kereta dinaiki mangsa dipercayai terbabas di selekoh sebelum merempuh penghadang lebih raya lalu terbakar kira-kira 1.40 pagi tadi.

"Kereta yang dipandu dipercayai terbabas sendiri semasa melalui selekoh ke kanan. Ia kemudian merempuh penghadang jalan (lebuh raya) sebelum terbakar di bahu jalan (lebuh raya) dan mangsa Fauzi cedera patah tangan kanan.

"Manakala pemandu kereta yang dikenali, Khairul Adnan maut di tempat kejadian," katanya.

Jelas Norel Azmi, Ahmad Fauzi dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan.

"Manakala, mangsa yang maut turut dibawa ke hospital yang sama untuk dibedah siasat," katanya.

Dalam pada itu, Norel Azmi berkata, butiran pemandu tidak ditemui kerana dipercayai terbakar bersama kenderaan mangsa.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/fauzi-pemain-felda-parah-rakannya-maut-1.125596
 
Moga cepat sembuh...
Kedah >>>> Johor FC >>> Felda
 
sahabat kita arwah procodine bersama Fauzi lah yer..
 
laluan Bayangan Maut ni mmg slalu 'makan' org....kena beringat selalu....alfatihah untuk arwah..
 
Back
Top
Log in Register