Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Historical, Myth, Legend

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 17,450
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 47,706
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 35,476
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 07-01-2013, 07:00 PM
Luqmanul Hakim Luqmanul Hakim is online now
CG Top Poster Club

Luqmanul Hakim's Avatar
 
Trader Rating: (18)
Join Date: Mar 2010
Location: GP (Kampung) BM (Bandar) PP (Negeri) M (Negara)
Posts: 23,215
Poster Rank: #62
Blog Entries: 2
Thanked 4,651 Times
Active Level
My Mood:
Lightbulb Tentera Terracotta: Misteri Pahlawan Makam Dinasti Qin

Tentera Terracotta: Misteri Pahlawan Makam Dinasti Qin

Pada tahun 1974, seorang petani telah menemui makam Maharaja Qin, satu daripada tinggalan arkeologi terhebat semasa menggali perigi berhampiran Gunung Li di wilayah Shaanxi, China. Maharaja Qin Shi Huang yang mangkat pada tahun 210 SM dikebumikan bersama rombongan misteri tentera terracotta (terracotta warriors). Semenjak itu, para ahli arkeologi telah menghabiskan 40 tahun lalu dan mendedahkan secara terperinci patung pahlawan bersaiz sebenar dari lubang seluas 22 batu persegi (57 kilometer persegi).



Muzium Tentera Terracotta Terbesar Di Dunia


Setakat ini, penggalian-penggalian di Museum of the Terracotta Army yang terletak kira-kira 25 batu (40 kilometer) di timur Xi'an telah menemui kira-kira 2,000 daripada 6,000 figura yang dirasakan wujud. Di samping tentera terracotta bawah tanah itu, turut ditemui kuda, kereta kuda, senjata – termasuklah akrobat untuk menghiburkan Maharaja Qin di alam kubur. Ramai sarjana berpendapat bahawa tentera terracotta tersebut dikuburkan bersama Maharaja China pertama untuk melindunginya di alam akhirat dan ingin disembunyikan. Kini, tentera terracotta misteri yang digelar sebagai keajaiban alam kelapan ini menarik kira-kira 2 juta pelancong setiap tahun.

Senjata Terpelihara:
Ahli arkeologi telah menemui kira-kira 40,000 senjata yang diperbuat daripada gangsa di lubang terracotta itu. Daripada lembing ke kapak, busur dan anak panah, senjata menakjubkan ini terpelihara dalam saduran kromium. Meskipun Jerman dan Amerika mendakwa mencipta teknologi salutan kromium masing-masing pada tahun 1937 dan 1950, ia telahpun wujud di China sejak 2,200 tahun yang lampau.



Kereta kuda tentera terracotta dalam satu pameran


Berwawasan Tinggi:
Semasa Maharaja Qin baru berumur 13 tahun, kerja-kerja pembinaan makam agungnya telahpun dimulakan. Menurut dakwaan sejarawan China bernama Sima Qian dalam Records of the Grand Historian, lebih daripada 700,000 orang terlibat dalam pembinaan makam selama 36 tahun. Walaupun ia merupakan satu daripada pencapaian terhebat Maharaja Qin, namun beliau juga terkenal dengan sumbangannya dalam bidang politik dan budaya. Maharaja Qin telah memperkenalkan satu landasan penulisan naskah, menghubungkan jajahannya dengan terowong dan jalan raya, menyatukan wilayah yang berperang, memajukan teknologi kaji logam, menyeragamkan ukuran dan timbangan, membina Tembok Besar versi pertama dan kemudian menghubungkannya dengan bahagian taktikal.


Maharaja Kejam:
Meskipun banyak memajukan empayar, namun Maharaja Qin juga terkenal dengan kekasarannya. Ratusan rangka telah ditemui dalam makam berkenaan, kebanyakannya dipercayai tukang dan pekerja yang membantu pembinaan kubur itu. Menurut Sima Qian, para buruh ini dibunuh demi merahsiakan lokasi dan khazanahnya: "Selepas pengebumian dan penyembunyian hartanya, pintu tengah ditutup dan pintu luar dikunci untuk memenjarakan semua tukang dan buruh agar tiada yang keluar. Pokok-pokok dan rumput ditanam di serata makam untuk menjadikannya kelihatan seperti bukit," tulisnya.



Barisan tentera terracotta misteri yang manjadi pengawal makam Maharaja Qin di alam kubur


Salah Ubat:
Maharaja Qin takut akan kematian dan dikatakan berusaha mencari pelbagai jenis ubat dan penawar – apa sahaja yang menjanjikan vitaliti selama-lamanya. Kononnya, Maharaja Qin telah mengutus 8,000 orang, termasuk pakar herba diraja untuk mencari penawar ajaib. Sementara menungu tonik berkenaan, Maharaja Qin mengambil tablet merkuri. Akibatnya, tabiat itu dikatakan menjadi punca kematian Maharaja Qin pada umur 50 tahun.


Peta Misteri:
Meskipun kubur Maharaja Qin belum digali, tetapi legenda mengatakan bahawa pekerjanya mengukir satu peta kerajaan Qin di lantai. Banyak replika istana, bangunan besar, termasuklah perangkap (busur untuk menembak penceroboh) dikatakan memenuhi ruang makam, sementara batu permata melambangkan langit, dan aliran raksa menggambarkan sumber air kerajaan. Penyiasatan moden dapat mengesahkan legenda ini melalui bukti-bukti berkaitan bahan kimia. Pada tahun 2005, satu kajian yang diketuai oleh ahli arkeologi China bernama Duan Chingbo telah mengambil 4,000 sampel dari timbunan tanahnya dan mendapati semua sampel positif dengan kehadiran merkuri.




Reply With Quote
The Following 9 Users Say Thank You to Luqmanul Hakim For This Useful Post:
alonso (08-01-2013), boygile (07-01-2013), copy left (09-01-2013), forexian (07-01-2013), green_maskman (07-01-2013), KZ5 (08-01-2013), millionman (09-01-2013), ProInvest (07-01-2013), schumi (07-01-2013)
Paid Advertisement
  #2  
Old 07-01-2013, 07:07 PM
schumi schumi is offline
Active Member

schumi's Avatar
 
Trader Rating: (8)
Join Date: Aug 2010
Location: Red Worriors
Posts: 1,461
Poster Rank: #2550
Thanked 4 Times
Active Level
My Mood:
Default

makam di bina sejak maharaja berusia 13 tahun... long term planning
Reply With Quote
  #3  
Old 07-01-2013, 07:14 PM
arang67 arang67 is offline
Well-Known
Member

arang67's Avatar
 
Trader Rating: (41)
Join Date: Apr 2009
Posts: 5,249
Poster Rank: #683
Thanked 272 Times
Active Level
My Mood:
Default

dalam movie ape aku tgk tentera ni eh?yg jetli tu kot
Reply With Quote
  #4  
Old 07-01-2013, 07:20 PM
boygile boygile is offline
Normal Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2011
Posts: 446
Poster Rank: #6079
Thanked 1 Time
Active Level
My Mood:
Default

gud info tt....
Reply With Quote
  #5  
Old 07-01-2013, 07:30 PM
Hitman™ Hitman™ is offline
Legendary Member

Hitman™'s Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Apr 2010
Posts: 10,677
Poster Rank: #246
Thanked 152 Times
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by arang67 View Post
dalam movie ape aku tgk tentera ni eh?yg jetli tu kot
The Mummy 3: Tomb of the Dragon Emperor
__________________
>>> PC Custom Build Area Shah Alam & Melaka <<<

"Those who believe, no explanation is necessary - Those who do not, no explanation is possible"
Reply With Quote
  #6  
Old 07-01-2013, 08:05 PM
arang67 arang67 is offline
Well-Known
Member

arang67's Avatar
 
Trader Rating: (41)
Join Date: Apr 2009
Posts: 5,249
Poster Rank: #683
Thanked 272 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Hitman™ View Post
The Mummy 3: Tomb of the Dragon Emperor

yeahh brtul2
Reply With Quote
  #7  
Old 08-01-2013, 01:23 PM
pisang69 pisang69 is offline
Normal Member

pisang69's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Mar 2009
Posts: 425
Poster Rank: #6273
Thanked 0 Times
Active Level
Default

kubur dia x jumpa lg kan? mesti mcm2 lg ada dlm tu..huh
Reply With Quote
  #8  
Old 08-01-2013, 01:27 PM
rebellion rebellion is offline
Legendary Member

rebellion's Avatar
 
Trader Rating: (42)
Join Date: May 2010
Location: Steam/DoTa2
Posts: 15,239
Poster Rank: #129
Blog Entries: 1
Thanked 32 Times
Active Level
My Mood:
Default

ekeke, depa ingat alam kubur cam tu, ape nak buat
Reply With Quote
  #9  
Old 08-01-2013, 02:07 PM
puterakota puterakota is offline
Super Active Member

puterakota's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2011
Posts: 4,954
Poster Rank: #723
Thanked 19 Times
Active Level
Default

semua kena sumpah jadi batu
__________________
UNTUK LELAKI AJE..
Reply With Quote
  #10  
Old 08-01-2013, 02:47 PM
SangGuna SangGuna is offline
Normal Member

SangGuna's Avatar
 
Trader Rating: (15)
Join Date: Nov 2010
Posts: 368
Poster Rank: #6830
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

O...ni yang keluar dalam cita jackie chan "the myth" tu...siap ada puteri raja stay kat dlm makam ni..
__________________
^_^ MAN JADDA WA JADA ^_^
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 05:26 PM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE