BTC USD 80,428.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

bagaimana nak nyalakan lampu kalimantang guna bateri (macam peniaga kat pasar malam)

david.cronenberg

Active+ Member
gem
Messages
3,763
Joined
Nov 14, 2011
Messages
3,763
Reaction score
27
Points
371
Kita biasa ternampak para peniaga di pasar2 malam menghidupkan lampu kalimantang dengan menggunakan bateri kereta 12V. Mungkin ada antara kita yang tertanya bagaimana lampu kalimantang yang memerlukan bekalan voltan 240V boleh dihidupkan dengan bateri kereta yang bervoltan 12V sahaja.

Sebenarnya mereka telah menggantikan litar elektrik lampu kalimantang tersebut menggunakan electronic ballast 12V. Alat ini akan menukarkan voltan arus terus 12V ke voltan tinggi arus ulang alik pada frekuensi tinggi.

Gambar di bawah menunjukkan litar elektrik lampu kalimantang yang biasa.

litar+kalimantang.jpg


Untuk membolehkan lampu kalimantang dapat dihidupkan dengan menggunakan bateri 12V, tiub kalimantang hendaklah disambungkan dengan electronic ballast sahaja seperti gambarajah di bawah.

litar+kalimantang+dengan+electronic+ballast.JPG



Electronic ballast 12V boleh didapati di kedai2 elektrik. Harganya tidak melebihi RM10.
kredit

 
terbaik la TT .. mudah sangat rupanya...
 
oo..kalau direct mmg tk nyala ker
 
laa mcm ni je.. haha patot dlu kecik2 dlu mase electric xde try cucuk batteri kete tak jadi hehe
 
laaa...mati2 la den ingat terus nyala..yang guna generator tu yang nyala terus ek????
jap..abez kalau wat camni xcepat abez ke bateri kereta tu?!??!:-?
 
betul tu .. dulu ikut pok sedare gi candat sutong, wat cara lagu ni la ... beratur sutong hinggap kat candat. :D
 
aku memang guna balast bateri untuk meniaga.
 
boleh try. Mudah je ni. Basic electrical je pkai test pen nk buat.
 
Back
Top
Log in Register