Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Debate & Mature Discussion

Debate & Mature Discussion This section is not like "Santai" style. This is the place to debate things, as well as strike up a more mature conversation. Respect other people's opinions and do not flame nor troll. Immediate suspension will be imposed.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 02-01-2013, 04:13 PM
david.cronenberg david.cronenberg is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (2)
Join Date: Nov 2011
Posts: 3,763
Thanks (Received): 12388
Likes (Received): 6
Active Level
Default bagaimana nak lajukan kipas siling anda yg perlahan?

Kadang-kadang kipas siling, kipas meja, kipas dinding atau exhaust fan di rumah kita menjadi semakin perlahan selepas diguna beberapa tahun walaupun kelajuannya dilaras pada tahap maksimum.

Mengapakah ini berlaku ? Adakah ia boleh dibaiki ?

Perkara ini berlaku disebabkan kapasitor yang terdapat pada motor kipas tersebut. Nilai Farad pada kapasitor tersebut telah berkurangan dan ini menyebabkan kelajuan kipas semakin berkurangan.

[I]Gambar 1 di bawah menunjukkan bentuk biasa kapasitor yang terdapat pada motor kipas [I]




Gambar 2 menunjukkan lokasi kapasitor pada kipas siling





Nilai kapasitor yang biasa digunakan pada kipas siling atau kipas meja di rumah adalah sekitar 2uF. Kapasitor yang berkualiti rendah biasanya nilai Farad akan berkurangan setiap tahun. Untuk membaiki kipas yang menjadi semakin perlahan itu, hanya gantikan sahaja kapasitor ini dengan yang baru.

Anda dinasihatkan supaya menggantikan kapasitor tersebut dengan nilai Farad yang sama dengan nilai Farad kapasitor yang asal. Menggunakan kapasitor yang mempunyai nilai Farad yang lebih tinggi akan menyebabkan kipas berpusing lebih laju, motor menjadi lebih panas dan ini boleh merosakkan gelung dalam motor kipas tersebut. Pastikan kapasitor tersebut mempunyai label voltan lebih dari 300VAC.

Pastikan juga anda menutup suis utama pada papan agihan elektrik semasa membuat kerja penggantian kapasitor kipas. Ini adalah untuk keselamatan.


FAQ

Di mana saya boleh mendapatkan kapasitor kipas?
Kapasitor kipas boleh didapati di kedai elektrik yang ada membuat kerja pembaikan peralatan elektrik atau kedai yang menjual komponen elektronik.

Kipas siling rumah saya tiba-tiba sahaja berpusing terbalik, angin hembus ke atas. Kenapa boleh jadi macam itu?
Adakah kipas anda kipas siling biasa? Jika ya, itu menunjukkan kapasitor kipas mengalami kerosakan. Gantikan kapasitor itu dengan yang baru.
Sekiranya kipas kawalan jauh, mungkin anda telah mengaktifkan fungsi 'reverse rotation' pada kipas tersebut. Fungsi ini akan menyebabkan kipas berpusing terbalik dan fungsi ini berguna di negara yang mempunyai iklim sejuk. Sekiranya kipas anda tidak mempunyai fungsi seperti ini tetapi kipas berpusing terbalik, ini menunjukkan kapasitor kipas telah rosak.

Saya ada masalah dengan sebuah kipas siling yang menggunakan remote control. Pada kelajuan 1 atau 2, kipas berpusing sangat perlahan, tetapi pada kelajun 3, kipas berpusing dengan laju. Adakah kapasitor dalam kipas ini perlu diganti ?
Masalah sebegini menunjukkan terdapat kerosakan pada papan elektronik dalam kipas tersebut, bukannya pada kapasitor kipas. Dapatkan orang yang mahir membaiki papan elektronik untuk membaiki kipas anda.

Kawasan perumahan saya baru-baru ini mengalami over-voltage menyebabkan 2 biji kipas siling rumah saya tidak berfungsi. Adakah ia boleh dibaiki ?
Adakah kipas anda ini kipas siling biasa atau kipas siling remote control ? Sekiranya kipas siling biasa, cuba ganti regulator (alat pengawal kelajuan kipas) kepada yang baru.
Sekiranya anda menggunakan kipas siling remote control, papan elektronik dalam kipas tersebut telah rosak. Dapatkan orang yang mahir membaiki papan elektronik untuk membaiki kipas anda.

Kipas meja saya berpusing perlahan walaupun telah diset pada kelajuan maksimum. Kapasitor kipas telah diganti baru tetapi kipas tetap perlahan. Kenapa boleh jadi seperti itu ?
Dalam kipas terdapat 2 jenis gelung, gelung 'start' dan gelung 'run'. Kerosakan seperti ini menunjukkan gelung 'start' telah putus. Kipas anda perlu dihantar ke kedai 'motor rewinding'. Tetapi kos rewinding untuk kipas adalah tidak berbaloi kerana kosnya sama seperti membeli kipas baru. Lebih baik beli kipas baru.


kredit t.kasih

Quote:
Originally Posted by exofx View Post
aku kipas meja da 4 kali jem.. buka depan taruk minyak mesin jahit kt bearing... pusing2 sikit last2 jadi laju balik.. xpnah tukar kapacitor pun lagi..
Quote:
Originally Posted by Mr Ozu View Post
kalau bnyi bsing, buh myak itam keta kat pangkal, dkat ngn kapasitor tuh..

myak itam taham lama dr myak pelincir msin jahit tuh..kipas rumah aku pki castrol edge..
Quote:
Originally Posted by LipanBara View Post
kalau kipas pakai remote....kena tukar motherboard dia, motherboard dia duduk kat bahagian bawah kipas

kalau tukar motherboard dlm 60~70 ringgit. senang je tukar cuma plug n play

nak lagi jimat tukar capacitor sahaja kat motherboard tuh
Quote:
Originally Posted by Ibn Raffar View Post
pesanan kepada sesiapa yang mahu tukar kapasitor sendiri, pastikan semua kapasitor di 'discharge'kan (laga/cantumkan kedua2 kutub kapasitor tu)terlebih dahulu, jika tidak nanti akan ada aksi joget lambak..hehe..
Quote:
Originally Posted by LipanBara View Post
tukar capacitor ke? benda tuh murah <5 ringgit je....

Last edited by david.cronenberg; 04-01-2013 at 03:22 PM..
Reply With Quote
Thanks Niyang, taqi5007, JaweWetan, exofx, hyfactive and 104 others thanked for this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 02-01-2013, 04:14 PM
Niyang Niyang is offline
CG Top Poster Club

Niyang's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2009
Posts: 35,102
Thanks (Received): 72
Likes (Received): 156
Active Level
My Mood:
Default

kipas meja aku dah makin slow... hhuhuuh... tp mmg dah lame pakai kipas tuh..
__________________
"Jika inginkan tempat di sisi Matahari, bersedialah utk terbakar"

"Kita memerlukan kegelapan untuk melihat Bintang"
Reply With Quote
  #3  
Old 02-01-2013, 04:20 PM
hyfactive hyfactive is offline
Active Plus

hyfactive's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2008
Location: Bumi Allah
Posts: 4,326
Thanks (Received): 14
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

kipas umah aku max=5..cam saje2 nak pusing...baru ku tau..ku ganti selepas ni..
__________________
HYFALIFE Buzz2016/MYBIZ/WORKS/HRRZHFZ
Reply With Quote
  #4  
Old 02-01-2013, 04:21 PM
exofx exofx is offline
Legendary Member

exofx's Avatar
 
Trader Rating: (24)
Join Date: Aug 2011
Location: Sky Network
Posts: 18,717
Thanks (Received): 536
Likes (Received): 7
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Niyang View Post
kipas meja aku dah makin slow... hhuhuuh... tp mmg dah lame pakai kipas tuh..
aku kipas meja da 4 kali jem.. buka depan taruk minyak mesin jahit kt bearing... pusing2 sikit last2 jadi laju balik.. xpnah tukar kapacitor pun lagi..
Reply With Quote
  #5  
Old 02-01-2013, 04:23 PM
S.Y.E.D S.Y.E.D is offline
Permanently Banned

 
Trader Rating: (3)
Join Date: Jun 2008
Location: Terengganu Forex Club << TFxC >>
Posts: 18,685
Thanks (Received): 591
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

tukor kapasitor je.. kalau buang kapasitor laju semacam x berenti
Reply With Quote
  #6  
Old 02-01-2013, 04:24 PM
tomie tomie is online now
CG Hardcore

tomie's Avatar
 
Trader Rating: (31)
Join Date: Dec 2006
Location: Sedaka, Yan
Posts: 71,444
Thanks (Received): 7806
Likes (Received): 172
Blog Entries: 1
Active Level
My Mood:
Default

kipas umah ceq....pulas nomok 4 pun.... slow mengalahkan nomok 1 ....
Reply With Quote
  #7  
Old 02-01-2013, 04:26 PM
epozer epozer is offline
Legendary Member

epozer's Avatar
 
Trader Rating: (33)
Join Date: Aug 2010
Posts: 12,144
Thanks (Received): 13
Likes (Received): 30
Active Level
My Mood:
Default

oo...baru ku tahu...bagus2..tapi dok kuarters...kalau kipas slow report jer...nanti diorg datang repair...huhuhu
__________________
Reply With Quote
  #8  
Old 02-01-2013, 04:29 PM
dragger dragger is offline
Super Active

dragger's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2008
Posts: 8,523
Thanks (Received): 30
Likes (Received): 3
Active Level
My Mood:
Default

kipas bilik aku speed 1,2 x berpusing. speed 2 slow, speed 4 amat laju
Reply With Quote
  #9  
Old 02-01-2013, 04:29 PM
sempoiajer sempoiajer is offline
Regular

sempoiajer's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2012
Posts: 227
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Kipas berhabuk, xpenah cuci.. pn blh jadi slow jgk..
Reply With Quote
  #10  
Old 02-01-2013, 04:32 PM
SHiNiGaM! SHiNiGaM! is offline
Active Plus

SHiNiGaM!'s Avatar
 
Trader Rating: (17)
Join Date: Sep 2011
Posts: 2,914
Thanks (Received): 11
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

Senang tak nak tukar nie?kan memandai2 jadi laen lak..
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump

CariGold