UPDATED : Larangan jualan petrol kepada kenderaan asing DIBATALKAN
Larangan jual petrol - Dikuatkuasakan ke atas kenderaan asing di stesen minyak di sempadan
Oleh S. ANAND KUMAR
KUALA LUMPUR 26 Mei – Kerajaan hari ini menetapkan semua stesen minyak di sempadan Thailand dan Singapura, dilarang sama sekali menjual petrol dan diesel kepada kenderaan asing berkuat kuasa Jumaat ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Menangani Inflasi yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Parlimen hari ini.
Katanya, larangan itu membabitkan semua stesen minyak yang terletak dalam lingkungan 30 hingga 50 kilometer di sempadan Malaysia-Thailand membabitkan Perlis, Kedah, utara Perak dan Kelantan.
“Ia turut membabitkan beberapa daerah di Johor termasuk di Kulai dan Johor Bahru,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di Parlimen di sini hari ini.
Shahrir berkata, arahan bertulis mengenai larangan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 itu akan dikeluarkan kepada kira-kira 200 hingga 300 pemilik stesen minyak di kawasan yang telah dikenal pasti dalam masa terdekat ini.
Oleh itu kata beliau, pihaknya akan menempatkan pegawai di stesen berkenaan bagi memantau keadaan dan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik yang ingkar.
Menurutnya, jika sabit kesalahan, mengikut akta berkenaan, syarikat terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM250,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya, manakala individu RM100,000.
Usaha itu katanya, bagi mencegah kenderaan dari negara jiran yang terlalu banyak datang membeli petrol dan diesel subsidi di stesen-stesen minyak di sempadan.
“Saya membawa perkara ini kepada jawatankuasa inflasi dan dipersetujui,” katanya.
Beliau berkata, larangan itu akan dilaksanakan hingga pihaknya dapat menentukan sistem pengurusan subsidi yang sesuai untuk mengawal penjualan atau pembelian secara optimistik.
Katanya, usaha itu adalah langkah tegas kerajaan untuk mengurangkan ketirisan dan kebocoran subsidi supaya ia dinikmati rakyat negara ini yang berpendapatan rendah.
Bagaimanapun, bagi para pelawat atau pelancong yang datang ke negara ini katanya, mereka boleh membeli bahan api itu di stesen-stesen di luar dari kawasan larangan tersebut.
“Kenderaan asing kena datang (ke Malaysia) dengan tangki penuh, cukup hendak balik (negara mereka), tetapi kalau hendak datang melawat selepas lebih 50 kilometer, mereka boleh beli dari stesen di luar kawasan sempadan ini.
“Kalau beli di kawasan sempadan ini, kita akan suruh mereka balik dan pegawai kami akan memantau keadaan ini,” katanya.
Sementara itu, ketika mengulas cadangan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) supaya pemberian subsidi petrol dilakukan mengikut kuasa kapasiti enjin kereta, Shahrir berkata, pihaknya turut mengambil kira cadangan itu dan sedang mengkaji mekanisme yang sesuai.
Antaranya, kata beliau, ia membabitkan latar belakang pemilik kenderaan bagi mengenal pasti mereka layak menerima subsidi berkenaan.
salah satu langkah membasmi yg bijak...takder laa subsidi rakyat malaysia disedut oleh rakyat luar..kalau kat rantau panjang tuh fuh beratur keta siam ngisi minyak...kalau kat johor tak tau laa plak camna
PUTRAJAYA 4 Jun - Keputusan kerajaan menaikkan harga petrol 78 sen dan RM1 bagi diesel berkuat kuasa tengah malam ini sekali gus membatalkan larangan ke atas pemilik kenderaan asing membeli bahan api itu di kawasan sempadan di utara negara ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahril Abdul Samad berkata, soal melarang pemilik kenderaan asing membeli minyak di Johor juga tidak timbul kerana pada asalnya ia dijadual dikuatkuasakan pada 9 Jun ini.
Menurutnya, kerajaan beranggapan larangan itu tidak perlu lagi kerana dengan kadar harga baru minyak tersebut, pemilik kenderaan asing tidak lagi menikmati minyak bersubsidi sebanyak 78 sen sebagaimana yang mereka peroleh sebelum ini.
''Sebelum ini kita larang kenderaan asing membeli minyak dalam negara kerana mereka juga menikmati minyak yang bersubsidi. Jadi, dengan harga minyak RM2.70 seliter, kenderaan asing tidak lagi membeli minyak bersubsidi, mereka cuma dapat minyak bersubsidi (diskaun) sebanyak 30 sen sahaja.
''Jadi sekarang subsidi yang ada diberikan secara terus kepada rakyat tempatan sahaja tetapi dengan cara lain (rebat).
''Dengan penstrukturan semula subsidi yang diumumkan oleh kerajaan hari ini, maka larangan penjualan kepada kenderaan asing itu tidak timbul lagi dan larangan itu tidak berlaku di Johor kerana ia memang tidak dilaksanakan lagi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pakej penstrukturan semula subsidi di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Sebelum ini, kerajaan melarang semua pemilik kenderaan asing membeli minyak di stesen minyak dalam lingkungan jarak 50 kilometer dari kawasan sempadan manakala di Johor, ia dijadual dikuatkuasakan 9 Jun ini.
Mengenai rebat atau bayaran tunai kepada pemilik kenderaan dan motosikal di kalangan rakyat Malaysia, beliau berkata, mereka boleh menuntut bayaran tersebut di pejabat pos ketika memperbaharui lesen kenderaan motor atau cukai jalan.
''Perkara ini berkuat kuasa mulai 1 April lalu hingga 31 Mac 2009. Jadi mereka yang telah memperbaharui cukai jalan pada April lalu boleh datang sekali lagi ke pejabat pos untuk menuntut bayaran rebat tersebut," katanya.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan, meskipun penstrukturan semula subsidi membabitkan soal minyak, kerajaan sebenarnya lebih memberikan keutamaan kepada soal makanan.
''Jadi tumpuan penguatkuasaan kementerian selepas ini adalah memberikan tumpuan kepada barang makanan," katanya.
APA SEBENARNYA HABUAN SINGAPORK KASI KAT PAK LAH NIE?
__________________ ~~~~~Amanya dok kat kampung~~~~~
Aku pernah berborak ngan gang2 nelayan suatu hari tu, derang cakap seludup diesel/petrol ke negara jiran lebih menguntungkan daripada gi ke laut tangkap ikan...fikir2 balik betul gak apa yg diaorang cakap tu...
kalau gi tangkap ikan, kena upah orang keja lagi, pastu kena keluar hampir sehari tangkap ikan, hasil pulak tak menentu...kalau seludup diesel..senang je....cepat dan tunai tu
yaaa kaki seludup...yg sedut minyak subsidi utk dijual sebg minyak industri pun ramai yg buat....kat kuantan sebijik lori dah kena ngan kpdn huhuh
TV3 semalam tunjuk pihak kastam berjaya rampas org seludup minyak kat sempadan kelantan...bagus lah kalau dapat berkas, tapi bagi aku ini kes kecil je........yang seludup ratus-ratus ribu malahan jutaan ringgit kat tgh2 laut tu derang xkan x tahu kot..??
TV3 semalam tunjuk pihak kastam berjaya rampas org seludup minyak kat sempadan kelantan...bagus lah kalau dapat berkas, tapi bagi aku ini kes kecil je........yang seludup ratus-ratus ribu malahan jutaan ringgit kat tgh2 laut tu derang xkan x tahu kot..??
Yang kecil-kecilan ni, tak lah terjejas sangat....Nu di sana Naga dan Buaya besar tu lah yang akan menyebabkan muflis/inflasi...
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE